JIHAD HANYA ADA DALAM PAS!!

Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan yang sedikit ini untuk mengucapkan 'Selamat Balik Kampong' dan menerajui perjalanan yang jauh terutama bagi yang sekian lama merantau di kota besar seperti Kuala Lumpur. Jadikanlah setiap karya dan bahan penulisan reformasi seperti ini sebagai salah satu santapan minda, sambil anda menjamah rendang dan lemang serta ketupat di pagi syawal nanti.

Minggu ini tajuk yang saya pilih agak 'ekstrim' pada pandangan ahli UMNo mungkin. Tetapi jelas kepada kita bahawa UMNo adalah satu parti yang kini menerajui kerajaan BN, memerintah dengan rakus dan mengikutkan hawa nafsu. Jika kita selami di sebalik tirai setiap tahun baru menjelang, berapa banyakkah dara yang turut terkorban akibat kerakusan nafsu menyambut tahun baru. Nyata arak dan wanita telah diperalatkan oleh pelbagai pihak dalam apa saja acara 'profesional' yang berlaku di mana sahaja, termasuk negara kita.

Namun untuk membicarakan soal agama, hukum, syariat, serta segala larangan Allah memang tidak menarik kepada mereka yang cintakan dunia. Kepada orang Islam segalanya terbatas kerana Allah mahu manusia tunduk dan menyalurkan nafsu mereka melalui jalan yang sebenar. Saya teringat satu hadith bermaksud: "Dunia adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang-orang yang kufur (kafir dengan Allah)".

Maksud hadith di atas begitu jelas sekali bahawa kehidupan seorang mukmin ada segala batasannya. Tidak dapat lari dari syariat Allah. Kerana itu wujudnya 'jihad', yang menuntut kita berjuang melawan hawa nafsu sendiri serta berjuang untuk kelompok demi kepentingan agama Islam keseluruhannya.

Menyentuh tentang penjara, saya teringatkan insan yang sedang terpenjara akibat nafsu kerakusan manusia. Ketamakan kuasa dan mahu menunjuk kepada dunia bahawa beliau berkuasa diiktiraf dunia. Sedang media perdananya menyokong dan mengampu dengan kukuh bagi menjayakan perencanaan tersebut. Maka apabila kembali kepada hadith di atas, benarlah mereka sedang menjalani 'syurga' di dunia ini akibat kekufuran mereka.

Maka siapakah di antara mereka yang merasa ikhsan terhadap nasib manusia yang di penjara itu? Siapakah di antara mereka dengan berani dan lantang menyatakan keinsafan dan kasih sayang kepada bekas seorang Timbalan Perdana Menteri? Siapakah di antara mereka yang datang mengunjungi manusia yang terlantar di kurungan besi itu?

Ya benar!! Tidak ada insan yang merasa ikhsan serta belas kasihan, melainkan di hatinya ada secebis keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Manusia yang kufur kepada Allah, hatinya tidak pernah bersimpati terhadap nasib yang sedang diterimanya. Mereka juga tidak pandai berterima kasih kepada beliau, kerana semasa beliau di kedudukan nombor 2 dalam negara, begitu banyak sumbangan yang telah mereka nikmati. Mereka sebenarnya juga tidak tahu bersyukur!!

Begitu banyak rahsia mereka disimpan oleh manusia malang ini dari pengetahuan rakyat. Malah untuk tidak semakin membongkar rahsia itu, maka kes perbicaraan palsu tuduhan rasuah dan liwatnya dibekukan selama 2 bulan supaya beliau jangan menggangu keputusan pilihanraya umum negara.

Namun perancangan Allah lebih bijaksana. Kemenangan yang memeritkan itu seumpama sembilu yang tertanah dalam  darah beku. Kemenangan yang diterima hanya atas tipu helah dan dakwaan undi palsu. Memang mereka manusia pintar. Mampu menipu manusia. Namun bapa demokrasi pernah menegaskan bahawa 'Kita mungkin mampu menipu  semua manusia pada sebilangan masa, kita juga mampu menipu sebahagian manusia pada segenap masa, tetapi adalah mustahil bagi kita menipu semua manusia dalam segenap masa'.

Maka dari situ terbukti segala penyelewengan, kepincangan serta kerakusan dan nafsu tamak kuasa dan rakus politik mereka. Hanya mementingkan diri, sahabat dan para kroni. Mereka yang dirasakan boleh menjejaskan kepentingan itu akan difitnah dengan pelbagai tuduhan palsu yang keliru!!!

Sebagai memenuhi ungkapan bahawa 'semua manusia tidak akan mampu ditipu dalam semua masa' maka umat Islam yang senantiasa bergantung hidup kepada perencanaan Allah s.w.t. terhindar dari petaka muslihat palsu itu. Mereka hanya sekelompok manusia berjuang untuk membantu dan membebaskan manusia yang terpenjara itu. Bahkan perjuangan itu tidak di setakat itu sahaja, perjuangan kelompok itu jelas telah mengambil Al-Quran dan Hadith sebagai petunjuk perjuangan dan dalam isi kandungan perjuangan mereka. Mereka berjihad dengan penuh yakin bahawa sekiranya mereka gugur dalam perjuangan itu nilai tertinggi yang akan Allah bayar kepada mereka ialah 'syurga' dan mereka akan disanjung sebagai tentera Allah.

Mereka adalah para syuhada yang terbilang. Semasa hayatnya mereka adalah tentera Allah dalam perjuangan suci menegakkan kebenaran. Mereka menghapuskan kemungkaran yang berlaku di sekeliling serta yang ada dalam program kerajaan BN semasa hayat memerintah. Bilangan tentera Allah ini semakin lamasa semakin kuat serta kukuh. Bukti kekukuhan itu dapat dilihat apabila Kelantan dan Terengganu kini di bawah naungan panji-panji Islam. Serta di majoriti hampir separuh di Kedah dan sebahagian Perak dan Selangor. Di sana juga sudah ada tentera Allah. Perjuangan mereka demi ugama dan Allah.

Pengaruh Islam dan perjuangan kelompok ini bagaimana pun di pandang serong oleh manusia rakus dan bongkak terhadap Allah. Pengaruh Islam disifatkan sebagai pergolakan politik  yang masih berlarutan seperti api dalam sekam hingga kini. Api pergolakan itu didakwa marak seketika menjelang pemilu 1999. Keputusan pemilu itu disifatkan mereka sebagai perpecahan politik yang sudah sampai ke peringkat yang boleh mengancam keutuhan ketuanan Melayu yang menjadi paksi kepada kejayaan pembangunan dan kestabilan negara.

Mereka mendakwa menjadi pejuang keutuhan dan kekuatan ketuanan Melayu padahal keputusan pemilu 1999 amat jelas UMNo sudah tewas kerana hanya menang 72 kerusi berbanding hanya 76 yang dimenangi oleh bukan Melayu. Mereka menjadi jurutera pembangunan di Malaysia tetapi akur tidak lagi mendapat sokongan kuat orang-orang Melayu. Sebaliknya kelompok yang menjadi tentera Allah bukan sahaja berjaya mempertahankan Kelantan, malah menawan Terengganu dan memperoleh kerusi dengan jumlah yang signifikan di Kedah, Pahang dan Selangor.

Begitulah yang telah terjadi kepada manusia. Ada yang insaf dan ada yang kufur dengan Allah. Yang menginsafi akan kehidupan yang kudus ini tertarik dengan janji Allah, sebaliknya manusia yang kufur lebih tertarik kepad agenda ekonomi dan sosial yang enggan tunduk kepada sistem Allah serta condong kepada faham dunia semata. Fahaman sekularisme!!!

Alhamdulillah syukur kita panjatkan ke hadrat Allah s.w.t kerana semakin hari bilangan manusia yang mendaftarkan diri sebagai tentera Allah semakin ramai. Tidak berhenti malahan saya yang menyerahkan borang keahlian PAS kira-kira setahun lalu masih belum menerima kad keahlian. Bukan itu ertinya tidak menggunakan segala kecanggiihan yang ada. Sebaliknya itu membuktikan bahawa sokongan dan runtunan hati manusia yang insaf begitu ramai hingga mencapai lebih 15,000 sebulan keahlian diproses, tetapi masih belum dapat memenuhi setahun permohonan sebagai ahli PAS.

Perkembangan ini menampakkan seolah-olah hampir kiamat kepada politik taghut dan perjuangan sekularisma. Saya berpendapat begitu kerana Islam menganjurkan umatnya supaya mengunakan dunia sebagai jambatan menuju ke alam akhirat tanpa terpesona kepada ajakan yang bersifat dunia semata. Masyarakat Islam semakin  menerima perjuangan PAS dan ingin menyertai sebagai tentera Allah dalam perjuangan dan jihad ini. Inilah realiti yang perlu diterima oleh UMNO dalam menilai diri atau membuat post-mortem pilihan raya 1999 bagi menghadapi pilihan raya 2004.

UMNO jelas kepada manusia dan masyarakat Islam menolak perlaksanaan syariat  dan tuntutan agama. Malah mereka persendakan. Mereka buat pertandingan membaca AlQuran tetapi dalam masa yang sama menganjurkan pesta arak dan korban dara wanita!

Syukur kita kerana trend politik akhir abad ke-20 dan permulaan abad ke 21 jelas menunjukkan bahawa kecenderungan kepada agama semakin kuat di kalangan orang Melayu. Sebagai wadah perjuangan suci dan memenuhi tuntutan agama dan senantiasa berusaha melaksanakan syariat Allah, maka PAS semakin menyerlah. Kepercayaan diberikan oleh masyarakat Islam kepada barisan kepimpinan PAS yang kini gabungan mantap para ulama dengan pentadbir serta ahli politik dan ekonomi. Gabungan itu semakin mantap apabila PAS mendahului dalam kepakaran IT dan nuklear. Laman web termahsyur seperti Laman Reformasi mendukung perjuangan jihad menerima sanjungan dan pujian seluruh dunia atas keberanian mereka mendedahkan segala kepincangan yang berlaku dalam politik taghut.

Justeru itu alaf baru merupakan titik tolak perjuangan Islam bermula secara beramai-ramai. PAS bukan lagi parti pak lebai atau tuan guru sahaja. Malahan PAS telah membuktikan bahawa mereka mampu mentadbir biar  dicemuh oleh media perdana dan pimpinan kerajaan BN. Malah PAS digeruni secara nyata apabila lidah rasminya Harakah, bakal menjalani proses pengharaman dengan melalui berbagai sekatan. Namun perjuangan Islam tidak pernah mundur. Patah tumbuh hilang berganti. Pergi satu, ganti seribu.

Tahniah kepada anda yang sudah mendaftar menjadi ahli PAS. Hayatilah perjuangan ini dengan mendekatkan diri kepada Allah melalui penghayatan syariatnya dalam kehidupan kita seharian. Anda yang masih belum menjadi ahli, bagaimana?

POLONG CYBER