NY - CNN - Hakim hari ini mengarahkan bekas PM Cina, Li Peng untuk hadir ke mahkamah persekutuan US atas dakwaan jenayah sivil
berkaitan tragedi maut tunjuk perasaan pro demokrasi di Medan
Tiananmen, Beijing, pada tahun 1989.
Hakim Daerah U.S., Judge William H. Pauley III mengarahkan Li untuk hadir atau menghantar wakilnya pada 13/10 untuk mendengar
sebutan kes di mahkamah federal NY. Gerakan Hak Asasi Manusia tidak
fikir Li akan datang.
Li, kini ketua parlimen China, dituduh melakukan jenayah sivil
terhadap kemanusiaan, pembunuhan, penganiayaan dan penahanan
tanpa sebab berikutan pengistiharan undang2 ketenteraan
pada 20/5/89 untuk menamatkan bantahan.
Saman Mahkamah itu difailkan pada 31/8/2000 oleh 4 rakyat China yang tersisih -- mereka adalah ketua2 pelajar yang ditangkap semasa
bantahan Tiananmen dan seorang abang kepada pendemo yang terbunuh dalam konflik itu.
Saman itu dihantar kepada rombongan keselamatan Li. Li berada di
NY semasa ia difailkan. Dia menghadiri United Nations' Conference
of Presiding Officers of National Parliaments.
Pendokong Kemanusiaan:
Li mengarahkan menumpaskan pendemo. Saman itu menyatakan pada
3/6/89, Pasukan Tentera Pembebasan Rakyat dan Pasukan Bersenjata
Polis Rakyat -- menggunakan senjata semi automatik dan kenderaan
perisai -- menggunakan kekerasan untuk menyahkan pendemo dan orang awam dari
semua jalan di Beijing.
Gerakan Hak Asasi Kemanusiaan: (HRG)
HRG - termasuk Pusat Perlembagaan Hak, yang telah menfailkan tuduhan bagi
pihak yang tersisih itu - mengatakan Li mengarahkan penumpasan itu.
Saman2 itu menyatakan Li "sewajarnya memberhentikan tindakan yang tidak berperi kemanusiaan yang terjadi bila tentera memulakan
serangan". Pegawai Kerajaan China mengatakan penumpasan itu perlu
untuk menjaga undang2 dan keamanan.
Tidak ada penyata lengkap mengenai tragedi Tiananmen itu - dan
jumlah yang mati tidak diketahui. Anggaran kematian sekitar ribuan
angka jumlahnya.
Protes itu bermula pada 17/4/89 bila beribu2 pelajar
dari pelbagai institusi berhimpun di Medan Tiananmen -- meminta
hak2 perlembagaan dan kebebasan bersuara dan berkumpul.
Pelajar2 tersebut mahukan reformasi politik dan ditamatkan jenayah korup yang menular.
Semasa memfailkan saman itu, pihak plantif mengemukakan dalil bahawa
mahkamah US mempunyai kuasa di bawah undang2
US 1789 yang dikenali sebagai Alien Claims Act, yang mengizinkan mangsa
aniaya atau penindasan hak kemanusiaan dimana-mana di dunia ini untuk memohon ganti rugi
di mahkamah US.
Jika Li bersalah, beliau mungkin diarahkan membayar pampasan ganti rugi tetapi beliau tidak akan dipenjarakan.
Agensi hak2 kemanusiaan tidak fikir Li akan hadir di mahkamah.
Pihak plantif acap-kali tidak berjaya menyaman pemimpin
antarabangsa, jadi saman terkini itu lebih merupakan satu
tindakan simbolik.
Namun demikian bagi pendokong hak2 kemanusiaan, keputusan Pauley
itu adalah PENGIKTIRAFAN PERTAMA oleh sistem perundangan antarabangsa
bahawa tragedi Tiananmen itu melibatkan pencemaran hak kemanusiaan.
Empat dari plaintiff - Zhou Suo Fen, Liu Gang, Xiong Yan and Wang Dan
- adalah "paling dikehendaki" daripada 21 orang ketua2 pelajar yang terlibat dalam protes tersebut.
"Setengah daripada mereka yang telah ditahan sehingga 2 tahun tidak
mendapat perbicaraan yang wajar dan adil, ada juga yang ditahan tanpa
sebarang dakwaan dibuat terhadap mereka." kata Jennie Green,
attorney kepada Center for Constitutional Rights, pada Ogos lalu.
"Mereka ini hidup dalam keadaan kesengsaraan yang amat dahsyat,
dianiayai dengan kejutan eletrik dan tidak dapat menghubungi
langsung dengan keluarga mereka. Mereka ditahan bila nama mereka
dipaparkan sebagai 'amat dikehendaki' bersama 17 ketua2 pelajar yang lain". tambah Jennie.