Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MINDA MINGGUAN 29 OKT

DENDAM KESUMAT MAHATHIR!!

Pembentangan belanjawan 2001 sudah berlalu. Belanjawan yang dikatakan mesra rakyat itu, hanyalah gemburan media perdana dan canangan pera pemimpin BN semata. Belanjawan mesra rakyat itu seperti hanya 'cantiknya bunga dedap' yang tiada baunya. Rakyat yang menanti 'imbuhan' mesra rakyat mereka tidak menjadi. Golongan yang menerima faedah yang konsisten dan besar tetap mereka yang ditakdirkan lahir sebagai 'kroniputra'. Inilah yang telah dikomen oleh Datuk Fadzil Noor sebagai belanjawan segolongan rakyat, bukan rakyat terbanyak.

Paling sedih menerima pengumuman belanjawan 'mesra rakyat' kali ini ialah anggota perkhidmatan awam. Sejak hampir 5 tahun lalu setelah bonus dibayar secara berturut-turut inilah kali pertama bonus ditarik balik. Alasan Mahathir mudah. Anggota perkhidmatan awam baru menerima kenaikan gaji. Menurut Mahathir ada yang menerima sebulan gaji lebih. Keparat betul Mahathir, bila masa anggota perkhidmatan kerajaan menerima kenaikan gaji sebulan?

Paling menyedihkan dalam golongan anggota perkhidmatan awam ialah golongan bawahan (kumpulan sokongan) bukan tentera dan polis. Imbuhan bonus setiap tahun kepada mereka amat bermakna untuk saraan perbelanjaaan anak-anak ke sekolah. Bagaimana tahun baru 2001 akan dihadapi nanti? Mungkinkah pakaian anak ke sekolah tidak berganti? Hari raya Aidilfitri pula menjenguk di akhir Disember nanti. Kali ini apakah anak-anak tidak aan berpakaian baru? Akan hilangkah selera berhari raya apabila gaji setiap bulan yang dibayar di bawah paras minima itu seringkali tidak mencukupi? Inikah mesra rakyat?

Memang benar dalam statistik pilihan raya umum lalu, golongan inilah paling ramai berpaling tadah dari mengundi BN. Justeru itu BN kalah teruk sehingga Terengganu jatuh ke tangan parti Alternatif dan sebahagian besar negeri Kedah di bawah pengaruh PAS kini. Jika royalti minyak yang dibayar sejak sekian lama boleh ditukarganti menjadi 'wang ehsan', apakah hanya dengan menarik balik bonus sebulan gaji kepada anggota perkhidmatan awam. Terlalu mudah, tidak payah mencanangnya di media. Cukuplah dengan satu pengumuman.

Rakyat yang ternanti-nanti pengumaman bonus kali ini merupakan golongan paling kecewa. Kekecewaan itu bukan dari mereka yang sudah mengundi alternatif. Juga dari mereka yang selama ini dan sehingga dalam pilihan raya umum lalu masih setia mengundi BN. Apakah ini masih belum cukup bukti kepada mereka bahawa kezaliman dasar kerajaan BN tidak memihak kepada sesiapa. Apakah golongan minoriti yang masih menyokong BN dalam perkhidmatan awam tidak mengukur dan menjadikan belanjawan 2001 sebagai satu 'bala' yang tertimpa ke batang hidung mereka sendiri?

Saya percaya mereka yang sudah mufarakah dengan BN tidak begitu kecewa sangat. Ini adalah kerana golongan ini sudah bersedia menerima segala kemungkinan yang bakal tertimpa ke atas mereka akibat sokongan itu, termasuklah ditukarkan ke tempat kerja yang jauh, laksana proses buang daerah ke atas penjenayah.

Demikianlah satu lagi episod kezaliman dan kekejaman diktator Mahathir. Beliau tidak lupa ke atas mereka yang memusuhinya. Dalam senyum dan sinis beliau melaksanakan satu belanjawan yang didakwanya mesra rakyat tapi dalam masa yang sama menghiris hati segolongan rakyat.

Mahathir patut tahu dan mengkaji bahawa dendam yang ingin dilontarnya itu bukan berkesan untuk menarik kembali sokongan oleh anggota perkhidmatan awam kepada parti BN. Malahan kesan paling teruk dialami ialah mereka yang dahulunya mengundi BN dan paling setia kepada parti itu sekian lama. Mereka ini satu golongan yang pada masa ekonomi mewah, menerima imbuhan dalam bentuk tertentu seperti projek kecil dan pemberian saham tertentu sebagai tanda sokongan kepada BN. Namun pada masa kegawatan ekonomi melanda berapa ramaikah anggota perkhidmatan awam yang terperangkap dalam kemelesetan itu sehingga saham yang jauh mendadak memaksa mereka melepaskan rumah dan kereta kesayangan. Selain potongan gaji yang sedia ada kini ditambah dengan hutang bank yang terpaksa dibayar akibat tindakan bank-bank menjual saham bagi mendapatkan semula pelaburan mereka. Golongan seperti ini tidak kurang dalam perkhidmatan awam. Tapi sedarkah Mahathir akan kewujudan mereka serta taat mereka yang tidak berbelah bahagi kepada BN sebelum ini?

Pepatah lama pernah berkata, 'mendengar guruh di langit, air tempayan di curah jangan'. Desas desus kononnya kerajaan akan membayar 2 bulan bonus memungkin ada golongan dalam anggota perkhidmatan awam mengambil pendahuluan buat perbelanjaan mereka. Pastinya hampa apabila mendapati tiada bonus dibayar kali ini. Anggota perkhidmatan awam sebenarnya banyak berkorban untuk kerajaan yang memerintah. Justeru gaji yang dibayar kepada mereka adalah separuh sahaja, maka wajiblah mereka menerima imbuhan tertentu mengatasi mereka yang bekerja di kilang dan syarikat swasta. 

Diharapkan golongan anggota perkhidmatan awam yang masih mendokong dasar kerajaan BN menganggap tindakan tidak membayar bonus satu pengajaran kepada mereka. Percaya atau pun tidak Mahathir memang melepaskan dendamnya kepada golongan ini. Dendam kesumat Mahathir tidak mengenal sesiapa. Yang pasti hajatnya mahu tercapai.

Alaf baru nampaknya tidak menjanjikan apa-apa kepada rakyat marhaen. Penindasan oleh bangsa sendiri tetap  berterusan selama Mahathir masih menjadi pemimpin di negara serba boleh yang melaksanakan dasar mengikut nafsu kebinatangan yang wujud dalam dirinya! Dendam kesumat Mahathir berlegar kini. Namun apakah pengajarannya kepada kita kali ini?

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter