INFORMASI TERKINI

CANTUMKAN KEMBALI PERPECAHAN

Ketika memberikan taklimatnya kepada kira-kira 500 orang kakitangan awam Negeri Perak di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, pagi ini 7 Disember, Datok Tajol Rosli Ghazali mahukan perpecahan dan perselisihan politik yang berlaku di antara kakitangan Kerajaan dirapatkan semula.

Sesungguhnya hasrat Menteri Besar Perak yang baru itu murni didengar dan 'kununnya' mempunyai nilai yang baik. Namun di sebalik saranan beliau terkandung beberapa persoalan, bagaimanakah minyak dan air itu dapat disatukan, melainkan dengan satu formula yang tepat dan terbaik.

Kezaliman yang berlaku, penyelewengan yang berleluasa serta rasuah yang meingkat perlu dihapuskan terlebih dahulu. Ertinya kita wajib kembali kepada ajaran Islam sebenarnya. Dengan ringkaskata, semua harus tunduk kepada Islam dan sistem ajarannya yang termaktub terbaik dan tiada tolok bandingnya.

Jika hanya pandai mengarah itu, ini, sedangkan kita yang mempunyai kuasa mampu merubah dengan tangan, tetapi tidak berbuat demikian, segala saranan dan impian itu tidak ada ertinya. Samalah 'cakap tak serupa bikin'!!!!