SURAT PENGUNJUNG |
SURAT TERBUKA UNTUK SEMUA ORANG MELAYU
Situasi hari ini adalah menandakan pola pengundi Melayu adalah berpihak kepada pembangkang. Hal ini telah diakui oleh semua para penganalisa pilihanraya. Post-mortem yang dibuat oleh pihak Umno kebanyakannya masih menyembunyikan fakta yang sebenar kenapa berlaku hal yang demikian. Dalam tinjauan yang dibuat, kebanyakan undi Melayu berpihak kepada pembangkang disamping kekuatan pembangkang itu sendiri adalah protes kemarahan mereka kepada Dr Mahathir. Mereka melihat Mahathir adalah ancaman kepada kestabilan negara dan pemusnah kepada kebebasan sektor-sektor kerajaan seperti kehakiman, polis dan tentera. Mereka juga melihat Mahathir begitu angkuh menghina ulama dan hukum Islam dan juga kezaliman yang jelas kepada saudara Datuk Seri Anwar Ibrahim.Tidak pernah sejarah berlaku undi protes dari pihak tentera dan polis yang begitu banyak terhadap parti Alternatif. Saya sendiri berada bersama beberapa orang Polis ketika pengiraan undi dijalankan dimana pihak polis telah mendapat maklumat lebih cepat dan tepat, apabila mereka memaklumkan setiap keputusan yang berpihak kepada kemenangan PAS, saya melihat mereka bertakbir dengan begitu semangat sekali. Apa yang ternyata keluar dari mulut mereka adalah “Mampus Mahathir”. Orang-orang tua di kampung saya sendiri telah keluar undi untuk memberi undi kepada PAS adalah dengan harapan Mahathir jatuh dan Anwar dibebaskan. Begitu juga dengan pendokong-pendokong UMNO yang membawa pengundi untuk mengundi dimana mereka sendiri yang berkempen dalam kereta supaya mengundi PAS untuk mengajar Mahathir. Kekalahan ramai tokoh-tokoh dalam Umno adalah mangsa kemarahan rakyat kepada Mahathir. Orang-orang Melayu yang sudah matang tidak boleh lagi digulakan dengan isu pembangunan dan politik wang. Mereka sudah menunjuk minat yang mendalam kepada politik dan sentiasa ingin mendapat maklumat yang benar. Kenyatan-kenyataan bodoh yang dikeluarkan oleh
pemimpin Umno untuk menutup kelemahan mereka bukan sekadar menjadi bahan
ketawa mereka malah budak-budak sekolah diperingkat rendah pun ketawa.
Dengan menuduh pembangkang iaitu Pas menbawa ajaran sesat dengan
membiarkan tanpa diambil tindakan oleh Pusat Islam adalah melambangkan
kelemahan pemikiran dan kejahilan dalam undang-undang negara. Sudah banyak
kenyataaan yang dikeluarkan oleh Pusat Islam tentang kumpulan ajaran sesat
tetapi PAS tidak pernah tersenarai dalam kategori itu.Tidak perlu lagi
pemimpin Umno yang tidak seberapa tahu tentang Agama mengeluarkan fatwa.
Kenyataan kenyataan seperti itu hanyalah layak zaman 70an dahulu. Justeru itu daripada analisis yang saya buat daripada
pertemuan dan perbincangan maka disini beberapa kesimpulan yang dibuat. 1. Mahathir dan Umno tidak layak lagi mendabik dada
sebagai Parti suara orang Melayu kerana Majoriti orang Melayu telah
menolak Umno, ini telah dinyatakan sendiri oleh calon-calon Umno yang
menang bahawa kemenangan mereka adalah disebabkan oleh pengundi Cina dan
India. Mahathir sendiri sudah menyedari hal ini sehingga beliau telah
jelas dilihat beberapa tindakan yang dibuat adalah untuk menjaga pengundi
Cina. Apakah makna kewujudan Umno jika pendokongnya adalah terdiri dari
kaum Cina dan India? 2. Mahathir tidak layak lagi memimpin Umno kerana
disebabkan dirinya orang Melayu menolak Umno, keputusan pilihanraya kali
ini adalah membuktikan kebenaran ramalan Tengku Abdul Rahman bahawa
Mahathir akan membawa bencana kepada perpaduan orang Melayu. Ramai
pemimpin Umno yang kalah di Terengganu hari ini menyalahkan Mahathir
diatas kekalahan mereka. Mereka mengutuk
Mahathir lebih dari Parti Pembangkang mengutuk lagi. 3. Kedudukan kuasa orang Melayu di Parlimen adalah
amat lemah dimana Umno hanya memilki 74 ahli Parlimen daripada 148. Ini
bermakna Malaysia diperintah adalah berasaskan kuasa seimbang antara parti
Umno dan parti-parti yang lain. Ini amat bahaya kepada ketuanan Melayu
dimasa hadapan. 4. Orang Melayu telah berpecah kepada tiga iaitu
Umno, Pas dan Keadilan. Dr Mahathir adalah bukan tokoh yang layak untuk
bercakap tentang perpaduan Melayu kerana dizaman pemerintahannya orang
Melayu berpecah dengan begitu teruk. Dan dalam Umno sekarang tidak ada
tokoh yang boleh membawa penyatuan kepada orang Melayu. Daripada tinjauan
yang dibuat dengan beberapa tokoh Umno mereka sepakat mengatakan hanya
Saudara Anwar Ibrahim sahaja yang dapat menyatukan perpecahan ini kerana
ia diterima oleh semua pihak
termasuk dalam Umno sendiri. Ini dapat dilihat ramai
ahlinya sendiri yang ramai melakukan sabotaj ketika kempen
pilihanraya untuk memberi kemenangan kepada Parti Alternatif demi untuk
menjatuhkan Mahathir dan untuk mengangkat saudara Anwar Ibrahim sebagai
PM. Justeru itu demi keutuhan Islam dan ketuanan Melayu
saya memohon supaya saudara Anwar Ibrahim diberi pengadilan yang sebenar
dan dibebaskan kerana segala pertuduhan keatasnya tidak boleh menutup lagi
mata orang-orang Melayu dan ianya dilihat sebagai satu konspirasi politik
untuk menjatuhkannya. Tidak ada orang Melayu yang percaya kecuali pemimpin
Umno yang dungu dan yang menjaga perut sahaja dan orang kampung yang tidak
pandai membaca dan orang Melayu yang fikirannya sudah diprogramkan bahwa
segala apa yang kerajaan buat semuanya betul belaka. 5. Menyakini
Saudara Anwar dapat memberi kekuatan kembali kepada Islam dan Melayu bukan
sahaja di Malaysia tetapi dirantau ini. Beliau adalah pemimpin alaf baru
kerana gelombang kebangkitan Islam sudah tidak dapat dipertahankan lagi.
Generasi muda adalah kebanyakkan mereka yang begitu cenderung kepada
penghayatan agama. Pemimpin yang jahil terhadap Islam dan sentiasa
menghina Ulama sudah tidak relevan lagi untuk menjadi pemimpin alaf baru.
Dengan penggabungan antara Umno, Pas dan Keadilan berasakan Islam yang
syumul dan menolak segala bentuk sistem yang bercanggah dengan Islam akan
memberi kekuatan yang hebat dimana kita akan diberi kemuliaan oleh Allah
swt. Jangan ditakuti apa sahaja ancaman kerana kita yakin dengan janji
Allah swt sebagaimanaa firman-Nya: “Sesiapa yang hendak dimuliakan oleh Allah swt tiada siapa yang dapat
menjatuhkannya dan sesiapa yang hendak dihina oleh Allah swt tiada siapa
yang boleh menolongnya”. Bersatulah orang Melayu diatas nama perpaduan untuk menegakkan Islam kerana amatlah hina kita hari ini dengan kuasa yang ada pada kita, orang-orang yang bukan Islam sentiasa menghina Islam dan memberi ancaman agar orang Melayu jangan menegakkan Islam. Pemimpin-pemimpin Melayu yang tidak yakin dengan Islam perlu ditolak. Ini adalah tanahair kita dan diamanahkan oleh Allah swt untuk memakmurkannya dengan Ruh Islam dan kita akan berjuang walaupun darah kita yang dituntut. Dengan ini saya berharap marilah mulai hari ini kita mengatur langkah memastikan Mahathir meletakkan jawatan dan kawan-kawan dalam Umno marilah kita bergerak untuk mendapatkan sokongan menghantar memorandum kepada Mahathir agar ia melepaskan jawatan dan jika berkeras kita melakukan melalui undi tidak percaya. Pemimpin boleh datang dan pergi, tetapi Islam dan kekuasaan orang Melayu mesti dipertahankan. Mahathir mempunyai jasa pada negara tetapi zamannya sudah berlalu. Dia tidak sesuai untuk menjadi pemimpin alaf baru yang bukan sahaja kita memerlukan kekuatan ekonomi tetapi juga kekuatan kerohanian (Agama). ini adalah citarasa generasi-generasi muda di negara kita dan Mahathir ternyata bukan seorang yang mampu untuk membawa kepada RUH agama kepada generasi baru. Marilah kita melakuan REFORMASI demi Agama, Bangsa
dan Negara.. Jika ada kesalahan yang dilakukan oleh Saudara Anwar Ibrahim
selaku sebagai seorang manusia, maafkanlah ia kerana penjara telah memberi
ia banyak pengajaran dan kesedaran. Hal ini dinyatakan sendiri olehnya
dan ia melihat sebagai takdir Tuhan yang hendak membersihkannya.
Kesalahan yang dilakukan bukannya yang besar-besar sebagaimana pemimpin
Umno yang masih berkuasa dan bebas lagi. Kehidupannya dalam penjara penuh
dengan ibadah dan mendalami agama. Ia adalah lambang pemimpin yang sanggup
berkorban demi mempertahankan prinsip demi cinta kepada
bangsanya sendiri. Daripada Ahli Umno Terengganu
yang cintakan Agama,Bangsa, Parti dan Tanahair |