Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

HIKAYAT SINGAPURA MODEN   

Bahagian 7

Daripada Chiang Ching-kuo Kepada Lee Tenghui.
(Dipetik daripada 'Getting through to Deng')


Tekanan meminggirkan Taiwan telah membuat negara  itu  amat beria-ia mahu menjalinkan hubungan  diplomatik dengan Singapura sejak dulu lagi.  Memang ketika itu kami tidak berapa minat bergantung harap sangat kepada Israel dalam latihan ketenteraan negara.  Taiwan telah menghantar seorang wakil kanannya untuk menemui Goh  dan saya dalam satu perbincangan awal pada tahun 1967. Goh Keng Swee ketika itu memegang jawatan Menteri Pertahanan negara. Pada bulan Disember mereka telah menyediakan satu  kertas cadangan penubuhan satu pasukan tentera udara. Kami memang berminat untuk menghantar  pemandu pesawat udara dan juga pegawai tentera laut ke  Taiwan, kerana Israel tidak mempunyai kemudahan seperti itu.

Apabila pengarah National Security Bureau ( Biro Keselamatan Negara) mencadangkan agar saya membuat lawatan ke Taiwan bertemu perdana menteri mereka Chiang Cing-kuo yang merupakan anak kepada Presiden Ciang Kai-shek pada Mei 1973, saya pun bersetuju.

Perdana Menteri Chiang dan isterinya  yang berasal daripada Russia telah bertemu dengan saya dan isteri di lapangan terbang. Kami terus menuju ke Grand Hotel di mana beliau telah menemani kami menuju ke kamar khas.  Keesokan harinya,  kami menaiki pesawat udara jenis Boeing 707 untuk pergi ke sebuah lapangan udara . Di sana kami dihidangkan dengan satu demonstrasi kegiatan satu unit angkatan tentera udara.  Kemudian kami beredar menuju Sun Moon Lake, sebuah taman tasik percutian. Kami berada di sana selama dua hari untuk bermesraan. 

Saya merasa amat selesa dengan Chiang Ching-kuo. Asas perhubungan kami itu adalah berlandaskan sikap anti-komunis kami.  Parti Komunis China merupakan musuh ketatnya sementara Parti Komunis Malaya yang mempunyai hubungan dengan parti di China itu adalah musuh ketat saya pula. Kami mempunyai satu sasaran perjuangan yang sama.

Chiang tidak mampu bercakap dengan lancar  dalam Bahasa Inggeris . Pertuturan Mandarin beliau yang pekat kepada loghat Zhejiang memang amat sukar untuk difahami.  Dia faham bahasa Inggeris yang saya tuturkan, dan dengan bantuan Mandarin yang saya tahu,  kami mampu berinteraksi tanpa bantuan penterjemah. Perkara ini amat penting untuk melaksanakan satu asas semangat bekerjasama yang kemudian hari bertukar menjadi satu hubungan mesra.

Ada satu faktor yang sungguh berjaya membantu kami. Anak perempuan saya ketika itu merupakan seorang gadis yang sedang menuntut sebagai pelajar perubatan. Dia memang berpendidikan dalam Bahasa Mandarin dan amat lancar bertutur dalam bahasa itu. Perawakannya lantas mengaitkannya sebagai seorang China.  Inilah yang  banyak mempengaruhi persepsi Chiang dan isterinya terhadap kami bertiga.  Inilah juga yang membantu menentukan asas perhubungan di antara Taiwan dan Singapura.   Terjalinlah satu perhubungan persahabatan di antara Ching dan saya melalui dunia tulisan.

Pada pertengahan 1980-an, saya nampak keadaan kesihatan Chiang semakin menurun secara mendadak. Dia tidak lagi mampu menemani saya menjelajah  Taiwan.  Daripada perbualan kami saya sedar  dia sedang ditekan oleh media Amerika dan juga Kongres agar memperkenalkan amalan demokrasi dalam sistem  politik negara.  Chiang telah memansuhkan undang-undang ketenteraan (matial law)  dalam proses itu. Kemudian dia telah membenarkan  peluang kepada pihak pembangkang  untuk membabitkan diri dalam  kegiatan pemilu untuk menganggotai Dewan Yuan.


Tidak lama kemudian timbalan presiden Lee Teng-hi telah mengambil alih tampuk presiden. Pertama kali saya
menemuinya beliau menjadi datuk bandar Taipei. Kemudian beliau menjadi gabenor Wilayah Taiwan.  Kami kerap bermain golf bersama.  Beliau memang cekap dan berkelayakan serta menghormati para pemimpin yang lebih kanan darinya terutama sekali pemimpin di tanah besar.  Ketika itu dia merupakan seorang pemimpin yang mudah mesra,  tinggi lampai dengan rambut yang beruban. Memakai gelas mata yang tebal dan sentiasa mengukir senyuman.

Saya pernah menyambut ketibaan Presiden Lee  di Singapura pada 1989. Ini merupakan lawatan  pertama seorang presiden Taiwan ke Asia Tenggara.  Saya telah menyediakan segala tanda hormat yang perlu ditunjukkan kepada seorang pemimpin negara. Ketika itu kami memang tidak ada hubungan diplomatik yang rasmi dengan Taiwan. Kerana itu tahap penghormatan daripada segi protokol terpaksa dihadkan. Tidak ada bendera berhias yang ditontonkan, tidak juga barisan kehormatan ataupun segala majlis diraja untuknya.
Dalam semua kenyataan rasmi negara beliau dirujuk sebagai Presiden Lee "daripada Taiwan" dan bukannya  "(di) Taiwan". Lawatan  itu telah menaikkan wibawa politiknya di rantau ini.

Presiden Lee adalah seorang yang gemar membaca yang mempunyai daya  mencerna maklumat yang dibaca. Dia telah menerima didikan di sebuah sekolah Jepun di Taiwan ketika pulau itu dijajah dan bergelar Formosa. Di zaman perang dulu,  dia merupakan segelintir  rakyat Taiwan yang terpilih untuk menerima pendidikan di universiti Jepun. Dia telah dihantar belajar di Universiti Imperial Kobe, yang merupakan universiti ke-dua terbaiknya selepas  Tokyo Imperial University. Apabila perang tamat dia pulang ke Taiwan untuk menyudahkan pelajarannya di Taipei.  Selepas itu dia pergi ke Amerika sebanyak dua kali.  Lawatan yang kedua kalinya itu telah membawanya ke Cornell   untuk mendapatkan ijazah PhD dalam jurusan ekonomi pertanian.

Dia pernah menyebutkan kepada saya secara bangganya betapa dia membaca empat jenis akhbar harian  Jepun setiap hari. Dia juga menonton program NHK TV yang diterbitkan di Tokyo melalui satelit. Dalam memilih buku pun dia lebih gemar membaca terjemahan dalam bahasa Jepun, daripada membaca buku asal yang ditulis dalam Bahas Inggeris.  Dia lebih mudah memahami is buku yang dibacanya itu. Walaupun dia amat cenderung kepada budaya dan sejarah Jepun, Presiden Lee tidak berapa  hiraukan keadaan tanah besar (China) baik dari segi sejarahnya ataupun budayanya. Apatah lagi kepada pemimpin komunis yang ada ketika itu. Dia melihat mereka
itu dari kaca mata seorang  elitis yang berpendidikan Jepun.

Saya mendapati Presiden Lee sebagai  seorang yang yakin kepada dirinya dan banyak membaca dan mengetahui banyak perkara yang diminatinya. Tetapi apabila Taiwan dipinggirkan, dia merasa kurang faham kenapakah pemimpin dunia sanggup melakukan perkara itu dan tidak seperti yang dilakukan oleh pemimpin Jepun yang  bersimpati dengan negaranya. Inilah yang membuatkan dia menganggap sokongan dan simpati Jepun itu sebagai sesuatu yang penting sekali.

Seorang kawannya pernah mengulas betapa latihan yang diterimanya   telah mempengaruhi Presiden Lee mewarisi semangat 'bushido' yang merupakan semangat wira Jepun. Malahan dia telah berpendirian adalah tugasnya untuk memimpin rakyat Taiwan untuk merangkul semula tanah yang diimpikan itu.  Mengikut kawannya itu lagi;   Presiden Lee adalah seorang penganut agama Kristian yang setia melakukan ajaran Tuhan  dengan segala upayanya dan dengan iringan semangat bushido itu.

>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT<<<<<<<<<<<<

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter