INFORMASI TERKINI |
TAJOL ROSLI AKAN HADAPI LALUAN SUKARSelepas menerima watikah perlantikannya, Tajol Rosli Ghazali mengangkat sumpah di hadapan Sultan Azlan Shah di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada kira-kira jam 9.30 pagi 4 Disember lalu. Kira-kira jam 12.00 tengahari Tajol Rosli Ghazali bergegas kembali ke Hulu Perak kerana panggilan kecemasan yang diterimanya mengatakan bapa saudaranya Nan Jawi (abang kepada Ghazali Jawi) kembali ke rahmatulLah. Nan Jawi sebelum ini melarang keras Tajol Rosli daripada menerima perlantikan Menteri Besar Perak. Permintaan Nan Jawi itu berupa wasiat kepada Tajol Rosli kerana pengalaman adiknya Ghazali Jawi menjadi ukuran dan pertimbangan Nan Jawi sebelum berwasiat sedemikian. Namun Tajol Rosli berkeras mahu menunaikan permintaan bosnya Maha Firaun, sedangkan Nan Jawi melarang keras anak saudaranya itu bersekongkol dengan kezaliman. Dalam pertelingkahan pendapat itu, Tajol Rosli pergi menemui Raja Azlan Shah untuk mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar yang baru. Sebaliknya bapa saudaranya Nan Jawi kembali menemui Allah setelah mahu Tajol Rosli bersumpah tidak menerima jawatan Menteri Besar Perak. Masa depan Tajol Rosli dalam arena politik BN Perak berhadapan dengan zaman kelam apabila permintaan bapa saudaranya tidak ditunaikan, sedangkan beliau sudah melanggar wasiat tersebut. Nampaknya antara duniawi dan ukkhrawi seseorang manusia gagal membuat pertimbangan apalagi dengan janji manis dunia seumpama syurga yang kekal selamanya. Tajol Rosli meskipun menerima jawatan Menteri Besar Perak, tetapi beliau akan terus dibayangi oleh aruah bapa saudaranya dengan wasiat yang telah diabaikan begitu sahaja. Wallahua'lam.
|