KEADILAN TETAP YAKIN DENGAN PEMERINTAHAN ISLAM
Ketua Pemuda Keadilan Mohd Ezam Mohd Noor semalam berkata, kerajaan pimpinan PAS di Terengganu dan Kelantan bersetuju untuk memberi ruang
kepada wakil daripada parti itu berada dalam Kerajaan Negeri berkenaan.
Beliau berkata perjumpaan wakil Keadilan bersama Menteri Besar Terengganu Haji Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
telah memberikan mereka peluang untuk melantik wakil Keadilan berada dalam kerajaan PAS di kedua-dua buah negeri itu.
Bagaimana pun selanjutnya
perkara itu akan dibincangkan oleh Kerajaan Negeri dengan Pengerusi Keadilan kedua-dua buah negeri iaitu Abdul Rahman Yusuf di
Terengganu dan Muhamad Mustafaa di Kelantan.
Beliau berkata
Keadilan juga berpuashati dengan sikap terbuka kedua-dua Kerajaan Negeri kepada parti berkenaan dan memberi semangat kepada anggota parti untuk meneruskan
perjuangan mereka. Kerajaan PAS
Terengganu bersikap terbuka di samping tidak mengamalkan sikap diskriminasi terhadap masyarakat bukan Islam.
Menurut beliau, beberapa dasar Kerajaan Negeri seperti
pinjaman perumahan tanpa faedah kepada rakyat Terengganu memberi pilihan kepada
rakyat untuk membuat pinjaman sama ada mengikut kaedah yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri ataupun mengikut sistem konvensional yang sedia ada.
|