BERITA DARI IB DI PERANTAUAN

Assalamu ‘alaikum warahmatullah,
Saudara Webmasters sekelian, Pertamanya IB mengucapkan syabas kerana saudara sekelian masih dapat meneruskan perjuangan murni ini. Keduanya, IB memohon maaf kepada sekelian webmasters yang IB kerap mengirimkan rencana/bahan berita dan menyiarkan di laman masing-masing terutamanya kepada sekelian yang menyediakan ruangan khas untuk IB.

Seperti yang telah IB maklumkan dalam e-mail terakhir IB hampir dua minggu lalu, IB tidak akan dapat mengirim rencana untuk buat seketika kerana tugas. IB terpaksa meninggalkan negara untuk beberapa minggu dan hanya akan kembali beberapa hari lagi.  Kerana tugas, IB terpaksa berada di beberapa buah negara. Malangnya kebanyakan negara yang IB lawati mempunyai prasana telekomunikasi yang kurang baik dan akses untuk internet amat terbatas. 

Hari ini adalah hari pertama IB dapat layari internet.  Itupun hanya buat seketika sahaja dan tidak dapat IB lawati kesemua yang biasa IB layari. Dalam tugasan ini, IB sempat bertemu ramai warga negara Malaysia.  Banyak yang dapat IB laporkan nanti sebagai rumusan. 

Dalam pada itu, IB memang banyak berinteraksi dengan rakyat negara yang IB lawati dan mendapat pandangan mereka berhubung isu semasa di tanah air kita.  Insha Allah akan IB ceritakan sekembalinya IB nanti. IB tidak dapat nyatakan nama negara-negara yang IB lawati dan yang IB berada sekarang.  IB tidak pula mahu nanti ada pihak yang menanti IB bila memasuki negara beberapa hari lagi.

Dalam pada itu, IB sempat membaca naskah Harakah gambar perhimpunan di Stadium Sultan Ismail di Kuala Terengganu.  Ada pula seorang hamba Allah dari Malaysia yang baru tiba membawa beberapa naskahnya untuk disebarkan di kalangan warga negara yang berada di ibu kota yang IB baru tiba beberapa hari lepas. Begitulah tersebarnya Harakah di negara lain.  Itulah yang membimbangkan musuh Islam.

IB terpaksa akhiri di sini, Insha Allah, akan IB mula mengirim semula tulisan IB sekembalinya ke tanah air yang kita perjuangankan.

Sekian
Wassalam

Ibrahim Baba 29 Jan 2000