MAHATHIR JATUH KUDA – BERITA YANG DISEMBUNYIKAN ?

Beberapa hari lepas Laman Reformasi mendedahkan berita sensasi, Mahathir jatuh kuda di Argentina.  Selepas keluarnya berita tersebut saya sentiasa tertunggu-tunggu berita selanjutnya untuk mendapatkan pengesahan. Namun setakat ini masih belum ada sebarang pengesahan samada berita tersebut betul atau tidak. Agak sukar untuk mendapatkan berita dari negara Amerika Selatan itu disebabkan tidak ramai rakyat kita yang berada di sana berbanding dengan negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat.

Cuma satu kemusykilan yang bermain di benak saya ialah, kenapa percutian Mahathir kali ini  senyap sunyi dari sebarang liputan berita ? Semasa beliau bercuti 3 bulan  dan Anwar memangku dulu, boleh dikatakan setiap hari akhbar-akhbar menyiarkan berita mengenai percutiannya, samada ketika beliau memancing dan sebagainya semasa percutian tersebut. Tetapi untuk kali ini, saya rasa agak pelik kenapa berita tentang Mahathir langsung tidak disiarkan. Jika benar beliau sihat, kenapa tiada langsung berita mengenainya ? Tidaklah dapat ditolak kemungkinan bahawa memang benar beliau jatuh kuda dan mungkin mendapat cedera teruk dan mungkin kini sedang terlantar di hospital Argentina.

Andaikata minggu depan tiada sebarang berita mengenai pertemuannya dengan beberapa pemimpin Eropah di Davos Switzerland dan Paris seperti yang dijadualkan dalam program percutiannya itu, SAH dan jelaslah bahawa beliau kini sedang bergelut dengan maut di Argentina. Dan suatu perkara yang tidak dapat ditolak jika betul kejadian itu ialah, akhbar dan tv akan menyiarkan gambar-gambar usang beliau untuk menutup cerita yang Mahathir sedang sakit. Teknik ini samalah ketika Rahim Bapak Anjing lumpuh sebelah tangannya selepas memukul Anwar dulu dimana pihak akhbar menyiarkan gambar Rahim secara mengubahsuaikannya dengan gambar-gambar lama atau di dua tempat berbeza.

Diharap penyokong reformasi yang berada di Argentina, terutama para pegawai Kedutaan Malaysia dapat mengesahkan samada betul atau tidak Mahathir jatuh kuda itu ? Ataupun pegawai-pegawai Wisma Putra juga mungkin tahu mengenainya.  Harap penyokong reformasi yang berada di tempat-tempat tersebut dapat menyampaikan maklumat terkini berita ini.

Pendekar Reformasi