|
LEBIH BANYAK MUNGKAR AKAN UNDANG LEBIH BANYAK BALANegara kita sedang berhadapan dengan 'bala bencana' yang sungguh memilukan dan menyayat hati. Namun di tengah-tengah keadaan yang 'gawat' itu tidak muncul seorang tokoh ugama di kalangan pimpinan kerajaan negara ini mengulas kejadian bala bencana demikian. Sebagai contoh, sejak pilihanraya umum lalu, kita diperdengarkan tentang kejadian bot karam di Langkawi. Kita juga dengan banjir kilat di merata Pulau Pinang, Perak, Selangor dan paling teruk di Wilayah Persekutuan. Angka kemalangan di jalan raya yang meningkat juga adalah bala Allah. Beberapa hari lalu banjir lumpur di Cameron Highland. Kemudian berita air banjir di lebuhraya persekutuan di Kuala Lumpur. Ini semua adalah contoh-contoh bala Allah termasuk kegawatan ekonomi yang sudah berlaku semenjak dua tahun lalu. Soalnya, siapakah yang mahu mengakui bahawa kejadian-kejadian ini ada kaitannya dengan bala Allah sebagai amaran dan peringatan kepada manusia yang telah melakukan dosa dan maksiat serta menderhakai perintah Allah? Adakah Astora Jabat dan Haman (HAmid OsMAN) mahu mengakui bahawa segala bala ini datangnya dari peringatan Allah terhadap dasar kerajaan yang mendurhakai perintah Allah. Samada Haman atau Astora Jabat mahu mengakui atau tidak hakikatnya amat jelas tercatit di dalam Quran bahawa segala perbuatan manusialah yang mengundang semua bala. Justeru itu di pihak rakyat dan parti bukan kerajaan seperti PAS, mereka berusaha untuk mengelakkan bala Allah dengan cuba mematuhi titah perintahnya sebaik mungkin. Tetapi usaha itu dihalang dengan berbagai cara kerajaan kerajaan BN bimbang akan kehilangan pengaruhnya. Marilah kita renungi beberapa petikan AlQuran yang menjelaskan kepada kita tentang bala Allah sebagai ancaman dan peringatan kepada manusia supaya segala bencana ini Allah hentikan sebagai kita manusia telah mematuhi perintahNya. Didalam surah Ar-Rad ayat 11 Allah berfirman maksudnya:
Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa kemajuan atau kemunduran sesuatu kaum termasuk kemusnahan bagi sesuatu kaum itu sebenarnya adalah atas perbuatan mereka sendiri. Yakni jika manusia memilih taat kepada Allah sebagai agenda kehidupan mereka, maka akan makmur dan majulah peradaban bangsa itu. Sebaliknya jika mereka memilih durhaka dan jalan selain anjuran Allah maka akan berlaku sesuatu yang akan melenyapkan bangsa tersebut sebagaimana contoh bangsa Lut yang lenyap akibat perbuatan maksiat yang melampaui batas. Maka apakah bangsa Melayu tidak akan lenyap di dunia? Jawapan pertanyaan itu adalah kepada setiap manusia berbangsa Melayu kerana jika mereka memilih ke jalan yang mendurhakai Allah, maka akan terjadilah perkara sedemikian. Ayat di atas bermaksud 'pemilihan' kemusnahan itu adalah atas perbuatan mereka sendiri. Dalam surah AlBaqorah ayat 59 Allah berfirman yang bermaksud:
Siksa dari langit atau bala bencana yang turun seperti hujan yang mengakibatkan banjir, ribut, ribut salji, kering kontang bumi atau kepanasan adalah nyata pembalasan 'tunai' Allah ke atas orang-orang yang zalim. Katogeri zalim dalam ayat ini merujuk kepada manusia yang menjadi pemimpin kerana apabila diturunkan suatu perintah, maka para pemimpin itu menukarkan perintah Allah itu dengan berbagai alasan seperti tidak sesuai lagi di zaman ini atau bersifat kuno atau negara ini majmuk maka perintah itu tidak dapat di laksanakan dan berbagai alasan lagi. (bersambung) |