Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

SAUK SEBAGAI SATU SANDIWARA

Saudara Webmaster,
INI BUKAN ARTIKEL sekadar meminta perhatian. Saya tertarik dengan satu artikel yang bertajuk RAKYAT TERENGGANU WASPADA TIPUHELAH UMNO yang disiarkan di laman web web Mahazalim yang ditulis oleh reformist ganu. Di sini saya menyalin satu perenggan

"Serupa lah kes Sauk dan Al Maunah cuba anda fikir macamana kejadian rompak senjata jam 2-4 pagi , pada keesokan nya boleh keluar dalam akhbar penipu tuu berita rompakan tersebut pada hal kebiasaan nya tepat jam 12.00 tgh mlm semua berita yang sebelum tu shj yang keluar kerana semua berita dah di cetak , nampak sangat perancangan. Satu lagi alangkah begitu mudah puak Maunah masuk tempat simpanan senjata ...... semua tuu nak memburukkkan Pas dan nak mengalih perhatian rakyat kerana Dato Shafei bekas Ketua Pengarah BPR telah mengeluarkan kenyataan dalam mahkamah bahwa mahadir telah menghalang dia dari menyiasat bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi masa tu Ali Abu Hasan terdapat wang tunai RM 100,000 dalam almari dari mana dapat duit tuuuuu..... itu sebenar nya mahadajal tu takut dan satu lagi nak menjustifikasikan pengharaman nama Islam pada parti Pas dan seterusnya mengharamkan Pas ...."

Saya tidak pasti sama ada persoalan mengenai kejadian merompak senjata masih sempat disiarkan diakhbar perdana walaupun pada kebiasannya hampir kesemua berita sudah dicetak pada pukul 12.00 tengah malam telah dikemukakan oleh mana-mana pihak sebelum ini. Ini adalah satu persoalan yang sangat baik. Sampai sekarang saya tidak terfikir persoalan ini walaupun saya tahu berita terkini yang diperolehi selepas tengah malam memang 100 % tidak dapat disiarkan seperti keputusan perlawanan bolasepak yang berakhir pada pagi-pagi buta. Contohnya berita keputusan bolasepak Piala Asia tempat ketiga dan keempat antara Korea dan China dapat disiarkan sebelum 12.00 tengah malam. Sementara itu perlawanan akhir antara Arab Saudi dan Jepun yang berakhir kira-kira 2.45 pagi hari Isnin 30 Oktober tidak disiarkan. Kalau rompakan senjata yang berlaku pada pukul 4 pagi dapat disiarkan, sudah tentu keputusan perlawanan akhir yang berakhir sebelum 3 pagi dapat dilaporkan. Seperti mana yang kita ketahui, tiada berita keputusan perlawanan akhir dilaporkan! Kata orang hairan bin ajaib!

Memang mustahil berita rompakan senjata dapat disiarkan. Berita yang diterima perlu ditulis, diedit dan macam-macam kerja perlu dilakukan. Kalau rompakan berakhir pada pukul 4 pagi, manalah sempat berita disiarkan pada hari itu juga? Lagipun berita yang disiarkan agak detail siap dengan jenis senjata yang dirompak, masa rompakan, tempat rompakan, gambar senjata dirompak, peta tempat rompakan dan temuramah dengan pengawal keselamatan. Saya tak berapa ingat sama ada Najib ditemuramah atau tidak. Cuma pihak mana yang bertanggung jawab tidak dapat dikenal pasti. Kalau tidak silap saya awal-awal lagi Mahazalim mengatakan kemungkinan rompakan senjata bermotifkan politik. Memang ada perancangan. Saya pasti pada hari itu, semua akhbar tidak lewat diedarkan dan dijual dikedai kepada pembaca seperti biasa tanpa kelewatan. Diharap saudara Webmaster dapat membuat apa jua susulan (follow-up) mengenai perkara ini.

Diharap laman web reformasi membongkar rahsia kerajaan bahawa rompakan senjata yang dilakukan oleh kumpulan Al-Ma'unah adalah SANDIWARA YANG TIDAK BOLEH DINAFIKAN LAGI. Saudara webmaster hendaklah mendapat kepastian dari mana-mana wartawan atau pekerja yang bekerja dengan syarikat akhbar. Mereka ini sudah tentu dapat memberi pandangan adakah berita-berita selepas tengah malam dapat disiarkan dan adakah berlaku kelewatan akhbar diedarkan kepada pembaca pada hari kejadian merompak senjata berlaku. Selepas mendapat kepastian barulah saudara Webmaster buat apa yang patut. Diharap usaha murni reformist ganu dapat dihargai oleh saudara webmaster.

LTL

Nota Webmaster:

Saudara LTL,
semenjak awal sandiwara SAUK lagi laman ini bertanggungjawab memberikan kesedaran kepada rakyat bahawa Episod Sauk adalah satu helah kerajaan atau lebih tepat dikatakan hanya satu sandiwara. Saya menerima kerjasama penuh beberapa orang 'agen khas' yang berada di tapak kejadian, termasuk liputan langsung dan tak langsung oleh beberapa nama yang dikenali melalui laman ini. Hasilnya beberapa syarikat akhbar di Singapura diberitakan membuat kerja terjemahan ke dalam bahasa Inggeris dan berita yang diambil dari laman seumpama Minda Rakyat disebarkan ke serata dunia.

Minda Rakyat percaya sedikit sebanyak maklumat itu membantu saudara kita untuk memenangi anugerahnya dalam liputan itu dan kita seharusnya berasa bangga atas kejayaan Steven Gan. Justeru pada masa itu dapat dilihat bilangan kunjungan yang masuk ke laman ini melebihi 10,000 pengunjung dalam sehari.

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Minda Rakyat sebagai laman haram yang bergerak menyanggah kezaliman Mahathir dan partinya UMNO/BN untuk mendedahkan helah mereka. Sebagai kenang-kenangan atas segala usaha itu Minda Rakyat sendiri ada merakamkan episod itu dalam laman ini dan saudara boleh mencapainya dengan 'klik' di icon Episod RAW .. antara realiti dan fantasi. Juga dimuatkan berbagai ulasan oleh pelbagai pihak termasuklah dakwaan saudara bahawa berita itu ditulis terlebih dahulu sebelum kejadian sebenar berlaku.

Memang banyak berlaku percanggahan fakta dan hampir kesemuanya termuat dalam Episod RAW dan saudara rujuklah di sana untuk kepastian. Namun demi berjuang kerana nama dan award, itu bukanlah prinsip Minda Rakyat. Kerana itu pastinya akan mendatangkan kemegahan  dan sifat riak dan haloba. Wang, tenaga dan masa yang sudah dileburkan di arus perjuangan ini bukan untuk dinilai atau dibayar dengan apa-apa award atau imbuhan. Hanya di hati kecil saya berdoa dan berharap semoga rakyat menyedari helah dan tembelang pemerintah masa kini yang menggunakan apa jua cara untuk membohongi rakyat sekelian bagi mencapai niat buruk mereka.

Justeru tidak ingin melihat nasib anak bangsa menjadi lebih buruk, maka digagahi segenap tenaga masa  yang ada untuk kita robah beban yang ada di hadapan kita agar ianya menjadi sempadan perubahan nasib anak bangsa. Terima kasih atas cadangan saudara dan percayalah ianya  sudah dan akan terus ditaburkan selagi nyawa dikandung badan.

Polong Cyber
webmaster


 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter