|
Provokasi Rusuhan - Angkara Siapa (Bahagian 6)Untuk Bahagian 6 ini, IB siarkan imej foto yang IB ceritakan suasananya dalam Nota #18 - #20 dalam Bahagian 2. Untuk cerita naratifnya sila rujuk kepada nota-nota tersebut. Ini adalah lanjutan dari kisah petugas keADILan yang ditempatkan di persimpangan lampu isyarat Jalan Raja Laut dan Jalan Isfahan bersebelahan SOGO untuk menasihati mereka yang membawa bendera BA supaya pulang. Sebaik sahaja lampu isyarat tersebut bertukar hijau dan pelbagai kenderaan mulai memecut, terdengar suatu bunyi yang sederhana kuatnya dari atas bumbung kenderaan rakan saya.
Kalau saya orang awam lain, mungkin saya akan membuat rumusan bahawa orang keadilan bertindak jahat dan ganas walaupun belum menang pilihanraya lagi. Mungkin itu penganjur provokasi ini rancangkan. Mungkin kalau mangsa itu seorang gedeber seperti Ibrahim Ali (ATAU gangster terbaru UMNO Dato Adnan MB Pahang) maka akan terlaksanalah rancangan mereka yang merancang. Terjadilah kejar-mengejar dan mungkin pergaduhan. Alhamdulillah kami dapat bersabar dan menahan perasaan kami. Makin jelas kepada saya bahawa mereka sengaja melakukannya dan sengaja mahukan orang ramai membuat tanggapan sedemikian. Bersambung lagi … di bahagian 7, Insya Allah.
Sekian |