|
Provokasi Rusuhan - Angkara Siapa (Bahagian 7)Selepas insiden kenderaan kami dipukul kami merasa sedikit cemas. Takut-takut kenderaan kami telah di”mark” merakam apa yang saya panggil “provokasi rusuhan” mereka. Langsung kami tutup tingkap cermin kenderaan kami. Apabila membeluk ke Jalan TAR dari Jalan Sultan Ismail, selepas beberapa meter dari jejantas, kami dapati beberapa pemuda di tepi jalan sebelah kanan. Lihat nota #22 - #25, dalam artikel Bahagian 2 sebelum ini. Seperti yang disebut dalam nota tersebut rakan saya memandu dengan agak laju. Kedudukan kami agak jauh dari kelompok pemuda-pemuda ini apabila kami terpaksa berhenti kerana lampu merah di hadapan pejabat MARA lama. Namum salah seorang dari mereka meluru menuju ke arah kenderaan kami kerana mendapati saya sedang merakamkan gerak geri mereka. Oleh kerana cahaya di kawasan itu amat malap dan cermin tingkap lupa saya turunkan, maka kualiti imej-imej berikut amat tidak mememuaskan. Saya mohon maaf. Namun sebagai bahan bukti akan apa yang telah saya laporkan sebelum ini, maka saya sertakan juga imej-imej tersebut. Saudara pembaca bolehlah membuat rumusannya sendiri.
Bersambung untuk rumusan dalam Bahagian 8 sebagai penutup, Insya Allah.
Sekian Ibrahim Baba |