LAPORAN PROGRAM MEMANSUHKAN ISA DI
KEM KAMUNTING
Warga Taiping menjadi saksi kepada lebih seribu
orang yang berhimpun di hadapan Kem Kamunting sempena program Mansuhkan ISA jam 9.00
pagi 29 Oktober 2000. Bermula dari tol masuk dari Taiping Utara, petugas tol yang
kehairanan memberi maklumbalas akan kehadiran ramai pengunjung dari luar pada pagi itu.
Ternyata ramai juga warga Taiping yang ketinggalan berita terkini tentang program
tersebut. Namun kehadiran ribuan penyokong-penyokong dari luar sudah cukup untuk
memberikan kesan yang menggegarkan pekan Kamunting pagi itu.
Di Pekan Kamunting beberapa sekatan jalan raya telah dibuat oleh puak-puak polis. Malah beberapa kereta
reformis dari KL telah siap dicatat nombor-nombor kereta mereka sebagai bahan ujikaji
barangkali. Saya yang tiba sendirian pada mulanya cemas juga tetapi tiada sebarang soal
jawab dikemukakan oleh puak-puak itu. Keadaan jalan raya nampak sedikit sesak.
Tiba
di selekoh jalan ke Kem Tahanan Kamunting, suasana meriah mulai dirasai.
Sepanduk-sepanduk, poster-poster berkaki dan bendera-bendera BA berkibaran dengan
megahnya. Petugas-petugas BA, NGO dan lain-lain begitu sibuk mengedarkan risalah-risalah
berkenaan dengan 40 sebab mengapa ISA mesti dimansuhkan kepada setiap kenderaan yang
lalu di situ.
Kereta-kereta yang lalu lalang membunyikan hon dan menyambar
risalah-risalah yang diedarkan. Tiada pula kereta polis mahupun trak FRU yang
berkeliaran di situ. Polis-polis yang beruniform juga tidak kelihatan di kawasan yang
berhampiran. Ini sungguh di luar dugaan.
Setelah meletakkan kereta di tepi jalan,
saya pun menyusuri jalan bersama-sama dengan sederetan orang yang menuju ke destinasi
yang sama. Sepanjang jalan menuju ke Kem Tahanan telah dipenuhi dengan
kenderaan-kenderaan penyokong-penyokong. Beberapa SB, yang memang tak pandai menyamar
itu, begitu sibuk mencatatkan nombor-nombor kereta yang memenuhi pinggir jalan. Meluat
sungguh melihatkan perilaku mereka yang begitu 'busybody' itu. Seorang dari mereka
sempat pula menegur saya dengan sengih busuknya......'Dah ambil gambar ke?'. Piiiilah!!!
Kelompok-kelompok
penyokong yang sudahpun berhimpun di hadapan Kem Tahanan dengan sepanduk-sepanduk
Mansuhkan ISA, mula melaungkan takbir, Reformasi, Mansuhkan ISA dan lain-lain. Ketibaan
Sdr. Mahfuz, Sdr. Mat Sabu,
Sdr. Ruslan Kassim dan beberapa pemimpin yang lain diberi
laungan takbir dan tepukan bergemuruh sekali. Pada masa yang sama, maklumat diberi
bahawa di dalam Kem Tahanan sedang berlangsung program penyampaian hadiah untuk tadika
kawasan Paya Pasir yang diterajui oleh UMNO TOTOK. He, he.........tak berani nampaknya
depa nak menjengukkan muka di luar ni!
Tepat jam 9.00 pagi program pun dimulakan
secara rasmi. Konvoi dari KL khabarnya masih dalam perjalanan. Adik-adik Mahasiswa
reformis menjadi penggerak utama program pada pagi itu. Laungan-laungan keramat mereka
sentiasa disambut dengan amat bersemangat sekali. Sdr. Mat Sabu memberi ucapan pembuka
diikuti oleh Sdr. Gobalakrishnan. Sdr. Lim Guan Eng menyusul dan kelihatan begitu
terharu dengan sambutan yang diberikan. Ditambah pula dengan nostalgia kehidupan
lampaunya
di situ.......beliau menyatakan bagai tidak percaya akan singgah lagi ke 'rumah
lama'nya!
Adik-adik Mahasiswa tidak ketinggalan menyerikan program pagi itu
dengan persembahan teater dan deklamasi sajak. Emosi mereka yang hadir kelihatan
terikut-ikut sama dengan 'mood'watak yang ditonjolkan di dalam teater yang pendik tetapi
amat berkesan itu. Seperti menjadi satu kemestian, lagu 'Suara Rakyat' dinyanyikan
dengan spontan selepas itu.
Upacara seterusnya adalah deklarasi oleh aktivis
Irene Xavier yang merupakan satu-satunya tahanan wanita ISA yang sempat menghabiskan
masa hampir setahun di situ. Belon dilepaskan sebagai tanda pembebasan dari akta yang
kejam itu. Kemudian kami semua berarak beramai-ramai ke tempat ceramah dan forum di
Markas PAS yang berhampiran sambil bertakbir, menyanyikan lagu-lagu reformasi. Perarakan
diketuai oleh barisan pemimpin dan di hadapan sekali adalah Sdr. Ruslan
Kassim.
Kesesakan lalu lintas berlaku seketika di mana separuh jalan dipenuhi oleh perarakan.
Namun kenderaan-kenderaan yang melalui jalan tersebut pada masa itu begitu 'sporting'
dan bekerjasama memberikan laluan kepada kami.
Ceramah pun dimulakan di Markas
PAS, Kampung Pasir, Kamunting, tidak berapa jauh dari Kem Tahanan. Penceramah-penceramah
yang mengambil bahagian adalah Dr. Syed Husin Ali, Sdr. Mahfuz Omar, Sdr. Lim Guan
Eng,
Sdr. Ezam, Sdr. Ruslan Kassim dan lain-lain lagi. Program tamat pada jam hampir 1.00
tengah hari. Dalam pada itu pengunjung pengunjung dapat melihat pameran yang disediakan
di dalan bangunan berkenaan dengan kisah-kisah tahanan ISA. Yang menariknya adalah
poskad-poskad lukisan oleh anak-anak bekas tahan ISA yang diberikan secara percuma
kepada pengunjung-pengunjung. Di samping itu kami berpeluang menurunkan tanda tangan
beramai-ramai di atas sebidang
kain putih sebagai tanda sokongan untuk memansuhkan
ISA.
Sesungguhnya peluang berhimpun seperti ini amat bermakna sekali. Saya sempat
bersama-sama reformis-reformis dari KL yang memang tidak pernah mengenal erti penat dan
lelah untuk terus memberikan sokongan kepada setiap program untuk rakyat. Semasa
berkumpul inilah kami dapat bertukar-tukar cerita dan perkembangan tentang gerakan
reformasi di tempat
masing-masing. Tali persahabatan semakin dieratkan dan azam juga
terus diperkukuhkan. Semuanya berjanji, Insyaalah dengan izin Allah s.w.t., untuk
bertemu lagi pada 5 Nov. nanti di Jalan Kebun, Shah Alam biarpun sesetengahnya kini
telah pun diekori oleh SB-SB ke mana sahaja mereka pergi. Memang benar hanya satu
perkataan untuk kezaliman.........LAWAN!
LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!
Kak
Id 2000