INFORMASI TERKINI |
BAGAIMANA UMNO HADAPI KETAKUTANPengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad melarang semua pemimpin dan ahli Umno negeri itu daripada membuat sebarang ulasan berhubung kekalahan mereka dalam pilihan raya umum lalu dan perkembangan parti kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi. Ia bertujuan bagi mengelakkan berlakunya percanggahan pendapat antara pemimpin dan ahli parti mengenai perkara itu yang akan hanya memperlihatkan kelemahan Umno. Umno Terengganu kini sudah membentuk Jawatankuasa Bedah Siasat berusaha untuk mendapatkan maklum balas daripada semua bahagian Umno mengenai punca kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu. Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Datuk Abdul Rashid Ngah. Beliau berharap ahli dan penyokong parti menerima kekalahan itu dengan tenang kerana adat perjuangan ada yang menang dan ada yang kalah dan ini semua menguji kekuatan iman dan perlu mempercayai Qada dan Qadar.
|