Bahagian Dua Era Putar Alam Yang Menakjubkan
Sejarah akan merakamkan betapa Mahathir Mohammad adalah seorang 'evil genius'
selepas Adolf Hitler. Kepintaran ini terserlah kerana keupayaannya untuk menguasai
tampuk pemerintah selama lebih lapan belas tahun tanpa henti-henti. Kalau ada pun
orang yang sanggup menentangnya orang itu dapat disingkirkannya dengan tipu muslihat
politik yang sungguh licik sekali.
Selama tujuh belas tahun yang lalu semua timbalan perdana menteri telah dapat
disingkirkan. ia bermula dengan Musa Hitam, kemudiannya Tun Ghaffar Baba dan
Anwar Ibrahim. Pencabarnya bagi jawatan presiden pada satu ketika dulu, Tengku
Razali Hamzah telah dapat dikalahkannya dalam satu episod yang menakjubkan juga
kerana Tengku Razali tertipu dengan apa yang ditakrifkan undi hantu. Kekalahan
itu telah mendesak Tengku Razali keluar daripada UMNO bersama beberapa pemimpin yang
'berwibawa' seperti Harun Idris, Musa Hitam, Rais Yatim, Abdullah Badawi,
Zainal Abidin Zain, Osman Manan, Marina yusuf, Rahmah Osman dan ramai lagi.
Mereka menubuhkan Semangat 46 dan cuba menjatuhkan Mahathir dari luar.
Ini mencetuskan krisis dalam parti sehinggkan menggugat UMNO yang dilahirkan
pada 1946 dulu. Untuk memperkuatkan kedudukannya Mahathir telah melancarkan 'Operasi
Lalang' pada tahun 1987. Seramai 68 pemimpin rakyat telah ditangkap di bawah
akta ISA dan dipenjarakan. Ini termasuk Lim Kit Siang dan Dr. Chandar Muzaffar.
Operasi ini telah disusul oleh pemansuhan UMNO yang dilahirkan pada 1946 itu. Hakim
Harun Hashim telah membuat keputuan mahkamah itu. Tetapi, pada Februari 1988
Mahathir telah bertindak menubuhkan UMNO (Baru)
Pada tahun yang sama tun Salleh abas telah dipecat sebagai Lord President. Di tahun
yang sama Malaysia menyaksikan pemergian dua bekas Menteri Kewangannya yang lama;
Tun H. S. Lee dan Tun Tan Siew Sin.
Pemerintahan Kuku Besi
Peristiwa yang membabitkan hukum undang-undang telah mematangkan Mahathir. Dia pun
membuat pelbagai tindakan lagi untuk memperkuatkan kuasa. Pada 1989 Parti Komunis
Malaya telah berdamai dengan kerajaan Malaysia dan Thailand. Ini memberikan
satu tahap megah-diri yang tidak terbilang nilainya kepada Mahathir. Dia mula
menunjukan keberaniannya di pentas antarabangsa.
Tindakannya membendung penjualan barang buatan Inggeris di Malaysia pada satu ketika
dulu telah meyakinkan dunia luar bahawa Mahathir adalah seorang pemimpin dunia
ketiga yang disegani. Mereka mula memuji keberaniannya terutama sekali segala projek
tajaannya seperti pembikinan kereta nasional, lebuhraya menggunakan tol,
sistem LRT daripada Petaling jaya ke Sentul, pelaburan Malaysia yang pesat di dunia
ketiga yang lainnya dan pelbagai projek mega lain yang memerlukan wang yang banyak.
Pembikinan Projek yang Membazir
Setiap projek besar memerlukan belanja yang besar juga. Mahathir terus mahukan
projek itu tanpa memikirkan implikasi kewangannya. Dia mempunyai sumber kewangan
yang mantap ketika itu dalam bentuk hasil yang dikumpulkan oleh PETRONAS. Oleh
kerana "aktiviti Petronas adalah tertakluk kepada budibicara seorang Perdana
menteri tanpa perlu merujukkannya kepada sesiapa terlebih dulu," Mahathir telah
berjaya membuat pelbagai projek mega dengan modal yang sedia ada. Keresahan rakyat
tentang kerakusannya itu tidak menjadi iguan kepadanya.
Perkara ini dipermudahkan lagi dengan adanya media massa yang semuanya di
bawah kawalannya secara terus. Segala suara sumbang yang mengkritiknya dapat
dipatahkannya dengan mudah melalui media cetak dan media elektronik. Rakyat menjadi
semakin bingung dengan gelagatnya itu.
Kronisma, Kollusi dan Korupsi
Oleh kerana diberikan satu 'carte blanche' dalam memimpin negara, ia menjadi semakin
rakus. Setiap projek besar yang ditajanya mempunyai beberapa syarat tertentu
bahawa projek itu dikenadalikan oleh orang-orang pilihannya, tidak kiralah
samada orang ataupun golongan itu berkelayakan ataupun tidak.
Kerakusan Mahathir itu telah dikesan oleh beberapa golongan rakyat yang kemudiannya
menggelarnya sebagai 'firaun' ataupun 'Mahafiraun'. Inilah satu gelaran yang
diperakui sendiri oleh diktator tua itu. Oleh kerana beliau mempunyai sokongan yang
kuat daripada para pemimpin Barisan Nasional, MAHAFIRAUN telah berupaya
mengendalikan pentadbiran negara ini tanpa banyak masalah. Ini adalah disebabkan
kuasa majoriti yang besar yang diperolehi oleh Barisan Nasional dalam parlimen.
Pihak pembangkang yang sentiasa mengungkit projek yang banyak membazirkan wang
rakyat itu, tidak mampu menyingkirkan MAHAFIRAUN daripada tampuk kerajaan itu.
Kerana itu MAHAFIRAUN kerap berada di luar negara dan bersuara lantang menghadiri
seminar bertaraf antarabangsa. Di majlis besar peringkat antarabangsa itulah
beliau kerap bersuara lantang mengkritik negara besar dan pemimpin kuasa besar.
Kritikan pedasnya itu kerap menerima liputan akhbar luar negara kerana mereka
sememangnya mahukan issu seperti itu untuk melariskan penerbitan mereka.
Di waktu yang sama MAHAFIRAUN telah menggunakan keterampilannya di majlis luar
negara itu untuk memajukan para juak dan kroni mendapatkan peluang perniagaan di
peringkat antarabangsa. Hasilnya muncullah pelbagai jenis projek di negara luar
hasil sokongan MAHAFIRAUN itu. Pengaliran Wangtunai dari malaysia ke negara luar.
Semua perojek besar di negara luar oleh syarikat dan individu Malaysia telah memaksa
pengaliran wangtunai daripada negara ini. Wang itu tidak semestinya dipunyai oleh
orang individu. Kebanyakanya adalah kepunyaan syarikat Malaysia yang tersenarai di
papan bursa saham KLSE.
Taktik ini telah memberi kekayaan yang paling cepat bagi para peneraju setiap projek
kerana nilai yang sengaja ditinggikan untuk memberikan keuntungan besar bagi
orang yang merencanakannya. Para pemegang saham syarikat yang terbabit tidak pun
dapat mengesannya kerana kebanyakan syarikat itu sedang mengalami nilai harga
yang baik. Ini berlaku disebabkan harga saham yang sengaja dinaikkan.
Pasar saham BSKL yang bertaraf kasino yang dihalalkan Kegiatan menaikkan harga saham
di BSKL menjadi rancak kerana adanya konspirasi untuk sengaja menaikkan beberapa
harga saham secara berpilih-pilih setiap hari.
Taktik ini dapat dilakukan dengan mudah kerana sifat pelaburan di pasaran itu yang
amat berbeza dengan sifat pelaburan di pasaran yang besar di negara luar. Kebanyakan
pasaran saham di negara maju nisbah pecahan pelaburannya adalah bersifat
enam puluh peratus bagi pelabur institusi, tiga puluh peratus bagi pelabur runcit
dan sepuluh peratus bagi pelabur proksi secara jangka panjang. Tetapi, di bursa
saham Kuala Lumpur BSKL nisbah komposisi pelaburan ialah lebih condong ke arah para
pelabur runcit. Kelazimannya nisbah pelaburan itu adalah 60% pelabur runcit, 20%
pelabur institusi dalam negara dan 20% pelabur institusi ataupun proksi dari luar
negara. Nisbah ini adalah satu keunikan yang ada pada BSKL sejak lama lagi.
Sensitibiti
Pasaran Saham yang dipengaruhi pelabur runcit Sebuah pasaran saham yang dikuasai
oleh pelabur runcit adalah laksana sebuah kasino yang halal. Ini adalah disebabkan
kecenderungan para pelabur runcit mencari keuntungan yang cepat tanpa mengira
panduan pelaburan yang tertulis dalam buku pelaburan. Kecenderungan ini adalah
disebabkan sifat pasaran saham itu yang sentiasa berubah laksana angin di musim
tengkujuh. Pelabur runcit yang 'bermain saham' dengan sistem kontra terpaksa
melakukan penjualan setiap kali munculnya keuntungan yang berpadan.
Tingkahlaku ini adalah didorong kepada pengawasan risiko pelaburan yang
bergantung kepada wang yang dipinjamkan kepadanya. Pinjaman itu mempunyai risiko
masa yang terhad kepada lima hari sahaja. Apa gunanya menunggukan tempoh luput
lima hari perniagaan kalau pembelian sudah mencetuskan keuntungan yang berpadan?
Oleh kerana sistem kontra itu memberikan ruang bermain saham dengan ciri-ciri
perjudian, para peruncit mudah terpukau dengan keadaan pasaran yang terus naik
setiap hari. Lonjakan saham pula adalah mengikut sentimen pasaran yang sentiasa naik
mengikut cara pasaran itu dipacu oleh sindikit yang mengeksploitasi sesuatu pasaran
itu.
Konspirasi memacu Pasaran Saham BSKL
Mengikut seorang pakar saham, pasaran saham bolehlah diibaratkan laksana lautan yang
luas terbentang. Ombak yang bergelora di lautan adalah laksana sentimen pasaran yang
dipacu oleh emosi manusia. Sesuatu kaunter saham pula adalah laksana kapal layar
yang berada di lautan itu. Turun naik harga sesuatu kaunter saham itu adalah
dikuasai oleh beberapa faktor seperti emosi manusia (lautan) dan kekuatan emosi
sindiket yang memacu sesuatu kaunter itu (angin yang berkencang), jumlah putaran
niaga setiap kaunter (muatan kapal layar itu) dan kuasa jual beli yang disebabkan
pembelian yang dibuat lebih awal (tali sauh yang dicampakkan ke dasar laut).
Kalau dinilai akan semua aktibiti yang mengendalikan pergerakan sebuah kapal layar
di lautan itu, maka kita akan sedar bahawa sesuatu kaunter saham itu bergerak
mengikut emosi manusia yang berkemungkinan besar mengawal pergerakan sesuatu kaunter
tersebut.
Dengan hal yang demikian, seorang yang pakar dengan pasaran saham boleh meraih
keuntungan yang berpatutan kalau dia bersedia meraih kuntungan yang kecil pada
setiap hari niaga pasaran itu. Perkara ini amat cocok dengan pelaburan runcit tetapi
tidak serasi dengan pelaburan institusi ataupun pelaburan jangka panjang. Disebabkan
ciri-ciri permainan saham, demikianlah makanya pasaran BSKL itu sentiasa bergelora
terutama sekali apabila hari perniagaan itu semakin hampir dengan hari lebaran.
Kebanyakan para peruncit tidak suka menyimpan pegangan mereka menjelang lebaran.
Pegangan yang bersifat 'overnight purchase' adalah merupakan pembelian para pelabur
institusi.
Bila BSKL merudum
Sentimen pasaran saham di sesuatu negara mempunyai hubung kait yang rapat
dengan sentimen pasaran global. Sentimen ini dipengaruhi pula oleh perbezaan waktu
berniaga di antara pasaran di Asia dengan pasaran di Europah dan pasaran di Amerika.
Pedoman sentimen yang paling ketara ialah Indeks pasaran. Indeks pasaran
dipengaruhi juga oleh jumlah turun naik saham pilihan dalam sesuatu pasaran itu.
Selalunya pasaran di Asia banyak dipengaruhi oleh indeks pasaran di Wall Street dan
pasaran Wall Street pula dipengaruhi juga oleh prestasi beberapa pasaran di Eropah.
Hubung kait yang amat ketara inilah yang mempengaruhi pasaran BSKL, terutama sekali
apabila pasaran kita bermula sedikit lewat daripada pasaran di Australia dan New
Zealand, Jepun dan Hongkong dan juga (untuk suatu waktu yang sudah pun disamakan)
Singapura. Kecanggihan elektronik membolehkan pembelian dibuat oleh pembeli dengan
menggunakan syarikat proksi. Pembelian cara ini dibuat untuk melindungi identiti si
pembeli ataupun untuk dijadikan sebagai kamoflasy (camouflage) bagi kerja-kerja
mengeksploitasi keadaan sesuatu pasaran.
Kepintaran mengeksploitasi pasaran membolehkan sesuatu sindiket itu membuat
keuntungan yang cepat dan tinggi pada sesuatu masa tertentu. Namun kegiatan ini
hanya dapat dibendung kalau adanya ulangan aktibiti itu dalam satu waktu yang
singkat di mana aktibiti itu menjadi ketara. Apabila pelabur runcit dapat mengesan
aktibiti mengeksploitasi sesuatu kaunter itu, ia akan mencetuskan satu situasi di
mana pelabur runcit yang lain akan turut serta. Ini mencetuskan satu situasi di mana
kaunter yang terbabit dipacu naik dengan derasnya. Akan tetapi, sebagaimana yang
lumrah dalam pasaran, seseorang yang bersedia mengimpikan keuntungan besar dalam
pasaran saham semestinya bersedia juga mengigaukan kerugian besar dalam pasaran yang
sama. Inilah falsafah pelaburan di pasaran terutama sekali kala pelaburan itu
bersifat runcit dan dibuat secara kontra.
Dengan hal yang demikian, apabila pasaran BSKL merudum, ramailah para pelabur yang
kerugian besar. Kerugian ini boleh juga membabitkan para pelabur yang mencagarkan
saham mereka untuk meminjam wang bagi pembelian saham yang lain.
Fenomena 'Double Whammy'
Apabila seorang pelabur mencagarkan sahamnya kepada bank ataupun institusi
kewangan untuk mendapatkan tambahan wang modal, ia akan mengalami taufan kemuflisan
disebabkan fenomena 'double whammy'. Pinjaman yang berdasarkan harga saham
yang dicagarkan menjadi tergugat kerana harga saham asal sudah pun merudum begitu
jauh sehinggakan memaksa peminjam mencagarkan saham tambahan untuk menampung nilai
nisbah pinjaman yang sudah pun berubah.
Di waktu yang sama pembelian yang dibuat dulu sudah pun memberikan kesan negatif
kerana nilai saham itu sudah pun merudum juga. Fenomena ini adalah laksana seorang
penunggang kuda yang terjatuh dari tunggangannya dan dipijak pula oleh tunggangannya
itu. Inilah fenomena yang meranapkan BSKL dan memufliskan begitu ramai pelabur di
pasaran itu. Kesan kerugian itu dijangka akan berterusan untuk beberapa tahun lagi.
Malahan ramai yang sudah pun menjadi aruah kerana membunuh diri ataupun terlantar di
atas katil kerana serangan angin ahmar.
Bila Kroni Tersepit
Implikasi yang amat ketara disebabkan pasaran yang merudum telah dialami oleh para
konglomerat yang mempunyai banyak syarikat yang didaftarkan di pasaran saham. Sudah
pasti fenomena 'double whammy' menyerang mereka dengan teruk sekali. Kalau
mereka merupakan tuanpunya syarikat yang besar-besar di pasaran saham, penglibatan
mereka dengan mencagarkan saham persendirian di pasaran itu sudah pasti membuatkan
mereka muflis dalam satu masa yang amat singkat sekali.
Sekarang, cuba bayangkan apa yang boleh jadi kepada seorang ahli koperat yang
mempunyai lebih dari 50 syarikat yang tersenarai di pasaran saham? Kalau kita mahu
mengambil sikap kurang ajar kita boleh ubahsuai soalan itu seperti ini: 'Bayangkan
apa jadi dengan anak-anak MAHAFIRAUN ketika BSKL merudum?' Jawapannya ialah 'Sudah
pasti mereka menjadi muflis.'
Fenomena Kucing Melepas
Dalam dunia pasaran ada satu undang-undang yang tidak bertulis yang berbunyi; "
Do not love your stocks, love your families more!" amat bertepatan sekali
maknanya. Dosa yang paling besar bagi seorang pemain saham ialah mengkaitkan
perasaan cinta yang amat dalam terhadap saham yang dibelinya. Seorang pemain saham
yang pintar tidak akan menyimpan sahamnya untuk bakal hari tua. Ia akan melepaskan
pegangannya setiap kali dia sudah meraih keuntungan.
Di waktu yang sama dia akan melepaskan pegangannya jika saham itu menurun. Untuk
membeli saham ketika ia sedang turun adalah laksana menyambut pisau yang sedang
jatuh menjunam (catching the falling knives). Sebarang usaha untuk menahan
kejatuhan saham yang sedang merudum adalah laksana kucing yang mahu melepas. Dia
akan menghidu persekitaran tempat dia mahu melepas itu dan menggali sedikit tanah
untuk memberi ruang menampung benda yang hendak digugurkannya. Apabila merasa lega
dengan yang dilepaskannya itu dia akan mengaut tanah tadi untuk menutupinya.
Perangai yang sama selalu dilakukan oleh peruncit yang melabur di pasaran saham.
Oleh kerana dia banyak membeli pelbagai jenis saham, setiap kali dia cuba menutup
sesatu kerugian yang berlaku pada satu jenis kaunter, dia akan kerugian. Perbuatan
ini adalah laksana seekor kucing yang melepas secara beurutan di satu tempat yang
sempit. Besar kemungkinannya usaha untuk menutup tempat lepasan yang baru itu
membabitkan taik yang baru ditutupnya di tempat yang berdekatan.
Drama Melepaskan melayu Tersepit
Keadaan pasaran yang merudum secara mengejut telah membuatkan ramai pelabur besar
berbangsa Melayu yang menjadi 'overnight bankrupt'. Mereka menjadi muflis di
atas kertas dan kalau tidak diselamatkan pasti menjadi muflis untuk selamanya. Oleh
kerana ramai pelabur Melayu ini adalah tergolong dalam kelab Kroni MAHAFIRAUN,
kemuflisan yang mereka alami itu telah meruntunkan beberapa bank yang terkenal di
bandaraya. Jumlah kerugian mereka yang sebenar tidak pun diketahui dan tidak mungkin
akan terbongkar selagi MAHAFIRAUN masih berkuasa.
Kerugian ini memberikan satu masalah besar kepada bebrapa bank yang terkenal.
Undang-undang perbankan mahukan mereka menyimpan sejumlah wang tunai mengikut
peraturan yang ditetapkan. Apabila nilai saham yang disimpan sebagai cagaran menurun
harganya, ia terus merobah nilai nisbah yang menggugat keutuhan bank tersebut. Jalan
yang paling cocok ialah meminta para peminjam yang besar itu membawa masuk
wang tunai ke dalam akaun mereka. Falsafah perbankan yang amat popular ada menyebut;
"Apabila seorang peminjam kecil tidak mampu membayar hutangnya kepada bank,
masalah itu adalah tanggungannya. Tetapi kalau seorang peminjam wang yang banyak
tidak mampu menjelaskan hutangnya masalah itu adalah tanggungan pihak bank yang
memberikan pinjaman padanya."
Senario ini sudah menjerat banyak bank di Kuala Lumpur dan juga di bandar yang besar
di merata negara ini. Keadaan kritikal semakin memuncak kerana ramai yang berhutang
besar adalah para kroni yang amat rapat dengan MAHAFIRAUN. Beliau tidak mempunyai
pilihan lagi melainkan memberi bantuan kepada mereka. Pergeseran antara MAHAFIRAAUN
dan DSAI Orang dulu-dulu pernah berjenaka: "lauk basi kalau tidak ditutup pun
tidak siapa yang boleh menghidunya. Tetapi, taik kucing walau sudah ditutup,
kalau terpijak berbau juga."
Demikianlah terbentangnya drama Melayu moden secara terpaksa. Usaha untuk
melepaskan bebanan yang dialami oleh sebilangan besar ahli koperat Melayu dari
cengkaman pasaran BSKL yang merudum telah mencetuskan satu opera yang membabitkan
MAHAIFRAUN bersama para juakknya di satu pihak dan DSAI di satu pihak yang lain.
Anwar telah disogokkan peranan 'hero' sedangkan MAHAFIRAUN telah mengambil peranan
'Maharajah' yang mahu menyelamatkan satu kapal-tongkang para bajingan yang
bertopengkan jin Islam.
Di atas desakan beberapa pihak yang tidak kita ketahui akan bilangan dan latar
belakang mereka MAHAFIRAUN telah mengarahkan Anwar untuk membantu semua bajingan
itu. Sebagai seorang insan yang memang dikenali rapat dengan ajaran Allah, Anwar
sudah pasti memberontak dan enggan akur. Dia lebih berkeyakinan membiarkan takdir
menentukan nasib para bajingan itu. Berlakulah satu perembungan dua personaliti
Melayu yang merupakan pemegang jawatan tertinggi dalam pucuk kepimpinan negara ini.
Tercetuslah satu sinario di antara seorang guru politik yang pintar dan licik
bertembung dengan anak muridnya yang sanggup engkar untuk menegakakn kebenaran.
Tanpa disedari oleh Anwar, MAHAFIRAUN sudah pun menjangkakan berlakunya pertembungan
itu. Lantas DSAI telah dijebak dengan satu perangkap yang semamangnya sudah lama
sedia terpasang.
Implikasinya DSAI kini merengkok dalam satu bilik yang berjejari besi sedangkan
orang yang sebenarnya bersalah berada di luar bebas sebebasnya menghirup udara
nyaman dan sentiasa segar.
-MT- 31.12.1999. |