Bahagian Kelima APA ADA PADA RAJA-RAJA?
Institusi raja-raja menjadi kucar-kacir setelah MAHAFIRAUN berjaya mengekang
kebebasan raja-raja Melayu. Mereka kini mempunyai satu bidang kuasa yang bersifat
'ceremonial' semata-mata. Rakyat yang pada satu ketika dulu menganggap
raja-raja sebagai lambang penyatuan bangsa dan mercu tanda ketuanan Melayu turut
terpukau dengan gelagat MAHAFIRAUN memperkecilkan singgahsana raja-raja itu
sehinggakan meraka menganggap bahawa singgahsana itu sudah pun kini beralih ke Putra
Jaya. Keyakinan rakyat akan pudarnya kuasa raja-raja itu didorong lagi dengan
pembikinan sebuah mahligai di Putra jaya yang dikatakan hanya berharga tujuh belas
juta.
Hubungan Benci tetapi rindu
Sebenarnnya hubungan antara rakyat dengan raja-rajanya bolehlah disifatkan sebagai
hubungan yang dipaksa. Rakyat yang sudah lama ditindas oleh kuasa politik yang
dipimpin MAHAFIRAUN telah mengabaikan institusi raja-raja itu yang disebabkan
perangai yang dipertontonkan oleh golongan istana itu sendiri. Hubungan itu bolehlah
dikatakan satu hubungan benci tetapi rindu. Perkara ini berlaku kerana faktor
berikut:
- Raja yang sedang berkuasa sebenarnya sudah terlalu renggang dengan rakyatnya.
Mereka sibuk dengan masalah hidup mereka sedangkan rakyat pula sibuk dengan
masalah mereka. Rakyat telah menganggap bahawa hubungan mereka dengan raja-raja
lebih baik diserahkan sahaja kepada wakil rakyat dan kerajaan negeri. Bukannya
rakyat perlukan tandatangan raja-raja untuk memohon sesuatu yang boleh
memperkayakan mereka.
- Institusi raja-raja itu sendiri kelihatan lemah kerana tidak ada seorang raja
ataupun sultan yang lebih menonjol di kalangan mereka yang boleh memberikan satu
kepimpinan yang terserlah. Apabila keaadaan ini terus berpanjangan, ia memberi
ruang yang luas untuk MAHAFIRAUN memperlekehkan institusi raja-raja itu tanpa
ada segelintir rakyat yang mahu mempertahankan keaiban yang dilakukannya.
Dalam hal ini MAHAFIRAUN telah menunjukkan kelicikannya. Beliau telah
membocorkan pelbagai cerita yang kurang sopan tentang perilaku segelintir
raja-raja yang sememangnya berbuat perangai yang tidak setanding dengan status
mereka. Bayangkan ada raja yang kalah berjuta-juta ringgit di kasino dan
memerlukan kerajaan negeri menebus kerugian itu. Ada pula raja yang membawa
masuk kereta dari luar tanpa membayar cukai dan kemudiannya menjualkan kereta
itu pada orang China dengan harga yang menguntungkannya. Ada pula raja yang
gilakan betina sehinggakan sanggup berasmara secara rahsia dalam kontena yang
membawa kuda.
- Generasi muda masyarakat istana tidak pun mengambil pusing akan hal ehwal
rakyat. Mereka seolah-olah sedang bersiap sedia untuk menghadapi satu alaf baru
di mana darah raja yang mengalir di tubuh mereka itu dianggap sebagai satu
perkara biasa oleh rakyatnya. Dengan lain perkataan generasi pelapis ini
seolah-olah tidak berapa menghiraukan kedudukan mereka yang dimuliakan. Ramai
antara mereka tidak pun tahu bersembahyang dan mengenal budaya ibunda mereka
kerana terlalu lama dibesarkan di negara orang putih. Perangai mereka yang
memperlekehkan budaya yang dianggap suci oleh rakyat menyebabkan rakyat
bertindak balas dan tidak menghiraukan lansung generasi pelapis masyarakat
istana itu.
- Kerakusan golongan istana terhadap khazanah negara telah membuatkan rakyat
semakin mual melihatkan telatah mereka. Rakyat sudah kurang pasti apakah
institusi raja itu layak dijadikan lambang ketuanan Melayu di alaf baru?
Keraguan rakyat ini sebenarnya menunjukkan betapa berjayanya MAHAFIRAUN dan UMNO
dalam mengganyang institusi raja dengan segala dakyah yang memperlekehkan
mereka. Sememangnya UMNO dan MAHAFIRAUN mahu menghapuskan institusi raja-raja
itu dengan muslihat untuk menggantikannya dengan institusi repablika. Bayangkan
apa yang akan jadi kalau semua raja-raja dipencenkan? Bukankah Malaysia boleh
dibentuk seperti kerajaan Amerika ataupun beberapa negara latin Amerika seperti
Argentina, Peru, Mexico, Brazil dan sebagainya.?
Kesilapan besar raja-raja
- Golongan istana memang sudah tidak sedarkan diri. Mereka sendiri menjadi satu
masyarakat yang berada dalam satu kelompok kecil yang mencelaru. Rancangan
memperlekehkan mereka secara bertubi-tubi sudah membuatkan golongn istana itu
lupa akan apa peranan mereka sebenarnya dalam sistem ketuanan Melayu.
- Budaya sabsidi yang berlebihan yang disogokkan kepada keluarga istana telah
membuatkan mereka lupa daratan. Mereka mudah menganugerahkan darjah kebesaran
kepada sesiapa yang tahu menyogok mereka pula. Kerana itu kita dengar bagaimana
seorang China yang tidak berpelajaran boleh menerima gelarana istana dan
digelar sebagai 'Datuk'. Malahan ada seorang pemanjat kelapa di Chaah yang
pernah diberikan gelaran oleh seorang Sultan kerana mendengar nasihat seorang
wakil rakyat. Jasa sebenar pemanjat kelapa itu bukannya kepada sultan itu tetapi
kepada wakil rakyat berkenaan.
- Ramai orang Melayu yang terhiris hati bila memikirkan betapa raja-raja suka
berpoya secara bebas dan merendahkan ajaran agama anutan mereka. Pernah
tercetus satu cerita bagaimana seorang sultan yang suka berjudi di London kerap
berhenti untuk bermalam di Dubai semata-mata untuk membolehkannya melepaskan
nafsu kepada seorang peramugari yang diatur untuk bertugas dalam
penerbangan yang dirancangkan itu. Ada kalanya sultan itu akan memilih salah
seorang paramugari itu ketika dalam penerbangannya. Hobi terkutuk ini
diketahui oleh ramai kakitangan penerbangan MAS dan juga ahli diplomatik di
Dubai, kerana mereka bertanggungjawab membuat persediaan tempahan bilik hotel
untuk sultan itu.
- Gelagat suka berfoya-foya itulah yang kerap mencuit hati rakyat. Apatahlagi
kalau golongan istana suka sangat dengan para artis yang berdahi licin, tidak
kiralah kalau artis itu mempunyai pengajian agama yang tinggi ataupun tidak.
Rakyat manakah yang tidak terhiris hati melihatkan gelagat ahli istana yang
terlalu buas nafsunya? Ada pula anak raja yang memikirkan bahawa dia keturunan
daripada angkasa. Kalau dia memandu kereta dia mahu menentukan tidak ada sesiapa
yang berani menandingi kelajuan keretanya. Kalau dia bersukan dia mahu setiap
bola pukulannya itu dibiarkan sahaja bergolek ke gawang gol oleh
penjaga gawangnya. Lantas berlakulah insiden betapa seorang anak raja menampar
seorang penjaga gol semata-mata kerana penjaga gol itu bersukan mengikut
semangat kesukanan sedangkan anak raja itu bersukan untuk memuaskan semangat
kegilaaan yang diwarisi dari ayahandanya. Ada pula raja yang sedang memerintah
yang diketahui oleh rakyatnya mempunyai IQ yang rendah cuba memandai-mandai
mentadbir negara laksana orang politik yang bijaksana. Akibatnya rakyat menjadi
bingung lagi apabila raja melatah disebabkan jolokan si permaisuri. Ada pula
raja yang suka keluar negara untuk berubat, di musim rakyat mengerjakan ibadat
berpuasa. Sedangkan penyakitnya itu mudah sekali diberikan rawatan oleh rakyat
yang sudah pun pintar melakukannya. Ada pula ahli istana yang lebih suka
mengelilingi dunia daripada mengelilingai kampung dan desa dalam kawasan
taklukannya. Inilah yang menyebabkan ramai anak raja yang terpesona dengan
pelayan kedai makan sedangkan ramai anak dara sunti di kalangan bangsa sendiri
yang tinggi pelajarannya yang sepatutnya dijadikan permaisuri.
- Apabila golongan istana dibenarkan berfoya-foya seperti itu mereka tidak pun
mempunyai masa untuk menegakkan institusi raja itu sebagai satu institusi yang
disegani yang menentukan kemunculan warisan raja-raja yang berkaliber. Kalau
mereka sendiri tidak berminat untuk memikirkan masa depan mereka, apakah mereka
mengharapkan rakyat untuk memikirkannya ?
- Kekurangan sensitibiti terhadap masa depan mereka itu menyebabkan insititusi
raja itu berada di satu keadaan yang statik. Lantas kita masih melihatkan warga
istana yang menjawat jawatan Pawang Dalam dan Pawang Luar semata-mata mengikut
tatasusila tugas warga istana di zaman purba. Siapakah membayar gaji segala
inang-inang dan pawang dan dukun yang berkarat di istana itu, kalau bukan rakyat
jelata? Siapakah pula yang mengongkosi kegilaan raja-raja yang mempetahankan
budaya Hindu lama dalam tatasusila hidup mereka?
Sebagai rumusannya kita boleh katakan sistem feudal yang menjadi tonggak insitusi
raja-raja dibiarkan terus tegak oleh kerajaan MAHAFIRAUN dengan tujuan untuk
memperlekehkan institusi raja itu. Dengan cara ini ia memungkinkan UMNO pada
satu hari nanti menggantikan institusi itu sebagai tonggak ketuanan Melayu. Adalah
amat malang sekali seandainya perkara ini berlaku.
Kalau kita lihat situasi politik di Indonesia, kita sedar betapa pentingnya
institusi raja itu untuk menentukan kejituan martabat Bangsa Melayu di hari muka.
Berdasarkan jurang pemisah yang semakin melebar di antara UMNO dan parti Melayu yang
lainnya kita boleh menjangkakan betapa institusi raja melayu akan memainkan peranan
yang besar di satu hari kelak. Cuma para pendukung institusi itu harus sedar dari
khayalan mereka bahawa merekalah yang sepatutnya berdiri tegak mempertahankan apa
yang dikatakan kedaulatan raja-raja Melayu itu sendiri. Keadaan ini semakin genting
kalau raja-raja tidak insaf betapa sebilangan besar rakyat hanya sanggup berdiri
senyap sebagai saksi-saksi yang tidak diundang ketika insitusi raja itu jatuh
berkecai disebabkan keangkohan dan perbuatan mereka yang sumbang.
-MT-
|