INFORMASI TERKINI |
KERAJAAN BN PERLU JELASKAN!!Tindakan kerajaan BN Perak mengecualikan cukai tanah ke atas Teluk Rubiah Resort yang mempunyai keluasan beribu hektar, termasuk resort dan padang golfnya, disifatkan sebagai satu penyelewengan yang besar oleh bekas pimpinannya Ramli Ngah Talib. Justeru itu rakyat mendesak kerajaan baru pimpinan Datok Tajol Rosli segera menyiasat kes berkenaan dan menyoalsiasat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak, Datuk Samad Sabri kerana sokongan dan kerjasamanya ke arah pengecualian cukai tanah tersebut. Teluk Rubiah Resort merupakan salah satu destinasi pelancongan di negeri Perak yang terkenal kerana keindahan semulajadi. Pengecualian cukai tanah yang dipersetujui oleh kerajaan BN Perak disifatkan rakyat sebagai satu penyelewengan kuasa oleh pimpinan tertinggi kerajaan dan Pentadbir Tanah Daerah berkenaan. Satu lagi penyelewengan yang berlaku dalam negeri Perak. |