Laman Yang Merestui Perjuangan Menegakkan Sebuah Negara Islam

 

Anda adalah pengunjung ke setelah Islam bertapak di Negeri Pantai Timur

MEDAN

Informasi

JIHAD

Aktiviti

ALAF

Arkib

BARU

Link

 
 

INFORMASI TERKINI

LIBATKAN DIRI SECARA AKTIF

Ketua Lujnah Penerangan PAS Perak, Mejar (B) Haji Yahya Ariff Kamaruzaman menggariskan panduan kepada seluruh ahli PAS dan pencinta keadilan dan kebenaran negeri ini supaya melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan berorganisasi.

Kata Mejar (B) Hj. Yahya Ariff, ini amat bersesuaian dengan PAS selaku badan dakwah di negara ini dan bukan hanya menumpukan kerja setiap lima tahun sekali. Justeru itu menurut beliau, meskipun pilihanraya sudah berlalu, ahli-ahli PAS dan pecinta keadilan dan kebenaran negeri ini khususnya, perlu berorganisasi dan melaksanakan gerakerja secara kolektif dan tersusun dalam satu pasukan.

Mejar (B) Hj. Yahya Ariff juga menyentuh mengenai kejayaan PAS Terengganu dalam pilihanraya umum lalu adalah disebabkan setiap ahlinya bekerja dan berusaha dengan tekun dan kolektif. Taktik 1 - 10 digunakan oleh setiap ahli PAS bagi menawan pengundi serta menjaga kebajikan mereka setiap masa.

Oleh kerana kita sebagai ahli sunnah waljamaah percaya bahawa setiap sesuatu itu adalah dengan gerakerja kita dan perkenan serta izin Allah s.w.t., maka kejayaan PAS Terengganu adalah sebagai imbalan gerakerja yang mereka telah lakukan sebelum  ini. 

Seterusnya Mejar (B) Hj. Yahya Ariff melahirkan keyakinan bahawa PAS akan muncul sebagai sebuah kerajaan bagi orang Melayu dan berusaha mencapainya dalam pilihanraya umum negara ke 11 nanti.

 
Olahan dan Kendalian: polongcyber@mailcity.com
Kemaskini Terakhir: December 02, 1999