Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

 

                             SELEPAS PILIHANRAYA

 

Oleh : Wartawan Rasmi Laman Reformasi

(tiada hak cipta)

 

Rakyat telah buka mata,

Ini akibat BN punya angkara,

Siapa sangka kemenangan BA tidak diduga,

Kelantan kekal Terengganu  disangga,

 

Selepas pilanraya BN kata orang Melayu tak sokong dia.

Ramai pemimpin mereka berkata-kata

Tapi apa boleh buat soro kena jaga

Betui tak betul aku tak kira

 

BN marah kepada pegawai kerajaan,

Kononnya mula tak tahu bersyukuran,

Apa depa kata jangan tak perasan,

 Apa yang tahu syukur pada Tuhan,

 

Tambang bas dah dua tiga kali naik,

Gaji kakitangan awam umpan untuk penaik

Tapi hampa ekonomi  baik bonus tak  dapat

Takut hampa kami lipat,

 

BN memang pandai menipu,

Rakyat dikampung pun dah tahu,

Apakan tidak gula, tepung , susu, naik tak tentu kalu,

Itu pun ,  hampa kata ekonomi di tanda mercu,

 

Sudahlah BN  rakyat dah meluat,

Kes berbagai , rakyat dah penat,

Buat apa bohong kalau tak larat,

Sandiwara, lakon semula jadi keramat,

 

Kes di Sauk pun punya keparat

Lakon semula sudah dibuat,

Takut punya pasal , rakyat tak  boleh bercakap,

Pandai-pandai  ISA NANTI  aku sumbat,

 

Nak bohong rakyat kena cermat,

Kalau tidak  , tak lalu nak tangkap muat,

Bukan senang ,  la ni rakyat dah  meluat,

Perkara betul dikata buat-buat.

 

 

Inilah akibat cakap bohong,

Rakyat tak percaya muka terlopong,

Bukan senang nak kelentong,

Silap-silap dengan  hampa, Putrajaya  kami lelong,

 

 

Zaman sekarang zaman IT

Buat sekolah diberi nama sekolah BESTARI

Dari 1700 , 90 sahaja yang berseri

Ni ……. apa nama  , nak jadikan pusat  IT.

 

Sekolah Melayu kurang komputer

Pemuda umno kata depa terrer

Minta komputer bagi tender

Cakap tak serupa bikinlah…….. brader

 

Lepas sekolah BESTARI  sekolah  WAWASAN,

Yang dulu tak selesai , patut bawa ke depan,

Ini baru membawa wawasan,

Bukannya pendidikan dipolitikkan,

 

Cikgu-cikgu naik haru, dan hairan,

Kementerian ubah sukatan  tiada ketentuan,

Lepas buku kecil , buku pendaftaran,

Takut-takut cikgu  naik tak ketahuan.

 

Anak Melayu nak ke universiti tak cukup duit,

UMNO  kata , tak pa… kita bagi duit,

Biasiswa tak ada , pinjaman bentuk duit,

Yang makin kaya ,kroni depa berbelit –belit.

 

Lepas 5 tahun dasar pendidikan berubah,

Yang lama tertangguh tak mahu pakai dah,

Ambil yang baru untuk ujian mudah,

Yang jadi  mangsa murid sekolah,

 

Kes cikgu-cikgu lagi kalut

Depa kata ramai cikgu dah belot

Nak sokong macam mana kalau dasar dah merosot

Silap-silap hari bulan muka berbalut.

 

DiTerengganu  kes makin dahsyat,

Duit royalti mereka dah sebat,

Tukar rencana macam keparat,

BN suka tengok rakyat melarat,

 

BN kata wang tu wang  EHSAN,

Kalau tak perasan tanyalah  Abol Hassan,

Macamana wang ada dalam bungkusan,

Duit royalti ditukar Ehsan.

 

 

BN memang pandai berkata-kata,

Apa  yang dijanji kadang-kadang dikota,

Apa boleh buat wakil rakyat  BN makin buta,

Apa yang depa tahu ….kejar harta.

 

Isu hak asasi mula dikata,

Hishammudin awww mula naik  gabra,

Kita tak ajak ….depa cabar kita,

Nak debat dalam bilik …yang tak ada siapa,

 

Inilah idea ketua pemuda BN,

Nak ajak berdebat pun banyak komen,

Mahfuz dah cabar  , hantar tak pakai posmen,

Kalau hang tak mahu….. memang hang tak gentleman.  AWWWWWW

 

Sudahlah hishamuddin awwww,

Jangan perasan sangat, kot sat ni naik angau,

Bukan nya apa …takut jadi bangau,

Nanti malu, naik sasau.

 

Kes Ezam cuba dimainkan,

Kononya tak sehaluan dengan agenda kerajaan,

Pergi luar burukkan pemerintahan,

Aku takut hampa yang perasan.

 

Satu dunia dah tahu Mahathir,

Ulama,tokoh politik.. dah mula mejelir,

Malu tak malu ….kena hadir,

Walau dapat   ….kopi secangkir.

 

Di  Amerika  Mahathir ditolah   ISNA,

Punya la malu ,…… kena hina

Habih…. heboh satu dunia,

Muka dia tebal …..memang tak guna.

 

Rafidah marah pada Ezam,

Sebab di Boston dia kena hentam,

Nak bagi pelan pelaburan , silap haribulan,

Rupa-rupanya  kempen FAC ada  di dalam.

 

Rafidah balik tak terkata apa,

Siapakah ampunya angkara, aku tak kira,

Kalau pada Anwar hampa tak kata apa,

Apa salah kena sekali sekala,

 

Berita senyap sunyi tentang pelaburan Rafidah,

Kita tahu   dia balik tak dapat apa dah,

Nak pergi kempen negara dah maju dah,

Buat apa susah-susah,

 

Di dalam dewan Rafidah tak perasan,

Pendedahan keburukan  Mahathir sedang berjalan,

Apa lagi berkenaan kes   orang terkenal,

Entah  siapa gerangan lakukan ,

Namun ianya adalah cara yang berkesan,

 

Rafidah  kecundang di Amerika,

Inlah caranya mengajar mereka,

Bukankah itu mengundang penjajah,

KeAmerika meminta sedekah.

 

Mahathir kata hubungan dengan Amerika mengundang penjajah,

Apa mereka pergi ke Amerika….. tak sudah-sudah,

Ini yang rakyat dok tanya, nyanyuk ke sudah,

Kalau tak larat turunlah kebawah,

 

Di negeri Selangor turunlah sudah,

Tok uban sedang mengasuh entah tak sudah,

Kini giliran Shah di negeri entah berantah,

Tunggulah masanya kita dedah,

 

Negeri Perlis Indra Kayangan,

Namanya Shah ….. bukan orang sembarangan,

Budak 16 jadi tungangan,

Apa ke jadahnya anak ditelan haruan.

 

Khabarnya sebulan dibayar enam ribu,

Tak cukup apartment, kereta mewah menunggu,

Apalah susah kerja menunggu,

Abang Shah datang , serbu macam lembu.

 

 

 

 

 

 

 

 Makin didedah makinlah parah,

Berbagai isu dikupas sudah,

Tunggulah lagi cerita yang tak sudah

Selagi sizalim memegang pemerintah.

 

Mahathir ke Brunai bertemu Hasannal Bolkiah,

Cara pergi macam nak minta sedekah,

Kata ekonomi dah pulih dah,

Wang KWSP hampa dah  kedarah,

 

Satu hari 100 juta,

Wang KWSP kita yang punya,

Untuk tolong kroni punya angkara,

Duit rakyat depa tak kira

 

Di Brunai Mahathir bersyarah,

Pasal pembangkang dikata bedebah,

Ini cara melawan musibah,

Angkara Mahathir H….jadah,

 

Dia kata rakyat akan merana,

Ini angkara pembangkang punya kerja,

Ini kata Mahathir  mula cereka,

Kalau dah buruk perangai tak sangka,

Pergi kehujung duniapun orang tak sapa

 

Ayuh rakyat Malaysia boleh,

Mara kehadapan jangan lagi  menoleh,

Melayu , cina ,Iban , India,  semua boleh,

Kita berhimpun , boleh tak boleh.

 

Wahai polis yang budiman,

Dalam belanjawan banyak dapat habuan,

Kalau BA tak ,ada tak dapat  tuntutan,

Elaun lebih masa jadi rebutan,

 

Kerja polis kerja mulia,

Janganlah ia menjadi durhaka,

Sama-sama rakyat tuntut merdeka,

Apa salahnya menjadi , tanggungjawab bersama,

 

Jangan dibedal, anak bangsa,

Ia tak ubah seperti kerja gila,

Tugas polis pelindung bangsa,

Jangan lah  ia disia-sia.

 

Wahai Pak Lah janganlah megah,

Kami berhimpun bukannya marah,

Ini tuntutan anak buah,

Jangan bertindak lebih dari penjajah.

 

5  haribulan tarikh keramat.

Semua pemimpin sedia muafakat,

Sokongan rakyat tidak bertempat,

Menunggu masa kita rapat.

 

Ayuh anak bangsa Malaysia,

Kita bersama pemimpin kita,

Jangalah lupa kita bersama,

Bersatu rakyat , singkirkan mereka.

 

Pemimpin rasuah harus ditentang,

Selagi boleh, mereka kita bogelkan,

Bertimbun-timbun wang diselewengkan,

Apa lagi nak tunggu,…… ayuh kita beriringan.

 

REFORMASI , REFORMASI REFORMASI, terus hidup,

Apa yang BN takut,

Kita lakukan BN kecut,

Sebab pemimpin  mereka ditutup mulut,

 

 

PM kata reformasi sudah berkubur,

Pak Lah kata UMNO perlu menggempur,

Megat Junid , kata UMNO akan hancur,

Semua pemimpin BN perlu dikubur.

 

 

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter