GABUNGAN ALTERNATIF MENGUNTUNGKAN PAS?
Walaupun kerajaan BN awal-awal lagi menyerang pakatan Alternatif selepas pilihanraya umum, sebelum tertubuhnya dengan rasmi kerajaan yang baru, dengan
mengatakan bahawa pakatan alternatif hanya menguntungkan PAS itu sewajarnya ditolak.
Kejayaan menawan Terengganu bukan semata atas kejayaan PAS semata, tetapi ia sepatutnya dirasakan bersama oleh parti gabungan yang lain seperti DAP, PKN mahu
pun PRM.
Dengan berjaya menawan Terengganu, Gabungan Alternatif mempunyai 2 negeri sebagai tempat perlindungan dan mengembangkan aktiviti mereka sebagai strategi politik
di masa hadapan.
Kini selain Kelantan dan Terengganu, Perak juga merupakan kubu yang sudah mempunyai asas yang terbina untuk sama-sama diraikan oleh Gabungan Alternattif.
Kejayaan menawan Parlimen Parit dan Parit Buntar adalah satu kejayaan besar kerana Parlimen Parit merupakan kubu kuat UMNO sebelum ini.
Sehingga ini, PAS secara keseluruhannya telah memenangi 97 kerusi DUN dan 29 kerusi Parlimen. Kerusi-kerusi DUN itu ialah 28 di Terengganu, 41 di Kelantan,
tiga di Perlis, 12 di Kedah, enam di Pahang, tiga di Perak dan empat di Selangor.
Kerusi-kerusi Parlimen yang ditawan oleh PAS pula termasuk tujuh di
Terengganu, 12 di Kelantan, dua di Perak dan lapan di Kedah.
Sebelum ini PAS tidak mempunyai seorang wakilpun di DUN Perlis, Pahang, Perak dan Selangor
dan hanya dua wakil di Kedah, tujuh di Terengganu dan 26 di Kelantan.
Bagi Parlimen pula, PAS sebelum ini hanya diwakili oleh seorang anggota dari
Terengganu dan enam anggota dari Kelantan.
Hampir semua pemimpin tertingginya seperti Presidennya Datuk Fadzil Noor dan timbalannya Haji Abdul Hadi Awang
menang sama ada di kerusi Parlimen atau DUN.
Sebagai menghormati Gabungan Alternatif, parti-parti gabungan perlu selalu berjumpa dan mengadakan
perbincangan serta melakukan pembangunan secara bersama. PAS juga perlu menyatakan kesyukuran kerana strategi gabungan alternatif sedikit sebanyak membantu
kemenangan mereka di kawasan yang strategik.
|