|
STRATEGI KODI PENEGAK DINASTI Buat sekian lama rakyat percaya bahawa kuasa penyusunan kabinet adalah prerogatif Perdana Menteri. Pada sekali pandang, susunan kabinet yang baru memang nampak seolah-olah dibuat secara tergesa-gesa. Di sinilah letaknya kepintaran seorang diktator tua yang selama ini dapat mengabui pemikiran rakyatnya. Kalau diteliti secara halus, pemilihan yang dibuatnya itu bukanlah pilihan sembarangan. Selain dianggap sebagai 'Kabinet Wasiat' kita boleh buat telahan bahawa setiap pilihan adalah bertujuan untuk menentukan dinasti Mahathir dan fahaman Mahathirisme akan terus berjaya di muka bumi ini sepeninggalan 'patriach'nya nanti. Pelbagai reaksi yang kita dengar dan baca tentang susunan kabinet itu. Orang-orang BN mengatakan bahawa "itulah susunan terbaik untuk menjamin kemakmuran Malaysia". Namun, rakyat secara umum terus ketawa dengan pilihannya. Setelah melihat begitu ramai orang lama yang dipaparkan, rakyat tahu bahawa susunan kabinet itu bukan sebenarnya untuk membangunkan negara mengikut kehendak majoriti. Ia dipaparkan dengan tujuan untuk memperkuatkan kedudukan MAHA FIRAUN yang tahun hadapan akan menghadapi perwakilan UMNO untuk dilantik terus menjawat jawatan presiden. MAHA FIRAUN telah berkata bahawa kabinet barunya itu adalah yang terakhir darinya kerana beliau sudah mahu bersara. Itu katanya yang terbaru. Tetapi bukankah beliau sudah sedia bersara apabila ekonomi negara pulih? Kita berani mengatakan bahawa MAHA FIRAUN sebenarnya sudah letih memerintah negara. Ia terpaksa memegang tampuk kuasa kerana masih ada tugas yang belum selesai yang perlu dibereskannya bagi pihak para kroni yang tersepit oleh kerana kegawatan ekonomi. Kalau dia betul-betul serius untuk melepaskan tampuk kuasa dia sudah melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai salah seorang menteri dalam jabatan Perdana Menteri kalau tidak pun sebagai Menteri Kewangan. Mungkin ada yang mencemuh perlantikan Ku Li sebagai menteri tugas khas seandainya dilakukan. Tetapi, apa gunanya dilantik Tun Daim memegang dua jawatan? Apakah dengan tujuan Tun Daim mengaut dua gaji bulanan sedangkan beliau tidak pun perlu gaji kalau diukur kekayaannya dan kalau difikirkan betapa beliau sanggup berjasa kepada negara? Mungkin ada yang mengatakan perlantikan Ku Li sebagai seorang menteri kanan adalah tidak cocok dengan kedudukannya yang lebih rendah dari kedudukan Pak Lah yang kini menjadi Timbalan Perdana Menteri. Rasional ini mengambil kira bahawa Ku Li pernah menentang MAHA FIRAUN bagi jawatan presiden UMNO (Asal) pada satu ketika dulu. Kita meramalkan penyisihan Tengku Razaleigh buat kali ini adalah berdasarkan beberapa sebab:
STRATEGI MENJINAKKAN WARGA PENDIDIKAN MAHA FIRAUN sedar bahawa usaha untuk menjinakkan warga guru dan mahasiswa adalah satu strategi yang amat penting untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin terunggul negara. Perkara ini telah dicubanya secara konsep 'bidan terjun' sebelum pilihanraya yang lalu. Perencanaan itu gagal segagalnya hinggakan hampir menjadikan Najib sebagai kambing hitam dalam perencanaan itu. Pelbagai tekanan yang dikenakan terhadap para guru sememangnya bertujuan untuk mendapatkan sokongan padu terhadap UMNO dan BN. Strategi ini telah 'boomerang' kerana warga guru seperti para profesional yang sama di negara maju merupakan satu kumpulan professional yang amat sensitif dengan peralihan sentimen rakyat. Keakraban guru dengan anak muridnya yang secara automatik merapatkan guru dengan kaum ibu dan bapa murid-murid itu telah mendedahkan pengaruh guru kepada rakyat jelata. Justeru itu kita dapati para guru merupakan golongan yang terbesar menjadi wakil rakyat di negara ini dalam sejarah politik negara. Merekalah golongan yang membawa perubahan kepada rakyat. Senario ini berubah apabila MAHA FIRAUN memegang tampuk pemerintahan negara. Beliau telah merobah sentimen ini secara bersistem sehinggakan golongan guru merupakan satu spesis yang mahu dilupakan oleh pucuk pimpinan setelah para korporat mengambil alih kepimpinan cawangan dan bahagian parti. Pertukaran kepimpinan ke tangan para korporat adalah disebabkan tarikan wang dan material yang ditabur dan dibiarkan bercambah tanpa sekatan dan peraturan etika yang bertulis. MAHA FIRAUN telah merestui kemunculan kepimpinan melalui penggunaan wang dan elemen materialisme dan menggalakkan sistem kroni, kollusi, nepotisme dan oligarki. Apabila sistem demikian dibiarkan bercambah di akar umbi ia dapat membesar dengan cepat sehinggakan setiap langkah yang sama yang dipraktikkan oleh MAHA FIRAUN sendiri ke atas ahli keluarga dan para kroni, dapat berkembang-biak dengan pantas tanpa disekat dan dibendung oleh golongan yang tidak sanggup bersekongkol merestuinya. 'Kalau guru kencing berdiri, murid mungkin kencing berlari' merupakan pepatah lama yang amat selari dengan keadaan politik UMNO. Apabila MAHA FIRAUN rancak mengaut keuntungan daripada sistem oligarki, apakah tidak mungkin perkara yang sama berlaku di ceruk rantau negara ini? Di sinilah kita lihat betapa guru-guru yang sayangkan negaranya memberontak secara senyap dan melancarkan satu gerakan menentang MAHA FIRAUN dan kuncu-kuncunya yang sudah menjangkau ribuan di kota raya dan juga di desa. Lantas, timbullah soalan peperiksaan yang membawa senario sinis terhadap kepimpinan negara yang seakan-akan menyindir bangsa Melayu dan ketuanan Melayu itu sendiri. Penentangan para guru dan cendekiawan adalah satu gelombang 'resistance' yang sebenarnya tidak ada dalam percaturan para strategik MAHA FIRAUN. Memang tidak terlintas bahawa ada para guru yang sanggup menentang kepimpinan beliau. Kekeliruan ini timbul setelah para guru difikirkan satu golongan majoriti yang senyap dan berada di atas pagar dan setelah para pemimpin guru dijulap dengan kemudahan memegang jawatan sebagai 'atache pendidikan' di luar negara ataupun memegang jawatan sebagai guru besar ataupun pengetua sekolah ataupun sebagai pensyarah di maktab perguruan. Oleh kerana penentangan para guru terserlah ketika tercetusnya fiasko yang membabitkan DSAI, para strategik MAHA FIRAUN menjadi gusar dan mula melatah. Mereka terpaksa mencari satu formula menjinakkan para guru dengan harapan proses menjinakkan para guru itu dapat meredakan sentimen kemarahan para mahasiswa di pusat pengajian tinggi. Seperti yang lazim dalam arena politik, formula yang dicari telah diolah laksana serampang tiga mata. Satu mata ditujukan terhadap warga guru, satu mata lagi terhadap warga siswa-siswi sedangkan satu mata lagi telah direka untuk menjatuhkan martabat Najib Tun Razak. Formula itu sebenarnya telah diolah untuk memperbodohkan Najib agar beliau kehilangan karismanya menjelang pilihan Majlis Tertinggi UMNO tahun hadapan. Malangnya Najib tidak menyedari taktik yang jahat ini dan telah masuk perangkap yang disediakan untuknya. Oleh kerana Najib kurang licik mengesan perangkap yang disediakan untuknya beliau telah terjebak dalam satu komplot untuk menjatuhkannya. Siapakah perencana komplot itu? Sama-samalah kita teka di akhir penulisan ini. Pelbagai pembaharuan yang tidak popular oleh Kementerian Pelajaran ketika negara berada di ambang pemilu telah menjejaskan nama baik Najib. Beliau hampir tumpas di kawasan pilihanraya di mana para pengundi masih mengingati jasa-jasa Almarhum Tun Razak dengan penuh nostalgia. Kemenangan dengan undi yang kecil telah menyelamatkan maruahnya tetapi tidak semesti namanya yang pada satu ketika dulu dianggap akan membesar setanding dengan nama almarhum ayahnya. Najib ditukarkan balik ke KEMENTAH mungkin dengan maksud untuk menjinakkan warga tentera pula. Kita akan tulis perkara ini pada kesempatan yang lain. Kenapakah Najib perlu ditundukkan ? Najib adalah seorang pemimpin UMNO yang kanan yang boleh menggugat sesiapa yang mahu merampas kerusi presiden UMNO, apabila MAHA FIRAUN melepaskannya. Sebagai seorang ahli politik, Najib masih menikmati bayangan almarhum ayahnya. Sudah menjadi amalan manusia yang tidak mudah melupakan jasa baik seseorang yang pernah membantu dan berbudi bahasa padanya. Inilah kegemilangan Najib sebenarnya. Apatah lagi beliau mempunyai seorang ibu yang masih mempunyai pengaruh yang tersendiri. Najib masih lagi bersekolah ketika MAHA FIRAUN dikutip oleh ayahnya menjadi seorang senator dan menjadi ahli kabinet. Tentunya panggilan 'uncle' yang digunakan ketika beliau bertutur bahasa dengan MAHA FIRAUN di zaman alamarhum ayahandanya itu masih menjadi igauan ataupun impian MAHA FIRAUN setiap kali beliau menentukan nasib anak sulung Tun Abdul Razak itu. Jikalau berdasarkan senario ini, Najib merupakan seorang menteri yang boleh disenangi MAHA FIRAUN kerana ia mudah dilentur dan dijinakkan. Tidak mungkin Najib mahu menggigit tangan orang yang menyelamatkan kedudukannya yang sudah terduduk kini. MAHA FIRAUN bolehlah menganggap Najib sebagai seorang yang dapat meraih undi untuk membantunya tahun hadapan. Dengan demikian siapakah saingan Najib yang mahu memusnahkannya? Yang pasti tentulah orang-orang yang mengidamkan jawatan Perdana Menteri apabila MAHA FIRAUN melepaskannya nanti. STRATEGI TOK DALANG Dalam masa MAHA FIRAUN sibuk merangka strategi untuk terus hidup senang lenang sebagai seorang diktator, tentu sekali ia mempunyai satu kumpulan para pemikir, penganalis dan penglaksana strategi itu. Mereka inilah yang mengkhayalkan si diktator tua itu dengan impian penubuhan dinasti Mahathir dan Mahathirisme. Laksana pucuk dicita ulam mendatang, siapakah yang tidak mahu menjadi patriach Melayu yang terulung di dunia ini? Sejarah dinasti setiap diktator di dunia ini menyerlahkan beberapa kelompok kecil manusia yang digelar sebagai tukang dalang ataupun Tok Dalang. Amalan hidup mereka adalah berkonsepkan satu pepatah Yahudi yang berbunyi: "Presidents rule men, wise men rule presidents". Kumpulan seperti ini akan bergerak secara senyap-senyap mengembangkan pengaruhnya tanpa dikesan oleh majoriti rakyat. Pada dasarnya persyarikatan mereka ialah menjulang nama MAHA FIRAUN, tetapi pada waktu yang sama mereka merancang untuk menentukan kesinambungan pengaruh mereka. Mereka telah berjaya menjulang MAHA FIRAUN dan memfitnahkan DSAI sehinggakan beliau tersungkur di bilik berjejari besi. Kini, mereka tahu MAHA FIRAUN tidak akan bertahan lama. Tentunya mereka sudah merancang satu strategi untuk menentukan orang mereka akan terus berkuasa. Strategi busuk Tok Dalang Malaysia ini adalah persis strategi Yahudi menentukan siapa yang harus menjadi presiden Amerika. Begitu juga strategi mereka yang menentukan siapa yang harus bertakhta di negara Islam di Timur Tengah. Kuasa yang ada di tangan mereka adalah amat kuat sekali. Kerana itu kita lihat seorang ultra Malay boleh bertukar perangai menjadi seorang yang dibenci oleh bangsanya. Semua ini dilaksanakan dengan licik sekali sehinggakan seorang diktator yang kelihatan kuat dan amat berkuasa di negara ini boleh akur dengan tindak-tanduk para konspirator yang boleh mengkotak-katikkanya. Kekuatan para konspirator yang bertuankan golongan luar yang berbahaya ini sudah berjaya menundukkan MAHA FIRAUN selama satu tempoh yang lama, dulu lagi. Hanya rakyat Malaysia tidak dapat mengesannya kerana kelicikan perencanaan itu. Tetapi, selicik-licik strategi yang dirancang, mereka tidak menyangkakan perencanaan mereka itu tidak mendapat kerjasama DSAI untuk menjayakannya. FAKTOR YANG MELICINKAN STRATEGI KODI TOK DALANG
Satu mata serampang yang lain digunakan untuk menumpulkan segala kemungkinan merebaknya pengaruh BA di negeri di bawah bayu itu. Apabila pemimpin Sabah diberikan tempat yang selesa di dalam kabinet, perkara yang sama terpaksa disediakan kepada pemimpin daripada Sarawak. Kerana itu kita melihatkan beberapa muka baru daripada Sarawak disertakan dalam penyusunan kabinet baru itu. Usaha ini dapat menumpulkan pengaruh BA untuk bertapak di Sarawak. Satu mata serampang lagi telah digunakan untuk menentukan sokongan padu komponen BN di Sarawak seandainya sesuatu berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak yang berada dalam keadaan yang tidak stabil itu. Dalam Menentukan Sokongan Padu dalam Mesyuarat Kabinet Strategi yang paling baik ialah menentukan semua portfolio penting dipegang oleh kuda-kuda tua yang sememangnya tidak hiraukan sangat gaji seorang menteri. Mereka semuanya sudah kaya raya, yang penting hanyalah kuasa dan glamour. Yang paling penting sekali ialah imuniti yang mengiringi jawatan kabinet itu. Semua menteri faham bahawa kuasa mereka adalah terhad. Kerana itu kita lihatkan betapa budaya membisu diamalkan setiap kali tercetusnya isu yang sensasi yang perlu dikomen oleh para menteri. Mereka tidak berani memulakan sesuatu reaksi terhadap sesuatu isu melainkan perkara itu telah diberikan perhatian oleh si diktator tua. Ketaksuban seperti ini telah menjerumuskan kabinet BN menjadi satu forum tukang angguk yang tidak menguntungkan negara. Malahan ia mencetuskan satu sindrom pengikut yang setia kepada MAHFIRAUN secara membabi-buta. Implikasi jangka panjang sindrom ini melahirkan satu kabinet yang tidak wajar berfikir secara tersendiri yang sentiasa mengharapkan panduan dari seorang ketua yang bengis dan tidak sedarkan diri. Rumusannya: Strategi jijik yang diamalkan oleh Tok Dalang MAHA FIRAUN telah bergiat cergas sejak lima tahun yang lalu. Ia berjaya meresap masuk mempengaruhi masyarakat Melayu secara aktif dan terserlah sejak DSAI dipenjarakan. Kini strategi itu melalui satu proses pengolahan yang lebih bersistematik walaupun pada tahap awalnya ia tumpas dan hanya berjaya memerangkap DSAI dalam penjara. Strategi bikinan manusia berhati syaitan sememangnya tidak akan bertahan lama. Walaupun perencanaannya kelihatan jitu, mainan bikinan syaitan tidak boleh mengatasi Ilahi yang menyerap masuk semangatnya ke dalam sanubari insan yang bertaqwa. Bila Politikus Muda diberikan kuasa Rakyat tentu masih samar bagaimana MAHA FIRAUN boleh memberikan kepercayaan kepada pemimpin muda seperti Hisyamuddin, Ahmad Nazri Tan Sri Aziz dan juga Azmi Khaled. Apakah yang ada pada mereka sehingga mampu mengatasi kewibawaan Ramli Ngah Talib dan Abu Zahar Isnin? Nampak sangat para konspirator menyediakan satu pentas untuk meraih sokongan para pemuda UMNO bila diperlukan. Semua pemimpin muda ini telah dianggap sebagai suis di dinding yang apabila dipetik akan melompatkan cahaya yang terang benderang. KEUNIKAN KOMPOSISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN Setelah merancang semua nisbah di atas, maka terserlah kini apa sebabnya Kementerian Pendidikan itu diberikan kepada seorang yang dikira novis dalam percaturan politik. Di sinilah terletaknya kepintaran sebenar MAHA FIRAUN sebagai manager silap mata politik. Dia meletakkan orang kepercayaannya untuk mengemudikan kementerian pendidikan dan dibantu oleh orang yang berlatar belakangkan pendidikan juga. Dia melantik seorang senator baru sebagai menteri pendidikan sebagai topeng untuk mengenepikan setiap menteri kanan UMNO mengisi jawatan itu. Kita boleh menjangkakan lantikan itu bersifat sementara sehingga jawatan itu dikosongkan untuk membolehkan Dato Aziz Shamsuddin mengisinya secara sah tanpa memperkecilkan hati pemimpin UMNO yang lama. Lantas, bekas professor Dr.Mahadzir Mohd Khir boleh dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri pula. Setelah meneliti segala faktor yang ada, saya meramalkan bahawa percaturan politik ini bukannya datang daripada MAHFIRAUN pada asalnya. Inilah percaturan politik yang 'ultimo' Tok Dalang yang bertapak di Putrajaya. Kalau MAHAFIRAUN sanggup mengenepikan semua pemimpin UMNO yang sudah diketahui karismanya dan telah teruji kepimpinan mereka dari beberapa segi, apakah sebenarnya strategi baru Kementerian Pendidikan itu sehinggakan ia memerlukan kemasukan orang-orang baru untuk menerajuinya? Jawapannya yang sebenar terletak kepada cara Kementerian Pendidikan Amerika dikendalikan. Salah satu keunikan pengendalian kementerian pendidikan di Amerika ialah mengenepikan segala bentuk penyebaran agama di kalangan anak-anak muda. Kerana itu pembangunan agama Kristian di Amerika banyak bergantung kepada karisma pendakwah telivisyen ataupun fraterniti yang condong kepada penyebaran lagu-lagu gospel sahaja. Cukuplah dahulu pendapat saya tentang perkara itu. Penutup: Kabinet kuda-kayu adalah laksana kereta barangan yang ditarik oleh kuda ataupun keldai. Kalau kita lihat beberapa bandaraya di India, Bangladesh, Afghanistan dan Pakistan kita akan lihat betapa kereta keldai bergerak. Setiap kereta itu akan mempunyai seekor ataupun dua ekor binatang muda ataupun novis yang dicocok hidungnya untuk diseret oleh binatang yang tua. Binatang yang muda itu adalah dalam latihan untuk mempelajari bagaimana mengimbangi badan mereka ketika kereta itu digerakkan. Demikianlah yang boleh kita harapkan kepada semua ahli kabinet muda yang disenaraikan dalam kabinet baru MAHAFIRAUN itu. Adalah tidak mungkin mereka dapat bergerak dengan bebas seperti yang diharapkan oleh rakyat. Laksana binatang seretan kuda-kuda tua yang hanya cergas bila dipacu belakangnya, kuda dan keldai muda yang diseret itu hanya mampu menjeringaikan gigi sambil melangkahkan kaki ke arah mana kereta itu dipacu oleh tuannya. Ia terpaksa akur dengan seretan yang dipacu itu tanpa mengira tempat untuk melepaskan kencing dan tahinya sambil mengharapkan akan tibanya satu ketika apabila kuda tua di depan itu mati tersungkur kerana kepenatan untuk menggantikan tempatnya. Di waktu yang sama kita akan melihat betapa kuda-kuda tua itu akan terus melangkahkan kaki ke hadapan mengikut tarikan tali yang mencocok hidungnya dan isyarat yang dibunyikan oleh tuannya. Setiap isyarat perlu dipatuhi dengan tepat. Jika tidak, pergerakan kereta tarik itu akan diperbetulkan dengan rentak hayunan cemeti yang mengenai punggung kuda tua itu. Segala kepedihan dan keseksaan yang dirasai dan dialami oleh kuda-kuda tua tidak dapat diteliti oleh kuda dan keldai novis yang diseret itu. Keletehan yang menghantui anggota mereka terlalu kerap disaluti oleh angan-angan yang menjanjikan masa untuk menggantikan si kuda tua itu. Keseksaan yang mengena kuda-kuda tua dan keldai yang diseret serta tidak pernah menjadi perhatian si empunya kereta. Laksana seorang patriach, ia hanya menumpukan tenaga kepada keuntungan yang muncul daripada muatan yang dibawa. Ia memberi fokus hanya kepada keretanya agar sentiasa bergerak secara bersistem. Tidak kiralah kuda tua sedang nazak ataupun kuda muda sedang senak. Yang penting baginya ialah keuntungan dan keselesaan yang dapat memuaskan egonya.
-Marhain Tua- |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
|