Peribahasa Melayu Alaf Baru (siri I)

Kita sekarang sudah berada di Alaf Baru.
Dengan menjelangnya Alaf Baru ini, berbagai-bagai perubahan berbentuk baru belaka akan menjelma di senario sekitar kita.

Salah satunya (satu-satunya yang akan diperkatakan ini) ialah Peribahasa Melayu kita, dimana sesetengahnya dikira sudah TIDAK RELEVAN lagi untuk digunapakai....dan seharusnya patut di pinda atau diubahsuai bertepatan dengan keadaan senario masakini.(YB Rais Yatim pun patut setuju dengan perubahan ini...(sayang sekali! saya tak tau e-mail addressnya...kalaulah sesiapa yang tahu e-mailnya bolehlah tolong redirect padanya).

Bersesuaian dengan itu, ini adalah selari dengan tindak-tanduk PiEm kita juga yang senantiasa mengubahsuai dengan berbagai-bagai pindaan demi pindaan sebagaimana pindaan keatas Perlembagaan dsbnya, supaya ianya kembali RELEVAN atau LEBIH RELEVAN lagi adanya.

Untuk membuka tirai, dibawah ini di senaraikan beberapa patah Peribahasa Melayu yang sudah dikira TIDAK RELEVAN lagi, yang di pinda atau di ubahsuai (daripada yang dikira sudah lapuk) supaya menjadi kembali RELEVAN untuk digunapakai seterusnya di Alaf Baru ini:

1.  Kuman diseberang lautan tampak, gajah didepan mata tak tampak.
                       (sudah TIDAK RELEVAN lagi).

   Kuman diseberang lautan tampak, gajah didepan biji mata buat-buat
   tak nampak.  (gajah disini bermaksud Kroni-kroni dbsnya lah)
                        (yang ni RELEVAN).

2.  Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.
                        (sudah TIDAK RELEVAN lagi).

   Kalau kocek panjang sejengkal, jangan AMENO hendak diduga.
                        (yang ni RELEVAN).

3.  Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang.
                        (sudah TIDAK RELEVAN lagi).

   Sedangkan bah kapal AMENO tak hanyut, inikan pulak banjir kilat.
                        (ini RELEVAN).

4.  Si Luncai terjun dengan labu-labunya,
   biarkan...biarkan!!!!  (sudah TIDAK RELEVAN lagi).

   Si Mahafiraun terjun dengan balaci-balacinya,
   biaq pi....biaq pi!!!!   (cukup RELEVAN sekali).

5.  Pandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
                         (sudah TIDAK RELEVAN lagi).

   Pandai-pandai bodoh si katak puru melompat, akhirnya tersungkur
   ke Pasir juga.        (RELEVAN kan?).

6.  Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan.
                          (sudah TIDAK RELEVAN lagi).

   Alang-alang menyonglap harta rakyat, biar sampai ke akhir hayat.
                          (pasti RELEVAN).

7.  Mendengar guruh dilangit, air di tempayan dicurahkan.
                          (sudah TIDAK RELEVAN lagi).

   Mendengar Bursa Saham melonjak sikit, hebah satu dunia
   ekonomi negara sudah pulih.     (ini RELEVAN).

8.  Seperti anjing dengan bayang-bayang.    (TIDAK RELEVAN lagi).

   Seperti Mahafiraun takut dengan bayang-bayangnya. (RELEVAN kan?)

9.  Bapa borek anak rintek.      (sudah TIDAK RELEVAN lagi).

   PiEm borek, pak-pak menteri rintek.   (ini lebih RELEVAN).

10. Kalau Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.
                                (sudah TIDAK RELEVAN lagi).

   Kalau PiEm meghuah kencin dalam seluaq,
   apalagi pak-pak menterinya meghuah berak berteghaboq lah.
                                (sudah pasti RELEVAN).

11. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat,
   bulat menteri-menteri AMENO kerana mauMAKSIAT. (ditokoktambah
                                supaya ianya LEBIH RELEVAN lagi).

12. Belut pulang ke lumpur.

   Kuli kontrak (gurkha) pulang ke Kuala berLumpur. (pun lebih
                                                   RELEVAN juga).

13. Berani kerana benar, takut kerana salah.   (TIDAK RELEVAN).

   Berani kerana bersalah, takut pada yang benar.  (ni RELEVAN).

14. Beri betis, hendak paha.

   Beri kuasa sikit ndak sapu semua.   (LEBIH RELEVAN).

15. Biduk lalu kiambang bertaut.

   Mahathir berlalu (berundur), rakyat bersyukur. (cukup RELEVAN
                                                      sekali).

16. Ibarat SiMahashit, bodoh tak dapat diajar,
   cerdik tak dapat di ikut.       (sudah diUBAHSUAI).

17. Adakah buaya menolak bangkai?   (sudah TIDAK RELEVAN).

   Bolehkah siAnakTambi menolak bangkai?   (RELEVAN sekali).

18. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. (TIDAK RELEVAN lagi -
                 kerana kebanyakan bukit, habis semua dicantas).

   Sedikit-sedikit lama-lama bukit pun runtuh.  (ini BOLEH).
   ATAU:
   Sikit-sikit lama-lama boleh tambak laut.  (ini pun BOLEH)
                                         (Boleh tanya Sanusi).

19. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung;
   Dimana bumi Malaysia siMahashit pijak, sikit pun rakyat tak
   sanjung.     (diUBAHSUAI).

20. Daripada hidup bergelumang dosa, baik mati bergelomiang
   dengan ulat taik(SHIT).      (pun diUBAHSUAI).

21. Cacing menelan naga,
   macam Daim (BoC) menelan Bank Bumiputra.    (diUBAHSUAI).

22. Enggang lalu ranting patah.   (sudah TIDAK RELEVAN lagi).

   SiAnakTambi lalu orang lain parah.   (boleh PAKAI).

23. Sudah dapat gading sipembakar jambatan,
   tanduk kuli tidak perlu lagi.     (diUBAHSUAI).

24. Bangkai SiMahashit tidak akan boleh ditudung dengan
   Stadium Bukit Jalil (sekalipun).   (cukup RELEVAN sekali).

25. Gajah mati tulang setimbun,
   SiDiam mati, bini-bini yang tembun(kenyang). (RELEVANkan?)

26. Bagaimana gendang begitulah tarinya;
   Bagaimana SiMahafiraun menepuk gendang, begitulah pak-pak
   menterinya menari.       (diUBAHSUAI).

27. Ada gula ada semut;
   Ada SiMahashit, mesti ada penjilat buntut. (cukup RELEVAN)

28. Anak harimau tak kan menjadi anak kambing;
   Anak SiMahafiraun tentunya jadi anak Malaun;
   Anak siAnakTambi pulak jadi anak siapa?
   Itulah soalan yang maseh tak terjawab sampai la!!!
                                      (RELEVAN jugak nu?).

29. Harimau mati meninggal belang;
   Gajah mati meninggalkan tulang;
   SiMahashit mati meninggalkan tembelang.  (cukup RELEVAN).

30. Seperti harimau menunjukkan belangnya;
   SiMahashit pulak menonjolkan tembelangnya.(paling RELEVAN)


bersambung........

sumbangan Cikgu Alaf Baru.