BILA KUASA MKT MELEBIHI KUASA MAJLIS RAJA-RAJA
Keputusan Majlis Kerja Tertinggi
UMNO untuk tidak mempertandingankan jawatan Presiden dan Naib Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung Mei 2000 ini tidaklah memeranjatkan sesiapa,kerana
perkara ini sememangnya telah dirancang oleh Mahathir awal-awal lagi.
Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dipecat daripada jawatan TPM dan
UMNO, secara terbuka Mahathir enggan memilih pengganti TPM dan Mahathir dengan angkuh menjanjikan bahawa ahli-ahli akan memilih untuk mengisi jawatan
nombor dua UMNO itu.
Namun demikian janji Mahathir itu tidak tahan lama kerana takut dia pergi menyambutseruan Illahi nanti,lantas,Mahathir
pilih Abdullah Badawi untuk menjadi TPM dengan menjanjikan bahawa jawatan Naib Presiden masih lagi terbuka untuk dipertandingkan. Keputusan Mahathir itu
tidak menyenangi Najib dan Tengku Razaleigh.
Jawatan Naib Presiden UMNO sebenarnya masih lagi kosong dan Abdullah Badawi hanya dilantik oleh
Mahathir untuk memangku dan menjalankan tugas sebagai Naib Presiden UMNO. Oleh kerana Mahathir mahu meneruskan legacynya dalam UMNO maka diajaknya
ahli-ahli UMNO supaya tidak mencabar jawatan nombor satu dan dua dalam UMNO dengan itu Mahathir akan terus berkuasa.
Trauma yang
dialami selepas pilihanraya 1999,setelah UMNO dibelasah teruk menyebabkan Mahathir kecut perut. Mahathir sedar jika adanya pertandingan dalam
Perhimpunan Agong 2000 ini mungkin dia akan tersungkur dan tersingkir. Jadi untuk elak daripada insiden ini Mahathir dengan tipu helahnya,berlandaskan
konon untuk menjaga perpaduan parti Mahathir telah memperdayakan MKT UMNO untuk membuat satu resolusi agar jawatan Presiden dan Naib Presiden tidak
dipertandingkan.
Kenapa tidak jawatan Presiden saja ? Kalau Mahathir buat demikian nanti Mahathir takut orang kata dia mabuk kuasa. Kenapa
Abdullah Badawi disokong Mahathir untuk jawatan Naib Presiden ? kerana Mahathir tahu Abdullah Badawi ini seorang hamba yang taat dan akan turut
saja,mengikut rentak lagu yang bakal dimainkannya.
Ahli-ahli majlis MKT adalah YES-man belaka. Mahathir buka mulut yang lain menyahut
"setuju tuanku". Siapa berani melawan ? Siapa berani menegur? kerana bila buka mulut saja fail-fail akan dibuka dan bilik berjerejak besi
di Sungai Buluh sedia menanti untuk diisi. Inilah yang dikatakan demokrasi ala UMNO !!
Sekurang-kurangnya dalam persidangan Majlis
Raja-raja Melayu ada juga perundingan, perbincangan dan pengundian dan tidak seorang raja yang akan menunjukkan sikap keMahafiraunnya seperti Mahathir.
Jika
keputusan yang sama iaitu tidak dipertandingkan jawatan nombor satu dan dua dalam parti PAS atau Keadilan atau DAP atau PRM sudah tentu mereka ini
akan dicapkan sebagai autokratik,bukan demokratik dan bersifat diktator oleh media massa yang meloyakan itu.
UMNO bangga dengan keahlian yang
kononnya sudah melebihi 2.5 juta ahli,tetapi adakah UMNO membenarkan lebih daripada 2.5 juta ahli ini kebebasan untuk milih secara demokratik pemimpin
mereka? Kalau Presiden dan Naib Presiden UMNO masing-masing takut dicabar, lebih baik isytihar saja diri sebagai Presiden dan Naib
Presiden seumur hidup !
Mahathir amat gentar dan takut dengan golongan "silent majority" dalam UMNO yang ramai masih taat dan
simpati kepada DSAI. Keputusan pilihanraya 1999 itu adalah manifestasi fenomena ini dan Mahathir tidak mahu perkara seumpama berulang lagi.
Bagi
orang bukan Melayu,Mahathir adalah jaguh alaf 2000 kerana menang besar dalam pilihanraya 1999 tetapi bagi orang Melayu,Mahathir adalah "a
big looser". Mahathir begitu sangsi akan kesetiaan orang-orang Melayu, malah Mahathir kerap menuduh orang-orang Melayu tidak tahu
mengenang budi. Mahathir khuathir mungkin dia dipermainkan jika ada pertandingan jawatan-jawatan utama UMNO dalam
Perhimpunan Agong nanti.
Mahathir sudah tentu resah,sekiranya dia kalah, siapa akan bantu anak-anaknya dan kroni-kroninya yang kaya raya itu?
Yang lebih memalukan lagi ialah Mahathir tidak mahu namanya tercatat sebagai Presiden UMNO yang pertama tersungkur dan tersingkir daripada jawatan
Presiden dalam sejarah UMNO hampir setengah abad itu.
ALI ALLAH DITTA
|