Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

HIKAYAT SINGAPURA MODEN   

Bahagian 6

BERMESRA  DENGAN DENG
(Getting Through To Deng)

Saya tidak boleh melupakan peristiwa bertemu  Deng pada November 1974..  Beliau berumur 74 tahun ketika itu. Dengan ketinggian  tidak melebehi lima kaki,  beliau mengenakan pakaian  sut potongan Mao berwarna kelabu dan sedang menuruni anak tangga pesawat  Boeing 707 di Lapangan Terbang Paya Lebar. Dia berjalan segak sambil memeriksa barisan penghormatan sebelum kami beredar untuk menuju Istana Villa yang merupakan istana  untk para pelawat negara.  Di sebelah petang kami bertemu untuk perbincangan rasmi di  sabuah bilik.

Saya pernah ternampak mangkuk tadahan ludah  disediakan dalam Dewan Utama  Rakyat di Beijing.  Kali itu saya telah menyediakan satu  manguk yang berwarna  biru dan putih yang dibikin daripada porselin, dan diletakkan berdekatan tempat duduk Deng.  Saya pernah terbaca betapa beliau kerap menggunakan mangkuk seperti itu. Saya juga menyediakan satu tepak abuk-rokok  khas untuk kegunaannya sendirian walaupun sudah ada ketika itu peraturan  tidak merokok dalam bilik yang berhawa dingin. Inilah cara menghormati seorang  pemimpin unggul dalam sejarah China.  Saya telah mempastikan  agar kipas eksos dalam bilek  itu siap terpasang.

Deng telah  menghabiskan dua setengah hari berikutnya untuk berbincang mengenai Soviet Union  dan bahayanya kepada dunia.  Semua negara dan juga rakyatnya yang tidak mengingini peperangan harus  bersatu dalam satu barisan untuk mengganyang penghasut perang. Deng telah menyebut kata-kata Mao: Kita harus bersatu untuk  menangani 'wang ba dan' (yang bererti telur penyu tetapi diterjemahkan oleh penterjemahnya dengan perktaaan 'si haramjadah'. Deng telah menceritakan kisah  pergerakan Soviet di Eropah, Timur Tengah, Africa, Selatan Asia, dan akhirnya di Indochina. Soviet Union telah berjaya di Vietnam.

Untuk mendapatkan  keamanan, Asean perlu bersatu dengan China dan menyingkirkan Soviet Union dan Cuba daripada Vietnam.  Ada dua orang penterjemah yang menemani Deng. Mereka tidak pun membuat catatan yang menyeluruh; sekadar cakar ayam sahaja. Saya fikir mereka tentulah membincangkan perkara yang sama di Bangkok dan Kuala Lumpur dan sudah menghafalnya.  Hari sudah menjangkau maghrib apabila kami siap berbincang. Saya bertanya pada ya apakah dia mahukan respon saya  ataupun menyambung perbincangan
itu keesokan hari, untuk membolehkannya bertukar pakaian dan  untuk memberi peluang saya memikirkan perkara yang dibincangkan itu. Dia membuat pilihan untuk tidak membiarkan juadah santapan  malam itu menjadi dingin.

Pada keesokan harinya saya telah membuat jawapan balas dalam setengah hari secara sendirian dan tanpa penterjemah.  Negara kecil seperti Singapura hanya mampu mencatatkan trend dunia tanpa  mempengaruhi kejadiannya.  Kita terpaksa menganalisa setiap  situasi itu daripada aspek rantau kita dan bukan dari aspek  global.

China mahukan negara dalam ASEAN bersatu  menyokongnya untuk meminggirkan  'Beruang Russia' sedangakan ada jiran kita yang mahu kita berasatu untuk meminggirkan  'Naga China'. Di Asia Tenggara tidak ada  rakyat Russis seberanglaut yang  memimpin pergerakan komunis  yang disokong oleh kerajaan Soviet sepertiman yang berlaku kepada pergerakan Cina seberanglaut. Inilah pergerakan yang disokong  kuat oleh Parti Komunis China dan kerajaannya sehinggakan mereka menjadi ancaman berbahaya kepada Thailand, Malaysia, Filipina dan juga secara  bekurang di Indonesia.

China memang berusaha memikat  hubungan baik dengan kumpulan cina seberanglaut berdasarkan titisan sejarah
lama dan terllalu kerap memancing  semangat patriotisma mereka untuk pulang ke China dan membantu Konsep Empat Modernisasi. Usaha terang-terangn China itu tentunya menjelekkan pemimpin negara yang terbabit.

Pemimpin Asean menganggap usaha China memancing sokongan itu sebagai satu tindakan subversif yang berbahaya. Usaha ini dilakukan melalui siaran radio khas yang diterbitkan di negeri China.  Denga telah mendengar penjelasan saya dengan cermat kerana dia tidap pernah terlintas akan perkara ini. Baygnakan, China sebagai sebuah negara besar  sanggup memperlekehkan  kerajaan setempat untuk menyalurkan dakyah sabversif kepada rakyatnya. Saya telah menyarankan betapa tidak mungkin  pemi Saya tealh menuarakan satu cadangan
agar kita berbincang akan caranya untuk menyelesaikan  masalah itu. mpin Asean berupaya menunjukkan pesetujuan mereka kepada cadangan  untuk bersatu menghadapi Soviet Russia dan Vietnam. Saya berdiam diri selepas itu.

Gerakgeri Deng telah menunjukkan betapa beliau terkejut juga dengan apa yang saya luahkan itu. Dia sedar betapa saya telah menyatakan sesuatu yang benar. Tiba-tiba dia bertanya: "Apa yang anda mahu saya lakukan?" Saya terpegun. Saya belum pernah berjumpa seorang pemimpin komunis yang bersdia menguah pendiriannya apabila diransang oleh satu kebenaran. Apatah lagi kalau menanyakan  apa yang saya mahu dia lakukan. Saya telah menjang kakan dia akan menolak cadangan saya sepertimana yang pernah dilakukan oleh  Hua Guofeng ketika saya bertemu beliau di Beijing pada 1976. Ketika itu saya telah mendesak beliau agar tidak  sikap berdolak-dalik dalam  menyokong parti komunis Malaya yang membakar semangat revolusi di Singapura dan bukannya di Malaya.

Saya menjadi termangu apabila  berdepan dengan  seorang pemimpin revolusi yang sungguh berpengalaman itu. Apatah lagi untuk memberitahu dia akan caranya.  Tetapi apabila dia sudah menanyakannya, saya pun menjawab: " Hentikan sajalah siaran radio itu; hentikan laungan  meminta bantuan itu. Adalah lebih baik kalau rakyat Cina di seberang-laut dibiarkan bersahaja tanpa China  mengulangnya dan meminta sokongan mereka.  Sikap cemburu rakyat pribumi sudah tentu masih kekal samada China mengungkit pertalian darah mereka
itu.  Tetapi kalau China berterusan mengungkit pertalian darah ini, kekerapan aktibiti tersebut  akan mencetuskan
perasaan cemburu juga. China harus menghentikan siaran radio di bahagian selatan China yang dikendalikan  Parti Komunis Malaya dan Indonesia. "

Denga adalah seorang pemimpin yang sungguh mengkagumkan yang pernah saya temui. Ketinggiannya hanya lima kaki sahaja, tetapi ia merupakan seorang gergasi di kalangan manusia.  Ketika berusia 74 tahun dia telah disuakan kepada satu kebenaran yang pahit untuk ditanganinya, namun dia sudah bersedia untuk mengubah pendiriannya. Dua tahun kemudiannya setelah dilakukan beberapa perubahan kepada corak naungan terhadap dua parti komunis di Malaysia dan Thailand , siaran radio itu pun ditamatkan.

Beberapa minggu kemudiannya saya telah diunjukkan  beberapa artikel  mengenai Singapura yang disiarkan oleh People's Daily. Corak persembahannya telah bertukar.  Singapura telah digambarkan sebagai  sebuah bandaraya dalam taman yang perlu dicontohi  kerana usaha kehijauannya, perumahannya dan tarikan pelancongannya.  Tidak lagi kami dilabelkan sebagai "anjing peliharaan imperialis Amerika".

>>>>>>>>>>>>>>>>Diterjemahkan oleh -MT<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

 

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter