Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PENUBUHAN KERAJAAN YANG BERSIH   
(Clean Government - Lee Kuan Yew: The Singapore Story 1965-2000)
 

Bahagian IV

SATU BAHASA PELBAGAI LOGHAT (Many Tongues, One Language)

(Tulisan Bahas Inggeris dipetik daripada The Star Section 2.m.s. 11)

Isteri saya Choo ( Kwa Geok Choo), seperti juga saya sendiri, telah menerima pendidikan di sekolah  yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahas pengantarnya. Ketika kami belajar di England dulu, percampuran  kami dengan pelajar daripada China telah membawa satu kesedaran betapa  kami telah terdedah jauh  menyimpang daripada landasan  budaya pertiwi. Begitulah juga yang berlaku kepada pelajar kaum China daripada Caribbean. Kami rasakan kehilangan sesuatu   seolah-olah  telah terdidik oleh bahasa seorang ibu tiri, lantas sukar menerima satu budaya yang bukannya budaya sendiri.  Saya merasa terpencil  daripada  kumpulan orang Cina yang bebas bertutur dalam beberapa loghat dan juga Mandarin.  Dunia buku teks dan para guru saya  terasa semacam tidak ada hubungkaitnya dengan dunia sebenar yang saya harungi itu. Tidak ada bezanya kami dengan  ratusan lagi  graduan Raffles College yang  tidak  menerima didikan  rasmi budaya ibunda  (Asian) mereka, sedangkan di waktu yang sama mereka bukannya  ada perasaan keakuan terhadap budaya British. Ini yang membuatkan kami menjadi teraba-raba di antara dua budaya ini.

Saya dan choo  membuat keputusan  untuk tidak melakukan kesilapan yang sama terhadap  tiga orang anak kami.  Kami bertindak menghantar mereka  bersekolah di sekolah Cina dengan harapan mereka menjadi sebahagian daripada satu masyarakat yang  cergas,  bertenaga  dan  mempunyai keyakinan diri. Tidak kiralah kalau  keupayaan mereka bertutur dengan baik dalam Bahasa Inggeris akan terjejas. Keadaan ini kami perbaiki dengan cara Choo bertutur alam Bahas Inggeris kepada anak-anak kami sedangkan saya menggunakan Mandarin dan sekaligus memperbaiki diri dalam pengawalan bahasa itu.

Hasilnya sungguh memberangsangkan kepada anak-anak kami. Melalui didikan dalam Bahasa Mandarin itu mereka  membesar sebagai anak yang setia kepada ibubapa, menjadi rakyat yang berguna dan di waktu yang sama mereka turut fasih dalam Bahasa Inggeris. Mereka memang menyerlah di sekolah dulu dan kerap menerima hadiah kecemerlangan sehinggakan sekolah mereka dan akhbar Bahasa Cina  kerap menonjolkan mereka sebagai murid-contoh untuk memberi rangsangan kepada ibubapa lain agar menghantar anak-anak mereka belajar di Sekolah Cina. Inilah yang memberikan keyakinan kepada rakyat yang bertutur dalam Bahasa Cina bahawa saya tidak akan  menutup sekolah yang mengamalkan ajaran Bahasa China. Mereka yang lahir dan membesar dalam satu masyarakat yang homogenous tentu tidak faham kenapakah pilihan saya itu mempunyai  implikasi politik akhirnya.

Saya memang punyai kuasa politik untuk melakukan  perubahan di Nantah (nama lain kepada Nanyang Universiti sebelum Lee menyatukannya dengan  Universiti Singapura yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Nantah akhirnya menggunakan Bahas Inggeris sebagai bahasa penghantaran). Berbeza dengan beberapa  orang lain yang menjadi juara Bahasa Cina tetapi menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris, kami telah menentukan bahawa anak-anak kami terdidik  sepenuhnya di Sekolah Cina.

Ada satu ketika pada  1960-an, saya telah  berucap di hadapan para pelajar dan tenaga pelajar di Nantah dan memberitahu betapa saya tidak  mempertaruhkan masa depan anak-anak saya  untuk tujuan politik.  Saya memang yakin bahawa pelajaran di Sekolah Cina adalah yang terbaik untuk mereka kerana mereka boleh mempelajari Bahasa Inggeris di rumah. Walaupun demikian untuk pelajaran di tahap universiti  saya tidak mahu menghantar mereka ke universiti yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantaraannya. Masa depan mereka banyak bergantung kepada keupayaan mereka menguasai bahasa yang digunakan dalam buku teks  yang terkini.  Ramai ibubapa yang membuat  pendirian seperti ini kerana saya telah bersuara lantang dalam hal ini di Nantah dan ucapan itu telah diberikan lapuran yang meluas.  Saya telah berjaya mempengaruhi  pilihan  golongan ibubapa  dan juga pelajar  sekolah Cina apabila mereka membuat  penentuan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Kalaulah anak-anak saya tidak  menunjukkan kecemerlangan mereka di sekolah, sudah tentu saya tidak berjaya  berucap dengan penuh keyakinan. Beberapa tahun kemudiannya saya telah bertanya  mereka bertiga apakah mereka menyesal kerana tindakan saya  memilih sekolah Cina untuk mereka itu. Secara sebulat suara mereka  menjawab betapa  mereka telah beruntung kerana diberikan pendidikan secara itu.

Nantah telah mengeluarkan 12,000 graduan. Kalaulah semua lepasan itu menerima didikan dalam Bahasa Inggeris tentu sekali mereka telah berjaya merangkul mercu kejayaan dalam kerjaya mereka di Singapura dan Malaysia. Masalahnya terletak kepada  sikap  harga diri.  Harapan yang terlalu besar telah diamanahkan kepada Nantah di awal kewujudannya. Tetapi, aliran pasang-surut sejarah telah  mencemburuinya. Tidak ada sebuah negara pun di Asia Tenggara yang mahukan kewujudan sebuah universiti yang menggunakan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantarnya. Banyak negara sudah mengurangkan sekolah Cina.  Peluang pekerjaan bagi  anak sekolah menengah berkelulusan Sekolah Cina sudah semakin berkurangan. Malahan bank yang mengutamakan Bahasa Cina sudah  bertukar haluan dan mengutamakan Bahasa Inggeris untuk terus aktif dalam dunia perniagaan.

Diterjemahkan oleh -MT-

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter