Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PENUBUHAN KERAJAAN YANG BERSIH 
(Clean Government - Lee Kuan Yew: The Singapore Story 1965-2000)

Bahagian II 

Bermula di hari pertama kami melaksanakan tugas rasmi pada Jun 1959,  setiap satu dollar  yang kami terima sebagai hasil negara  direkodkan dalam akaun  dengan betul. Kami juga menentukan setiap dolar itu akan mendatangkan faedah kepada setiap insan di  akar umbi dengan nilainya tetap setara satu dolar tanpa ada sebahagian darinya yang disauk dalam perjalanan merapati sasarannya.  Di tahap awal lagi kami telah memberikan perhatian untuk menangani masalah yang timbul daripada discretionary powers (kuasa yang bergantung kepada kebijaksanaan),  untuk mengelakkan sebarang salah laku disebabkan  kuasa  yang samar tercetus darinya . Sekaligus kami berupaya menentukan cara dan kaedah untuk mengikis masalah itu sehingga mampu menyingkirkan kemudahan pengamalnya.

Ada satu agensi khas yang dipertugaskan menghapuskan rasuah. Ia diberi nama 'corrupt Practices  Investigation Bureau (CPIB)  yang ditubuhkan oleh pihak British pada tahun 1952. Tujuannya untuk membenteras korupsi,  terutama sekali di peringkat bawah dan juga pertengahan pasukan polis, di kalangan pemeriksa  (merinyu)  kesihatan penjaja, dan kumpulan bailif yang bertugas menyekat  perilaku para setinggan  di atas tanah kerajaan.  Merinyu ini berupaya mengeluarkan saman ataupun berpaling ke arah lain untuk menerima imbuhan yang berpadan.

Kami mengambil keputusan  untuk memberikan perhatian terhadap  kumpulan jerung di kalangan  atasan dan mengarahkan CPIB  untuk memberi fokus terhadap prioriti ini.  Kumpulan ikan sepat pula ditangani dengan cara memudahkan lagi segala prosedur yang ada dan diperbaiki dengan cara  menerbitkan  panduan bertulis yang jelas. Tindakan ini termasuklah memansuhkan keperluan mengeluarkan permit dan  kelulusan dalam pelbagai  bidang.  Sambil kami menghadapi masalah  dalam  menjatuhkan hukuman  ketika pendakwaan, kami pun melakukan perubahan dalam perundangan secara bertahap.

Pada 1960, kami telah merombak  undang-undang  pencegahan rasuah  dan telah memberi tafsiran yang lebih luas terhadap imbuhan  untuk mengambil kira apa saja yang bernilai. Pindaan in telah memberikan  kuasa yang lebih luas  kepada para penyiasat, termasuk penahanan dan pemeriksaan dan penyelidikan ke atas akaun bank, buku simpanan  sesiapa yang disyaki itu  termasuk isteri mereka, anak-anak dan agen mereka.  Tidak lagi menjadi satu masalah untuk membuktikan bahawa insan yang menerima rasuah itu adalah dalam satu kedudukan untuk menerimanya.  Penguatkuasa cukai pendapatan  dimestikan memberi maklumat  terhadap sesiapa yang disiasat.  Undang-undang yang ada ketika itu tidak mengambil kira  pembabitan seseorang  yang bersubahat kerana ketiadaan bukti yang sah telah ditukarkan untuk membolehkan hakim menerima  pengakuan seorang yang bersubahat.

Satu perubahan yang sungguh berkesan telah kami laksanakan pada 1960.  Ini memberikan kemudahan kepada mahkamah untuk menerima sebarang bukti betapa seseorang yang dituduh itu telah  hidup melebihi taraf keupayaannya ataupun mempunyai harta  yang tidak dapat dipadan dengan kemampuan pendapatan bulanannya.  Semua ini boleh dijadikan barang bukti bahawa yang tertuduh itu telah menerima ataupun memperolehi rasuah.  Penekanan melaksanakan pembasmian rasuah ini dan kuasa untuk menyiasat sesiapa sahaja termasuk setiap menteri dan pegawai,  pengarah CPIB yang bertugas di Jabatan Perdana Menteri  telah melaksanakan satu  reputasi yang sungguh berkesan  untuk mendedahkan sesiapa sahaja petualang  amanah rakyat itu.

Pada tahun 1963,  kami keluarkan undang-undang  yang memastikan sesiapa sahaja yang diperlukan menjadi saksi kepada CPIB, menghadirkan dirinya  untuk memberikan maklumat yang diperlukan. Pada 1989, denda maksimum kepada sesuatu  jenis korupsi telah  dinaikkan daripada S$10,000 kepada S$100,000. Memberikan maklumat palsu  ataupun maklumat yang  songsang  kepada CPIB  menjadi satu kesalahan yang melibatkan hukum penjara dan  denda sehingga S$10,000. Mahkamah juga diberi kuasa merampas  sebarang faedah yang terbit daripada korupsi.

Korupsi  pernah merupakan satu   tindakan yang dirancang secara  besar-besaran di  beberapa tempat tertentu.  Pada 1971, CPIB berjaya menumpaskan satu sindiket  yang membabitkan 250  anggota polis yang menerima  bayaran di antara S$5 hingga $10  setiap bulan daripada tuan punya lori yang   mengecat warna khas  di  dinding lori mereka. Tuan punya lori yang enggan membuat bayaran itu akan kerap diganggu dan diberikan saman .

Pegawai kastam  menerima wang sogok sebagai imbuhan untuk mempercepatkan pemeriksaan ke atas kenderaan yang membawa barangan lari-cukai.  Pegawai yang bertugas di Pusat Bekalan (jabatan perolehan kerajaan)  membocorkan maklumat mengenai  harga tender kerana mereka disogok.  Pegawai di jabatan impot dan eksport  menerima wang sogok untuk mempercepatkan  pengeluaran permit.  Para kontraktor menyogok  kerani kawasan tapak  untuk memudahkan kerja menanam cerucuk.  Pekerja awam  yang mengangkut  sampah di upah oleh  pekedai dan para penghuni rumah  perumahan untuk mengangkut sampah sarap mereka.  Pengetua dan guru-guru sekolah di sekolah Cina menerima komisyen daripada pembekal peralatan.  Kebijaksanaan manusia memang tidak ada hadnya dalam menyalahgunakan kuasa dan kepintaran untuk kepentingan dirinya.

Memang tidak susah untuk  membasmikan  kumpulan haram itu. Tetapi,  kisah  penyelewengan yang berlaku secara sendirian adalah lebih sukar untuk dikesan. Apabila terserempak pun, selalunya ia terpaksa di abaikan.

Diterjemahkan oleh -MT-

 

 
Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter