|
MENGAPA MAHATHIR BEGITU TAKUT DENGAN 'GLOBALISASI'Dalam perutusan Hari Rayanya malam tadi, PM Mahafiruan begitu gusar apabila menyebut perkataan dan definisi 'globalilasi'. Perkataan globalisasi mungkin berasal dari 'global' yang bermaksud menyeluruh atau bersifat sejagat. Perkataan globalisasi membawa erti dunia yang menyeluruh atau bermaksud 'dunia tanpa sempadan'. Untuk lebih memahami maksud globalisasi yang diertikan oleh Mahafiraun itu ialah ertinya apa sahaja yang beliau lakukan akan dapat dilihat serta dinilai oleh rakyat secara telus dan secara langsung. Justeru itu beliau tidak dapat menyembunyikan fakta atau menyorokkan sesuatu tembelang yang berlaku. Sebagai contoh, 'support service' iaitu satu jenis perkhidmatan penyelenggaran yang dijalankan di seluruh hospital di Malaysia dimiliki oleh Tongkah dan Propel. Kedua-dua syarikat gergasi Malaysia ini adalah milik Mirzan Mahathir iaitu anak kesayangan Mahafiraun. Dalam setahun berbilion peruntukan kerajaan dicurahkan kepada kedua-dua syarikat ini oleh Kementerian Kesihatan atas perjanjian penyelenggaraanm yang dilakukan. Maka siapakah yang dapat menafikan kenyataan di atas? Inilah sebahagian maksud dunia globalisasi yang paling ditakuti oleh Mahathir. Dunia ketelusan (globalisasi) ini memungkinkan seseorang tidak akan berjaya menyembunyikan perbuatan buruknya dari orang lain. Jika kita bersikap ikhlas maka globalisasi harus diterima dengan senang hati, bukan dengan gundah gulana dan bermuram durja. Di negara barat sendiri, globalisasi diamalkan secara keterlaluan hingga mengenepikan nilai yang baik. Umpamanya, perbuatan membogelkan diri di khalayak ramai sebagai satu perbuatan 'telus' yang amat bercanggah dengan norma kehidupan seorang Islam dan budaya ketimuran. Maka nilai yang seburuk ini hendaklah kita tolak. Tetapi ketelusan dalam sesuatu itu amat dihargai oleh semua pihak untuk lebih menjana keikhlasan di kalangan pemimpin politik. Kepada yang ikhlas, globalisasi tidak pernah ditakuti. Tuan Guru Mursyidul Am sendiri belum pernah mengatakan takut kepada 'ketelusan'. Malah semua pemimpin Islam pasti bersetuju bahawa ketelusan sebagai satu bukti rakyat menilai kejujuran mereka mentadbir negara ini. Inilah sebagai bukti kepada rakyat negara ini, bahawa ketelusan sebenarnya amat ditakuti oleh pemimpin BN terutamanya Mahathir. Justeru itu ketelusan atau dunia tanpa sempadan atau juga disebut globalisasi ini mahu ditolak atau dinyatakan kebencian terhadapnya. Percayalah bahawa Mahafiraun itu sebenarnya menipu anda di sebalik perkataan dan maksud 'globalisasi'. Polong Cyber |