KENYATAAN RAIS MEMPUNYAI MUSLIHATNYA

Kenyataan Rais Yatim pada 22/1/99 yang tersiar dalam berita TV bahawa BPR bebas siasat sesiapa pun waima dirinya sendiri adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka kenyataannya itu. 

Sebagai bukti dan contoh ialah penyiasatan terhadap Rafidah Aziz, Daim, Rahim TC dll. Yang jadi persoalan ialah BPR TIDAK ADA KUASA MENDAKWA KES YANG DISIASAT.  Setiap kertas siasatan kes (IP) mesti dirujuk terlebih dahulu kepada DPP atau Mokhtar Abdullah selaku Peguam Negara di kala ini.  Si Mokhtar pula ada kuasa budibicara yang termaktub iaitu boleh teruskan pendakwaan atau sebaliknya bergantung kepada faktor keselamatan atau maruah negara TIDAK termasuk campur tangan tangan gaib dari belakangnya.  

Kalau memalukan negara kerana kes berkaitan mendapati pemimpin negara RASUAH umpamanya, sudah tentu dalam kertas minit akan tercatat NFA (no further action) dan jawabnya assalamualaikum sajalah. Mana kes si Rafidah, Rahim TC, Eric, Daim, PM  dan beberapa ekor jerong lainnya?.  Sebaliknya DSAI yang tak bersalah pula yang didakwa.  Masyaallahhhhhhhhh dunia punya angkara. 

Oleh itu, Rais Yatim jangan keliru dan cuba mengelirukan orang lain dengan kenyataannya itu.

Pembaca Minda Rakyat