Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MINDA MINGGUAN 3 SEPTEMBER

AKAN SEGERAKAH PENSWASTAAN JPJ?

Mahathir berseloka lagi!! Kali ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi sasarannya. Dan begitu anih tumpuan Mahathir kepada JPJ Perak. Apakah JPJ di negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Selangor dan Johor begitu bersih? Dan apakah hanya JPJ sebagai jabatan terbanyak rasuahnya, kerana dalam ranking yang ada tidak meletakkan JPJ di tempat teratas. Sebaliknya PDRM dalam hal ini tidak disentuh seolah-olah Jabatan itu tidak ada berlaku rasuah langsung!!

Kita jangan terlalu mudah menerima sogokan amalan rasuah JPJ. Kita juga tidak ingin menafikan perbuatan salah laku sebahagian anggota JPJ dengan perbuatan ini. Namun gambaran media seolah-olah JPJ sebagai Jabatan yang dipenuhi amalan rasuah. Lihat sajalah kepada kenyataan Pak Lah semalam bahawa pendedahan dan penyiasatan ke atas JPJ dikatakan sebagai satu pembersihan kepada amalan rasuah dalam jabatan itu. Media sedikit pun tidak bersimpati dengan JPJ sehinggakan peranan JPJ yang penting kepada hasil negara seolah-olah dinafikan. Apakah sebenarnya motif JPJ disiasat?

JPJ Perak dalam pembentangan belanjawannya baru-baru ini hanya meminta sejumlah RM2 juta bagi menampung kos operasinya. Sebaliknya Jabatan itu menamakan RM12 juta sebagai balasan kepada pelaburan tersebut sebagaimana yang tercatat dalam hasil yang dikutip sepanjang 1999. Ini membawa erti JPJ Perak (satu panduan sahaja) adalah jabatan paling ekonomi dan menguntungkan. Apakah sebuah lombong 'emas' ini akan dibiarkan begitu sahaja oleh Mahathir?

Dasar penswastaan Mahathir akan berlaku lagi. Yang anihnya penswastaan hanya berlaku kepada jabatan kerajaan yang produktif seperti Lembaga Letrik Negara, Telekom Malaysia, Hospital-hospital, Jabatan Bekalan Air, tidak terkecuali Jabatan Pengangkutan Jalan. Ramai yang mula mempersoalkan kewibawaan dasar penswastaan negara apabila sudah menyedari bahawa penswastaan hanya berlaku kepada bisnes yang menjadi keperluan dan tumpuan rakyat. Inilah kebijaksanaan Mahathir. Beliau sebenarnya tidak pandai berniaga, tetapi bijak mencipta peluang berniaga. Justeru itulah dasar persyarikatan dan dasar penswastaan dilakukan.

Lihatlah apa yang terjadi kepada JKR. Mengapakah seluruh JKR tidak diswastakan. Hanya bahagian tertentu yang menguntungkan diswastakan. Ini membawa kepada kemunculan Projek Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS), Projek Lebuh Raya Lingkaran n Tengah dan Selatan serta berbagai projek lebuh raya yang sewaktu dengannya. Kita diperkenalkan kepada amalan bertol, walaupun sebelum ini kita tidak mengenali kertas tol pun. Semua bentuk penswastaan dilakukan setelah Mahathir menyedari bahawa rakyat bertindak anjal kepada bisnes yang dibentuk. Ini samalah dengan apa yang dihadapkan kepada JPJ sekarang.

Justeru kepentingannya lesen memandu kepada warga negara ini, maka JPJ menjadi jabatan yang dominan dan berwibawa dari segi kutipan hasil tahunan. Prestasi kutipan hasilnya bertambah melebihi 10 peratus setahun, menjadikan ianya semakin menarik perhatian Mahathir. Sekali lagi dasar penswastaan dirangka dalam usaha merampas kekayaan jabatan itu untuk diberikan kepada golongan tertentu yang menduduki syarikat yang bakal mewarisi penswastaan itu nanti. Akan berlaku lagi satu kezaliman di mana harta negara sekali lagi masuk ke kantung korporat yang akan membiayai kekayaan Mahathir serta kroninya.

Jangan terpedaya dengan segala isu penangkapan pegawai penguatkuasa BPR. Salah laku rasuah bukan berlaku dalam JPJ sahaja. Apa kurangnya dalam pentadbiran tanah, pentadbiran hutan dan jabatan polis? Tetapi mengapa JPJ seolah disiat-siat laku peri pendedahan yang dibuat. Apakah langkah ini satu tapak menyegerakan penswastaan JPJ yang kini ibaratkan  sebuah 'lombong emas' kepada hasil negara?

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter