MINDA MINGGUAN |
KEMANAKAH NASIB MELAYU DI ALAF BARU?Selamat bertemu lagi kepada anda para netters dalam ruangan Minda Mingguan. Walau pun agak lewat sedikit kerana beberapa urusan namun kita masih sempat bertemu dalam ruangan khas ini setiap Ahad bagi membicarakan tentang persoalan yang berlaku di sekeliling kita. Saya tidak akan menyentuh tentang barisan kabinet Mahathir yang baru kerana ramai yang sedia membuat komen mengenainya. Begitu juga dengan urusan pilihanraya yang penuh penipuan dan sendikit Mahathir - SPR. Di ruangan kali ini saya ingin anda merenung kemanakah arah umat Melayu khususnya beragama Islam di Malaysia ketika ini. Sebelum membicarakan secara lanjut berhubung isu ini sukalah saya membawa kepada anda satu petikan dari al-Quran:
Saya tidak ingin mengupas lanjut mengenai ayat di atas, tetapi marilah kita merenungkan situasi masa kini berbanding dengan ayat di atas. Para pemimpin Melayu beragama Islam bebas mengeluarkan pandangan mereka tanpa menghitung apakah nilai percakapan mereka di sisi Allah. Beberapa hari lalu Menteri 'Yang Tewas Dalam Pilihanraya' Datuk Paduka Hamid Othman ada membuat kenyataan bahawa kharaj yang sedang dalam perlaksanaannya oleh kerajaan PAS Terengganu tidak sesuai lagi dilaksanakan di zaman ini. Apakah Hamid Othman tidak memikirkan nilai percakapan dan dirinya di hadapan Allah? Apakah Hamid Othman fikir dengan kelayakannya mendapat pengiktirafan dari Universiti Al-Azhar membenarkan beliau membuat 'teguran' ke atas hukum Allah? Apakah hukum zakat kepada Hamid Othman? Justeru itu secara ringkasnya kita mampu merumuskan bahawa gejala murtad dilakukan secara terang-terangan. Jika insan bernama Syaidina Omar masih hidup di zaman ini, manusia bernama Hamid Othman akan lenyap usianya di hujung mata pedang Syaidina Omar. Demikianlah antara pengajaran yang mesti kita lihat bahawa 'murtad' tidak dapat dibendung lagi, setelah mereka yang bergelar pemimpin melakukan perkara sedemikian. Oleh itu memang tidak hairanlah jika kedapatan dalam masyarakat Malaysia hari ini berlakunya gejala murtad ini. Apakah kesannya apabila murtad berlaku? Ayat 54 surah Al Maidah menggariskan apabila berlakunya murtad maka akan lahirlah satu kaum yang mereka cinta kepada Allah dan sentiasa taat dalam perjuangan menegakkan syariat Allah tanpa meletakkan satu alasan pun. Jika kita imbas kembali secara realiti hari ini, dan kita amati maka kita akan dapati hanya satu kelompok yang melakukan perjuangan menegakkan syariat Allah secara syumul, walau pun kelompok yang lain mendakwa berbuat demikian. Mengapa saya katakan demikian ialah kerana perjuangan kelompok ini berlaku secara menyeluruh iaitu dalam ekonomi, politik dan sosial. Kelompok itu ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS). PAS mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan parti dan sentiasa berusaha melaksanakannya secara sempurna dan sebaik-baiknya sesuai dengan kehendak Allah dan RasulNya. Akibat dari gejala murtad juga maka manusia berbondong-bondong memasuki PAS dan sedia berjuang sebagaimana sifat kaum yang dilahirkan sebagaimana ayat di atas iaitu:
Maka dengan itu saya menyeru anda untuk kita sama-sama menyertai perjuangan Islam, yakni perjuangan yang sebenarnya 'hak' di sisi Allah. Bukanlah perjuangan itu atas nama yang lain dari Allah dan Islam. Allah berfirman:"Barangsiapa mencari ugama selain Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima (agama itu) daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi" - Ali-Imran:85. Justeru itu marilah kita menghayati kemanakah nasib umat Melayu yang 'kununnya' dipertahankan oleh UMNO. Yang nyata dan jelas kepada kita bukanlah UMNO itu mampu mempertahankan maruah bangsa atau ugama, sebaliknya maruah tersebut telah tergadai dengan kekalahan UMNO dalam Barisan Nasional berbanding dengan parti komponen lain. Memang benar PAS kalah di negeri-negeri selain Kelantan dan Terengganu, tetapi apa yang seharusnya anda insafi ialah bahawa semenjak 42 tahun yang lalu, perjuangan PAS semakin hari semakin bertambah keahliannya tidak pernah berkurang walau sedikit!! TAKBIR!!!! Polong Cyber |