APA NASIB PALESTIN?
Benarlah maksud yang boleh dipetik dari sabda
junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W bahawa Muslim di akhir zaman sangat cintakan
dunia dan dalam masa yang sama takutkan maut di mana statistik Ummah cukup ramai
bilangannya tetapi tidak mempunyai kualiti umpama buih-buih di lautan.
Pada masa ini, penindasan dan pencabulan hak asasi
manusia terrhadap Ummah sudah berada di tahap yang kritikal oleh barat khususnya
zionis yang sampai kiamat pun tidak akan redha dengan Ummah. Di Malaysia, kita turut
menghadapi regim BN yang mencabuli hak asasi manusia dalam segala bidang tetapi mesti
diingat bahawa ia belum lagi seteruk perlakuan barat dan sekutunya ke atas Ummah yang
sudah sampai ke tahap melibatkan nyawa manusia yang tidak berdosa.
Amat malang sekali, Ummah tidak berbuat apa-apa
untuk menghentikan penindasan barat ini. Masing-masing leka memikirkan hal elwal negara
bangsa mereka sendiri. ‘Palestin kena serang, ah, itu masalah Palestin dan negara
Arab!’. Kita tidak hairan mengapa perkara ini terjadi kerana ianya disebabkan
berjayanya strategi kuffar memecahkan persaudaraan dan kesatuan Ummah dengan
mempromosikan ‘nation state’ (negara bangsa) dan nasionalisma bangsa
masing-masing.
Penulis cukup berkeyakinan tinggi bahawa Ummah
sekiranya bersatu mampu menjadi kuasa besar dunia. Keyakinan ini berdasarkan kekuatan
‘aqidah dan sumber kekayaan ekonomi Ummah. Ummah mempunyai kemampuan memimpin dunia
kerana prinsip ‘aqidah dan akhlaq Islam adalah selaras dengan kehendak hak-hak asasi
manusia yang akan membawa dunia ke arah keamanan dan keadilan sejagat. Isu kemiskinan di
dunia ketiga tidak akan timbul lagi kerana dunia dipacu oleh ideologi utama ‘Islam’
yang sangat adil tanpa mengambil kira bangsa, kedudukan, ataupun warna kulit pasti akan
dapat memastikan pengagihan ekonomi dunia yang adil. Seterusnya isu penghapusan dan
pembersihan etnik tidak akan berlaku lagi kerana kuasa besar Islam akan menghalangnya
tanpa mengambil kira fahaman dan agama mana-mana pihak yang bertelagah.
Realiti sekarang didapati bahawa sumber kekayaan
bumi dunia kebanyakkannya berada di dunia Umat Islam terutamanya bahan api terpenting;
petroleum. Kesan dari kesatuan Ummah, barat tidak mungkin lagi dapat mempermainkan
mana-mana negara Ummah kerana Ummah secara kolisi mampu memboikot ekonomi barat dengan
menghentikan eksport petroleum dan import barangan mereka. Penulis yakin kalau tidak
mampu mencapai status negara maju pun, setidak-tidaknya tidak wujud lagi negara Ummah
yang berada dalam kategori negara mundur. Ini adalah hasil daripada jikalau berlakunya
pertukaran perdagangan yang maksima di antara negara- negara Ummah kerana Ummah
mempunyai pasaran yang luas serta bilangan pengguna yang amat besar. Impian bekas PM
Turki, Prof. Najmuddin Erbakan mengenai D8 (Negara Membangun 8) yang tergendala perlu
diteruskan kerana dengannya Ummah dapat berkongsi kepakaran masing-masing demi memajukan
semua pihak. Penulis berpendapat negara Ummah akan dapat mencipta senjata berat sendiri
bagi kegunaan Ummah apabila mendapat kepakaran dan pengalaman dari Pakistan, Turki, dan
Iran.
Malaysia mampu memimpin Ummah di masa hadapan
sebagaimana harapan yang diamanahkan kepada PAS baru-baru ini untuk menjadi orang tengah
bagi menyatukan parti-parti dan badan-badan Islam Indonesia. Sebagai permulaan ke arah
kesatuan Ummah, cadangan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk menghantar sukarelawan ke Palestin
amat dialu-alukan. Umat Islam Malaysia harus menyokong cadangan itu atas dasar ukhuwwah
Islam di mana penulis menyarankan khususnya kepada pemuda agar membuat persiapan untuk
sama-sama berjihad di Palestin. Sebagai contoh, para pemuda bolehlah memasuki latihan
askar Wataniah bagi membiasakan diri dengan suasana dan pengalaman minima mengenai
peperangan. Sudah sampai masanya seruan jihad ditiupkan kerana yakinlah semua, isu
Palestin hanya akan dapat diselesaikan melalui jihad membebaskannya dari regim zionis.
Amat sedihlah jika masih terdapat pihak yang mengharapkan penyelesaian melalui meja
perundingan kerana percayalah yahudi yang menganut fahaman zionis itu sama sekali tidak
akan mematuhi mana-mana perjanjian yang dimeterainya.
Sedar ataupun buat-buat tidak sedar, kita Umat
Islam di Malaysia adalah sebahagian dari penyumbang tetap bantuan harian kepada regim
zionis untuk membunuh saudara kita di sana. Satu perkara yang mudah kita lakukan yang
mana ia merupakan kejayaan yang gemilang sekiranya kita semua di rantau ini dapat
berhenti merokok demi mengurangkan pendapatan regim zionis dan dalam masa yang sama
kepada regim BN. Duit habuan pembelian rokok itu boleh dikumpulkan dalam satu tabung
untuk disalurkan ke mana-mana tabung bantuan Muslim Palestin seperti anjuran Harakah
ataupun JIM.
Kita sering mendengar retorik ‘masa depan adalah
untuk Islam’ tetapi siapakah lagi yang diharap dapat mengotakannya melainkan kita
sendiri. Tidakkah Malaysia Boleh!?
Asrul Mujahed Abd Jalil ( Abu Mujahed)
Jabatan
Sains Politik UIA,
Gombak, KL.
013-4352712