Bahagian Ketiga: Apabila Rakyat Menjadi bingung
Apabila pemimpin politik selalu bertegang urat, perkara sebenar tidak pun
diketahui oleh rakyat. Kalau ada pun cerita yang tersebar ia selalunya bersifat
desas desus yang terlalu samar yang sengaja dibiarkan tersebar untuk
memperkuatkan matlamat yang menyebarkannya. Keadaan tegang di antara MAHAFIRAUN dan
DSAI itu telah mencetuskan suasana yang mebuatkan rakyat menjadi bingung.
Cuba kita teliti fenomena ini:
a) MAHAFIRAUN bertemu rakyatnya dan mula menuduh spekulator matawang sebagai
penyangak yang telah menjahanamkan pasaran saham BSKL. Beliau tidak pernah
bercakap bahawa keadaan pasaran yang merudum adalah satu fenomena yang berlaku
secara bermusim. Kemungkinan merudumnya pasaran global telah ditelah oleh beberapa
ramai pakar ekonomi dan penganalis pasaran seperti Micahel A. Bernstein,
James Dale Davidson, William Rees-Mogg, Joshua Goldstein dan banyak lagi. Malahan
mengikut pergerakan carta kayulilin, pasaran BSKL sememangnya telah diramalkan untuk
merudum pada bulan Oktober 1997, sebagai satu fenomena yang disebabkan lonjakan
indeks yang naik mendadak terlalu tinggi. Ia telah naik laksana sebiji 'balloon'
udara panas. Apabila ia naik terlalu tinggi, kekurangan bekalan gas panas yang cukup
sudah pasti membuat 'balloon' itu terkandas dalam perjalanannya. MAHAFIRAUN lebih
selesa menuduh George Soros sebagai penyamun tarbus yang mengetuai aktibiti
'penyangak matawang itu'. Tidak pernah sekali pun beliau cuba mendedahkan keadaan
sebenar kenapa pasaran BSKL merudum dengan teruknya. Beliau
sengaja berbuat demikian untuk menutup segala taik kucing yang dibuat oleh
kucing-kucing peliharaannya.
b) Sebagai Menteri Kewangan, DSAI telah didatangi beberapa tokoh koperat yang
rapat dengan MAHAFIRAUN untuk mendapatkan bantuannya. DSAI enggan kerana tidak mahu
membabitkan khazanah negara untuk menyelamatkan kerakusan para koperat itu. Ada
tokoh koperat yang mendesak bantuan tanpa menyebut kerugian mereka di pasaran saham.
Mereka telah meminta agar projek mereka yang semakin terbengkalai dibayar lebih awal
dari biasa. Cadangan mereka itu sudah pasti bertujuan menggunakan wang yang bakal
diterima untuk menutup lubang dalam yang sudah lama digali. Keengganan DSAI
itu telah meregangkan lagi jurang salah-faham di antara beliau dengan MAHFIRAUN dan
juga para menteri kabinet yang telah kerugian besar dalam pelaburan mereka.
c) Menyedari keengganan DSAI untuk mematuhi arahannya, MAHAFIRAUN telah mengambil
langkah kecemasan yang telah lama dirangkanya. Beliau telah melancarakan satu kempen
untuk mengaibkan DSAI. Hasilnya pada 2 September 1998, beliau telah disingkirkan
daripada jawatannya. Pegaiban itu disusuli dengan tangkapan yang dibuat di bawah
akta ISA. Penangkapan itu telah mengegarkan masyarakat Melayu kerana bebarapa hari
kemudiannya DSAI telah dihadapkan ke mahkamah dengan mata yang lebam; kesan dibaham
oleh seorang Ketua Inspektor Polis yang melepaskan geram. Penyingkiran yang tidak
diduga Pengguran DSAI daripada kabinet menggemparkan seluruh dunia Islam kerana
beliau lebih disanjung dan terkenal kalau dibandingkan dengan populariti MAHAFIRAUN
sendiri. Berita itu juga membingongkan pemimpin negara luar yang lainnya. Mereka
seolah-olah tidak percaya dengan jenis tuduhan yang mendorongkan penyingkiran
itu. DSAI telah juga dinyahkan daripada Majlis Tertinggi Umno yang sekaligus
memberi isyarat dia sudah diiktiraf sebagai kucing kurap parti itu.
Demikianlah hinanya Anwar di mata para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional kerana
tidak ada pemimpin yang pernah naik di atas jasa DSAI yang sanggup menyebelahinya.
Walaupun beberapa pemimpin itu telah kelihatan di rumah Anwar beberapa hari sebelum
beliau ditangkap, mereka akhirnya tidak sanggup menyebelahinya seolah-olah segala
tuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah perkara yang benar dan yang mereka
persetujui bersama dengan MAHFIRAUN.
DSAI telah dihadapkan ke mahkamah di atas pelbagai tuduhan yang temasuk rasuah yang
berbentuk menyalahgunakan kuasa yang ada padanya. Tuduhan yang besar ialah tuduhan
salahlaku seks yang dikenakan terhadapnya. Ironisnya orang yang menuduhnya melakukan
seks itu tidak pun pernah diperiksa oleh pakar perubatan untuk mengsahkan pengakuan
yang dibuatnya.
Salah satu perkara aib yang dikenakan ke atas DSAI ialah tuduhan perbuatan sumbang
yang membabitkan sebuah tilam tanpa cadar di sebuah apartment. Yang peliknya tilam
di apartment kelas atasan ini tidak pun mempunyai cadarnya. Tilam itu diusung setiap
hari perbicraan untuk dirakam oleh kamera dan video. Setiap hari, sinario tilam yang
diusung sentiasa ditayangkan kepada umum. Yang menjijikkan sekali ialah cara
pemeriksaan dibuat ke atas tilam itu sebagi bukti tercicirnya baki-baki sperma
kepunyaaan DSAI ketika melakukan perkara yang mengaibkannya.
Demikianlah jijiknya taktik yang digunakan ke atas DSAI setelah beliau disingkirkan
daripada kabinet. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai tuduhan yang ditolaknya
sebagai satu konspirasi "yang direncana dari tahap yang paling tinggi."
Tercetusnya Reformasi Rakyat
Keaiban yang dikenakan terhadap DSAI telah menyedarkan rakyat betapa merbahayanya
dan buruknya padah apabila memberikan kuasa yang berlebihan kepada seorang insan
yang gilakan kuasa. Seluruh negara telah bangkit untuk menyatakan tentangan mereka
terhadap MAHAFIRAUN. Majoriti rakyat tidak percaya bahawa DSAI telah melakukan
segala perbuatan keji yang ditohmahkan oleh MAHAFIRAUN.
Di sebalik keresahan itu MAHAFIRAUN telah meneruskan segala aktibiti yang
mencemuhkan Anwar. Dia terus berdegil dengan segala tuduhan yang dikatakannya
berdasarkan lapuran seorang perempuan yang masih dara walaupun usianya sudah
menjangkau status seorang adartu yang "gilakan benda 'tu' kepunyaan
Anwar". MAHAFIRAUN menjadi yakin dengan tuduhan itu setelah bertemu dengan
seorang bekas pemandu yang mengatakan suami bekas majikannya pernah memperkosa
belakangnya pada satu ketika dulu.
Walupun umurnya hampir mencecah empat puluh tahun, si lelaki ini tidak pula sanggup
mengadukan hal itu kepada majikannya kerana sebab-sebab yang dia sahaja yang tahu
ketika itu. Beliau hanya sanggup membuat pendedahan yang mengaibkan itu setelah
isterinya mati dalam kemalangan di jalanraya dan setelah beliau bertukar menjadi
pengurus bagi sebuah syarikat perniagaan. Pendedahan si pemandu itu membuat rakyat
menjadi bingung lagi kerana apakah mungkin seorang lelaki yang sudah beristeri dan
mempunyai anak, sanggup dijadikan bahan ratahan "seorang yang kuat
nafsunya".
Yang lebih membingungkan rakyat ketika itu ialah bagaimana seorang perdana menteri
yang dianggap juara dunia ketiga sanggup mempercayai cerita seorang andartu yang
berdasarkan cerita dongeng seorang pemandu? Rakyat semakin tertekan kerana mula
menyedari bahawa MAHAFIRAUN telah membohongi mereka. Semakin ramai rakyat yang
mempercayai DSAI bahawa tekanan terhadapnya adalah satu rekaan semata-mata. Mereka
juga semakin percaya bahawa memang wujud satu konspirasi untuk menyingkirkan Anwar
daripada kabinet kerajaan MAHAFIRAUN itu untuk menyelamatkan anak-anak dan para
kroninya daripada cengkaman kemuflisan.
-MT- 31.12.1999. |