Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MINDA MINGGUAN

HINA ULAMA: MB SELANGOR TIDAK MENJADIKANNYA IKTIBAR

Dengan perasaan sayu memulakan penulisan mingguan saya kali ini apabila terkenangkan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar negeri Kelantan. Bukan kerana sayu itu mengenangkan nasib Tuan Guru, kerana saya amat pasti segala hinaan dan kutukan yang dilemparkan oleh Khir Toyo(l) MB Selangor tidak memberikan bekas dan kesan ke atas Tuan Guru yang dihormati.

Pendidikan awal yang saya terima meskipun dari generasi lepasan merdeka, saya diajar menghormati guru dan mereka bergelar pendidik. Meskipun ketika belajar di institusi pengajian yang lebih tinggi, perdebatan tidak dapat dielakkan, namun guru tetap saya hormati. Apatah lagi jika dia memiliki kehebatan tentang pengajian agama Islam. Mendokong kerja atau sirah Rasulullah kerana kata Nabi dalam sebuah hadisnya (perbetulkan jika saya silap) ulama itu pewaris Nabi.

Tafsiran Politik Sempit

Kegagalan menghormati guru atau pendidik atau ulama lebih tepat kepada persoalan ini yang mendokong sirah Rasulullah, adalah kerana gagalnya seseorang itu memahami hakikat Islam itu sendiri. Lahir dari kejahilan itu, lantas mereka mengambil nafsu menjadi pemimpin mereka sehingga nafsu itu menyesatkan segala perbuatan mereka.

Khir Toyo(l) seharusnya membuat tafsiran yang betul mengenai 'ceramah agama' dan ceramah politik. Walau pun agama dan politik itu tidak boleh dipisahkan, berpolitik mengenai keesaan Allah dan keagungan-Nya seharusnya diberikan ruang yang penuh sebagai satu perlaksanaan kepada fardhu kifayah dalam kariah negeri Selangor secara umum.

Sejarah Sudah Membuktikan

Buta sejarah berkemungkinan antara faktor yang menyebabkan Khir Toto(l) bertindak di luar batasan, menyekat kehadiran seorang ulama dari mengajak masyarakat mendekatkan diri kepada Allah. Lantas mencabar Tuan Guru Nik Aziz supaya jangan campur tangan dalam hal ehwal negeri Selangor dan jangan hadir untuk memberikan sebarang ceramah di negeri itu. Apakah Khir Toyo(l) lupa kepada dua peristiwa hitam yang membawa kepada tersingkirnya MB-MB Selangor yang sebelumnya.

Apakah Khir Toyo(l) tidak menjadikan penyingkiran TS Muhammad Taib dan Abu Hassan Omar dari persada pucuk pimpinan eksekutif negeri Selangor sebagai akibah dari perbuatan mereka menghina ulama dan memperlekehkan agama Islam? Apakah kerana sifat durhaka MB Perlis Shahidan Kassim terhadap ulama seperti Dr. Harun Din tidak boleh dikaitkan dengan bala yang menimpa Kem Oran di negeri itu? Apakah banjir lumpur yang melanda beberapa buah hotel di Pulau Pangkor kepunyaan Mahathir & The Kroni tidak boleh dikaitkan sebagai akibah keceluparan mereka menghina Islam dan mengabaikan seruan ulama agar mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhi segala larangannya.

Bala Allah Akan Sampai

Sebagai seorang Islam yang berkewajipan tertentu ke atas saudaranya, saya ingin berkata sesuatu  kepada Khir Toyo(l). Sekali kamu menghina ulama, memperlekehkan ajaran agama Allah maka tunggulah saat kehancuran kehidupan kamu. Bukan sekadar menyingkirkan Datuk Ishak Baharum sebagai Mufti itu, satu penyingkiran biasa. Bukan memperlekehkan ajaran agama Islam dengan melepaskan mereka yang minum arak, sementara memecat mereka yang menjalankan kerja nahi mungkar itu sebagai satu pemecatan biasa. Di sisi Allah kerja-kerja ini ada nilai yang besar terhadap aqidah dan keagungan Islam itu sendiri.

Maka sebelum bala itu datang, Khir Toyo(l), bertaubatlah saudara! Menghina seorang ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz itu bukan satu penghinaan yang biasa. Ia juga cukup bererti di sisi Allah kerana ulama adalah pewaris Nabi-nabi sedang nabi itu istimewanya Muhammad adalah kekasih Allah. Menghina ulama samalah menghina agama Islam dan menghina Allah!

Umat Islam tidak harus terpesona dengan ajakan dan cabaran supaya memperlekehkan ulama dan menghina mereka. Selagi ada mereka yang menyintai Allah akan menangguhkan  sebarang bala bencana terhadap sesebuah negara itu. Namun jika ulama dihina sedemikian rupa, kepada apakah kita akan bergantung lagi dari menangkis sebarang bala yang diturunkan Allah.

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter