MAHATHIR ! BEBASKAN ANWAR DENGAN IKAT JAMIN
Saudara Mahathir, Pilihanraya sudah pun berlalu. Walaupun Barisan Nasional masih dapat mengekalkan kekuasaannya, namun semua rakyat mengetahui
kemenangan itu penuh dengan penipuan dan kelicikan saudara, samada dengan menggunakan pengundi hantu mahupun memperkudakan SPR untuk menurut telunjuk
saudara.
Nampaknya saudara masih berjaya untuk terus menjadi diktator Malaysia buat beberapa ketika lagi. Kemenangan 148 kerusi oleh BN dan hanya 5 kerusi oleh
Keadilan menjelaskan maksud saudara semasa tempoh berkempen baru-baru ini, yang mengatakan bahawa Keadilan tidak akan menang walau satu kerusi pun.
Saya tahu saudara bermaksud begitu dan penuh yakin pula kerana saudara telah merancang untuk menipu sehabis-habisnya bagi memastikan Keadilan tidak akan
menang walau satu kerusi pun. Kemenangan Keadilan bermakna kemenangan bagi Anwar dan pengaruhnya.
Pilihanraya kali ini sememangnya suatu pertembungan pengaruh antara saudara dengan Anwar yang terkurung di penjara. Apa yang berlaku samalah seperti
ketika Rahim Nor memukul Anwar dengan tangan bergari dan mata bertutup pada 20 September tahun lepas.
Saudara Mahathir, Nampaknya Anwar tidak lagi menjadi suatu ancaman pengaruh kepada saudara. Kekalahan parti Keadilan yang cuma menang hanya 5
kerusi membuktikan yang Anwar kini bukan lagi suatu ancaman kepada saudara. Pada saya, sudah menjadi sikap rakyat negara ini, mana-mana pemimpin yang
sudah tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan, tidak akan dipandang langsung oleh mereka.
Maka oleh kerana Anwar kini sudah tidak lagi menjadi ancaman kepada saudara, SAYA MENUNTUT AGAR SAUDARA MEMBEBASKAN ANWAR DENGAN IKAT JAMIN sementara
menunggu perbicaraan berat sebelah oleh mahkamah kaldai saudara selesai. Sila arahkan Ariffin Jaka, hakim suruhan saudara agar membenarkan Anwar
dilepaskan dengan ikat jamin dengan kadar yang seberapa segera. Saya memberi saudara tempoh dalam masa 100 hari mulai dari tarikh surat ini tersiar.
Jangan tanya kenapa saya memberi tempoh selama 100 hari kepada saudara. Saya boleh memberi jaminan yang saudara boleh terus menjadi PM buat sepenggal lagi
sekiranya saudara bersedia membebaskan Anwar. Dan jangan tanya apa yang akan saya lakukan sekiranya saudara masih berdegil dan keras kepala untuk
menunaikan tuntutan saya ini.
Sebelum pilihanraya baru-baru ini saya telah memberikan saudara last warning agar jangan cuba bermain api. Kali ini, oleh kerana saudara sudah memenangi
pilihanraya dan masih terus menjadi PM, saudara harus membebaskan Anwar daripada segala tuduhan keji, jahat dan hina ciptaan saudara itu. Kalau saudara
mahu tunjuk ‘besar’ dan keras kepala juga dan enggan tunduk dengan permintaan saya ini, tunggulah. Masanya tidak lama. 100 hari sahaja. Selepas itu
mungkin Dollah Badawi pula yang patut jadi PM. Dan saudara….bilik 4 x 6 mungkin terlebih baik buat saudara, seorang manusia angkuh, bongkak, takabbur
dan penentang Allah s.w.t.
Saudara Mahathir, Saudara boleh saja memandang enteng permintaan saya ini. Tapi saya berkeyakinan jika saudara tetap dengan kedegilan saudara,
maka tunggulah hari itu. Saya telah mempersiapkan “peluru-peluru ghaib” yang berbisa buat saudara. Saya tak suka bergurau dan saya bukanlah jenis
manusia yang suka bergurau. Saya menghargai Dollah Badawi yang memandang serius amaran saya sebelum pilihanraya lepas, yang meminta semua pihak menerima
keputusan dengan hati terbuka dan jangan merusuh. Nampaknya tiada cara lain lagi untuk memaksa saudara turun dari takhta itu. Dan sudah tiada cara lain
lagi yang dapat menundukkan kesombongan jahiliyyah yang bersarang kukuh dalam hati saudara itu melainkan lubang kubur !!
SILA BEBASKAN ANWAR DENGAN IKAT JAMIN DENGAN SEGERA ! AKU BERI ENGKAU TEMPOH 100 HARI MAHATHIR !
Cucu Datuk Bahaman |