SELIDIKI KEMENANGAN MELALUI PENGUNDI HANTU
Assalaamu'alaikum & Salam Sejahtera Syukor Alkhamdulillah di atas kejayaan BA yang telah dikurniakan oleh Allah. Sesungguhnya Allah
maha mengetahui akan rahsia disebalik kurniaannya itu.
Yakinlah sdr.2 dan sdri.2 sekelian, bahawa undi yang kita berikan kepada BA adalah jihad
fisabillah, untuk menghalang berterusannya perkara2 mungkar dan keji yang dilakukan oleh BN. Kepada mereka2 yang masih cenderung kepada BN dan
memangkahnya pula, perlu diingat bahawa tangan2 mereka akan menjadi saksi ke atas sebarang malapetaka yang akan berlaku di kebelakangan nanti.
Sdr.
pengarang MR, saya cadangkan supaya majoriti kemenangan beberapa pemimpin BN yang kononnya selesa (kecuali Datuk Najib) di selidiki semula supaya ianya
dapat dikurangkan lagi secara analisa melalui maklumat statistik "Pengundi Hantu" di satu-satu kawasan. Saya rasa ianya dapat dilakukan kerana
pada pagi 29/11/99, saya telah melihat senarai pengundi hantu di 12 kawasan parlimen diantaranya Kubang Pasu dan Kuala Kangsar melalui laman mahazalim2.
Syabas kepada rakyat Negeri Kelantan di bawah pimpimnan Tuan Guru Nik Abd. Aziz yang telah memulakan gelombang perubahan dalam arena politik negara.
Rakyat Malaysia semakin matang dan bijaksana dalam membuat keputusan.
Sekian, wallaahu'alam.
|