PERSIAPAN KEHAKIMAN MALAYSIA YANG ADIL DAN DIPERCAYAI.
Oleh kerana Malaysia dilanda krisis sistem kehakiman yang dipaksa oleh pemerintah, maka
di masa akan datang kita harus bersedia dengan format hakim yang tegas kewibawaannya.
Antara faktor adalah berikut : Satu kaedah menghukum dalam ajaran Islam adalah : "
Lebih baik tidak menghukum daripada tersalah hukum "
- Tuan-tuan hakim tidak terikat dan takut kepada pemerintah.
- Hakim adalah seorang lelaki, beragama Islam, baligh, akil dan merdeka.
- Bertaqwa ( waraq & adil )- sebab orang yang taqwa itu sangat takut kepada
Allah. Kerana orang yang takwa sahaja yang boleh berlaku adil : " Berlaku
adillah, kerana adil itu mendekati kepada taqwa" ( Al Maidah : 8 )
- Luas ilmu hukum hakam, hudud dan ta'zir.
- Ilmu pengetahuan umum seperti psikologi dan sosiologi.
- Cerdik dan peka.
- Dia orang yang mengamalkan syariat Allah SWT.
- Dia tidak kekal sentiasa membuat dosa kecil. Hakim-hakim yang bukan Islam hanya
terlibat apabila berlaku kesalahan orang kafir yang berkaitan dengan adat istiadat
dan agama mereka. Namun kesalahan umum seperti zina, curi, bunuh, maka mereka
juga akan mengikut hukum Islam
|