Sokong Purnama
Setelah perampasan Harakah dan tuduhan hasutan dilakukan ke atas saudara Zulkifli Sulong, akhirnya Penerbitan
Muttaqin Sdn Bhd membuat keputusan untuk menerbitkan sebuah akhbar harian yang bernama "Purnama". Tahniah diucapkan! Ini memang satu langkah
positif yang diambil.
Permohonan ini boleh dilihat sebagai satu usaha untuk menguji tahap kebebasan bersuara dan demokrasi Malaysia. Apa yang
membelenggui media arus perdana pada masa kini ialah mereka kian kehilangan identiti dan arah penerbitan. Bermula dari pemecatan Abdul Kadir Jasin sebagai
editor NST yang gagal memcapai matlamat pihak tertentu sehinggalah pembatalan permit
PP Detik yang dikaitkan dengan faktor poiitik, media kita telah
dikuasai dan dipermainkan dengan sesuka hati. Rakyat tidak ada ruang langsung untuk memilih bahan bacaan yang mereka suka. Hak membaca rakyat telah
dihadkan kerana lesen penerbitan hanya dikeluarkan kepada pihak yang mendengar arahan pihak berkuasa dan menerbit mengikuti kehendak mereka. Di samping
itu,
jika pernerbitan yang melanggar kesalahan teknikal yang kecil tetapi digemari rakyat, permit mereka masih dibatalkan atas alasan yang langsung tidak masuk
akal.
Lihatlah apa nasib Detik, Wasilah, Ekslusif dan Tamadun. Mahu tak mahu, kita hanya boleh memilih bahan bacaan media arus perdana yang jelasnya memihak
ke pihak berkuasa. Mereka cuba membuat kita berfikiran kolot, beku dan menafikan kewujudan suara alternatif dengan membekalkan kita dengan bahan bacaan
tertentu. Penyekatan minda telah dijalankan!
Kita kian terpesong dengan laungan "Malaysia Boleh". Kalau Malaysia boleh, kenapa tidak
"boleh" luaskan ruang pernerbitan dan kebebasan bersuara. Kita sering dengar sahaja "batal permit"... batal permit majalah, ceramah, lesen...
Kalau betul-betul "boleh" apakah takut sehingga batal sana, batal
sini, sekat sini, sekat sana dan pelbagai alasan yang tidak munasabah diberi.
Kebenaran
telah disembunyikan. Masalah rakyat yang patut mendapat perhatian tidak diendah. Penyelewengan tidak mendapat perhatian. Fenomena tersebut telah kian lama
wujud di akhbar. Satu contoh, saudara Ezam telah mendedahkan penyelewengan dan membuat laporan polis, tetapi polis tidak melakukan penyiasatan lanjut
terhadap nama-nama dalam laporan polis Ezam, sebaliknya ezam dituduh atas OSA. Akhbar tidak menyentuh langsung dengan menyeluruh mengenai kes ini. Laporan
polisnya tidak mendapat perhatian yang sepunuhnya daripada media.
Dalam keadaan sebegini, hilanglah keyakinan rakyat terhadap akhbar. Sikap tak
professional akhbar-akhbar telah menghampakan ramai orang. Penyaluran maklumat yang berunsur bau kepentingan dan menutup kebenaran bukan sesuatu yang kita
mahu. Pada pilihanraya 1999, senaskah akhbar yang berharga RM1.00 - RM 1.20 mengandungi iklan sebanyak 7 - 8 mukasurat yang pro BN. Kita membayar harga
akhbar untuk mendapatkan maklumat, bukan untuk melihat iklan yang jelas berpihak ke satu pihak.
Jesturu itu, Purnama lahir tepat pada waktunya. Pada
masa yang sama menanti lulusnya permohonan purnama, diharap pihak Muttaqin boleh adakan kempen mengumpul tandatangan dari rakyat untuk menyokong
penerbitan purnama di ceramah atau kempen tertentu yang akan diadakan. Selepas itu, ia boleh dihantarkan kepada pihak berkenaan. Lahirnya Purnama adalah
atas suara rakyat yang dahagakan informasi alternatif dan kebenaran.
Menanti keluaran sulung Purnama.
dari tat kean