PERJUANGAN KITA MASIH BELUM TAMAT
Assalamu'alaikum, Saudara-saudaraku Webmaster sekalian,
Bersabarlah. Allah belum mengizinkan kejayaan untuk kita. Golongan taghut itu mencapai kemenangan hanyalah melalui penipuan undi semata-mata. Belum tiba
hari kita. Apakah mereka mengira mereka akan memerintah sampai kiamat ?
Saya amat berharap agar sdr2 terus aktifkan laman-laman ini kerana inilah salahnya saluran untuk kita terus berjuang.Saya amat berharap agar sdr2 terus
marakkan laman-laman ini sampai pilihanraya akan datang dan jangan sekali-jkali 'freezekannya' kerana kita wajib terus berjuang.
Jangan kecewa walaupun saya sendiri amat sedih sekalipun negeri saya jatuh kepada kita. Insya Allah, saya sendiri akan terus menulis dan menulis bilamana
ada kelapangan masa. Berjuang tetap berjuang sampai kemenengan itu tercapai. Bersabarlah sdr2 ku. Ini ujian Allah untuk kita. Yang penting kita juga harus
memikirkan cara mana untuk kita menolong menyelamatkan Anwar. Saya rasa kita kena gunakan "cara lain" sahaja untuk menyelamatkan ANwar.
Salam perjuangan dari, Cucu Datuk Bahaman/Anak Buloh Betong |