Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MINDA MINGGUAN 23 SEPTEMBER

UNDOR MAHATHIR ...

Begitu lancang kepimpinan UMNO mahu mengubah perlembagaan pertubuhan itu. Namun perlulah perhatian kita ditarik bahawa UMNO yang ada hari ini adalah UMNO (Baru) yang mana telah ditubuhkan di atas pengharaman UMNO yang asal ditubuhkan pada tahun 1946 dulu. Justeru itu tiada siapa di kalangan pemimpin atau pun ahli UMNO boleh mendabik dada bahawa parti itu yang memperjuangkan kemerdekaan atau parti itu yang lama memerintah negara.

Namun sebagai satu isyarat, kita menerima UMNO pada nama yang serupa, walaupun dasar dan perjuangannya begitu berbeza; di antara UMNO asal dan UMNO yang baru ditubuhkan dalam tahun 1989. Kelancangan kepimpinan UMNO (Baru) untuk merubah perlembagaan kedengaran lagi. Laksana sebuah rumah yang sudah  siap, nampaknya kerja-kerja pengubahsuaian masih terus berlaku. Ketukan semakin kuat kerana kerapuhan rumah sudah kelihatan. Tanda-tanda keutuhan semakin renggang dan bangunan semakin retak.

Justeru katukan yang berlaku bukan semakin menguatkan. Sebaliknya setiap ketukan itu memberikan ruangan keretakan semakin melebar. Begitulah andaian yang dapat dipelajari daripada apa yang berlaku dalam UMNO.

Namun soalnya, apakah presiden UMNO sendiri tahu apakah sebenarnya penyakit atau wabak yang sedang melanda parti itu sehinggakan terpaksa mengubah lagi perlembagaannya? Apakah penghijarahan keluar secara beramai-ramai ahli parti itu dapat diatasi dengan terlaksananya pindaan perlembagaan itu? Apakah benar pindaan perlembagaan parti yang berusia kira-kira sebelas atau dua belas tahun itu akan mampu merawat wabak yang sedang parah melanda?

Minda Rakyat tidak ingin membuatkan anda bertanyakan seribu soalan tanpa ada jawapannya. Berasaskan apa yang sebenarnya berlaku hari ini, UMNO (Baru) tidak akan bangun lagi. Kejatuhannya bukan seperti kejatuhan nilai indeks di pasaran saham yang menurun dan melambung pula dikeesokan harinya. Kejatuhan UMNO (Baru) benar-benar satu kejatuhan yang tidak mungkin dapat diselamatkan.

Rentetan peristiwa yang membawa kepada kejatuhan UMNO (Baru) ialah ekoran insiden pemecatan DSAI yang dikemukakan tuduhan fitnah tidak berasas dan tidak berbukti pada 2 September 1998. Nampaknya tarikh itu merupakan satu sejarah dalam pergolakan politik parti kebangsaan itu kerana beberapa hari sebelumnya Dr. Mahathir menafikan beliau dan DSAI berselisih faham. Namun selepas penafian itu pada 2 September, 1998 DSAI dipecat dan segera Tun Daim dilantik menggantikan beliau sebagai Menteri Kewangan.

Bolehkah kejatuhan imej UMNO diselamatkan  dengan hanya melakukan sedikit pindaan perlembagaannya? Mahathir seperti beria benar. Beliau telah menggunakan media sepenuhnya untuk mencanangkan kerja buatnya agar 2.7 juta orang ahli (he.. he.. he..) itu berpegang teguh kepada perjanjian mereka sebagai ahli.UMNO (Baru).  Kepada ahli pula apakah mereka dapat menerima cadangan yang kununnya mengagihkan kuasa sedikit kepada bahagian agar dapat menentukan kepimpinan tertinggi itu mengubah segala-galanya. Tidakkah ini hanya satu percubaan yang lebih jijik kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa?

Kepada semua yang masih menjadi ahli UMNO, MR ingin mengingatkan bahawa sekiranya Mahathir masih seorang Presiden, anda semua tentu tahu akibatnya sekiranya anda kembali kepada UMNO. Lihatlah kepada orang nombor dua dalam parti itu yang kini masih merengkok dalam penjara akibat perbuatan Mahathir. Jika demikian, apakah mustahil anda akan menerima nasib yang sama.

Pendekata apa sahaja yang ingin dibuat untuk mengembalikan keahlian UMNO bukanlah perkara atau isu yang utama, melainkan Dr. Mahathir bersedia mengundurkan diri sebagai Presiden UMNO dan menjawab segala pertuduhan yang bakal dilaluinya di mahkamah akibat menyalahgunakan kuasa selama menjadi Perdana Menteri merampas kekayaan negara sehingga negara yang kaya dengan sumber semulajadi itu hampir bankerap semasa di zaman pemerintahannya Ingatlah bahawa tidak akan berlaku apa yang anda harapkan selagi kuasa mutlak itu di tangan Maha Firaun itu.

Sesungguhnya Undor Mahathir Nescaya Okay!!

UNDOR MAHATHIR NEGARA OKAY

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter