BA PERLU STRATEGI
Tiap2 hari kita disogok dengan macam2 berita
yang dihidangkan oleh mesin2 propaganda UMNO/BN. Berita2 yang ternyata berat sebelah dan
lebih memburuk burukkan BA. Kalau boleh mesin2 propaganda ini nak cari peluang nak
melaga lagakan parti2 di bawah BA atau memburuk burukkan pemimpin2 BA. Cerita2 buruk
mengenai UMNO/BN, sorrylah nak keluar. Asyik kita dihidangkan berita2 yang sengaja nak
menonjolkan imej PM.
Ternyata Mahathir dan puak2 nya telah mengkontrol
habis media2 massa sehingga organ2 penting ini menjadi 'mouthpiece' untuk mereka.
Sebelum pilihanraya yang lalu kita telah menyaksikan bagaimana puak2 ini telah
menyalahgunakan media2 massa untuk propaganda2 mereka. Sungguh kotor dan menjijikkan,
tanpa segan silu macam2 fitnah direka dan disiarkan. Macam dah tahu, PM sendiri telah
mengakui sebelum pilihanraya lagi bahawa pilihanraya kali ini ialah yang paling kotor
sekali.
Tapi walaupun organ penting untuk saluran maklumat ini milik mereka,
keputusan pilihanraya jelas membuktikan bahawa majoriti rakyat telah menolak UMNO/BN.
Hanya pengundi2 Cina sahaja yang terpedaya dengan tipu helah propaganda UMNO/BN semasa
pilihanraya yang lalu. Yang jelas usaha keras pihak BA melalui ceramah2 telah mempunyai
kesan positif pada pengundi2 Melayu tapi kurang berhasil pada pengundi2 Cina.
Jangan
takut, jangan gentar, telah terbukti bahawa walaupun UMNO/BN mengkontrol media2 massa,
BA masih lagi berupaya menembusi kubu2 UMNO/BN. Lihat saja Terengganu, siapa sangka
hampir disapu bersih oleh BA walaupun mesin2 propaganda UMNO/BN ketika itu menabur
bermacam2 fitnah? Siri2 penerangan oleh BA perlu diteruskan. Bukan sahaja di bandar2
tapi di kampong2. Yang mampu, perlu berkorban sikit dengan membeli dan mengedarkan
kaset2 ceramah oleh pemimpin2 BA.
Kaset2 ceramah oleh Ezam, Azmin, Zulkifli Nordin,
Mohd Sabu, Mahfuz, Saifuddin, Zahid, Fadil Nor, Ustaz Hadi, semuanya menarik belaka yang
mengandungi banyak maklumat2 yang kita tak boleh dapat di mana2. Belilah lebih untuk
diedarkan dan edarkan pada sanak saudara di kampong. Yang mampu, perlu berkorban sikit
dengan mencetak dan mengedarkan risalah2 dari internet. Usaha2 ini perlu diteruskan.
Pengundi2
Cina perlu didekati. Bukan setakat di bandar2 sahaja tapi juga di kampong2 baru. Mereka
perlu diberi maklumat sebenar mengenai usaha2 yang dilakukan oleh BA khususnya di antara
DAP dan PAS. Buat masa ini tumpuan hanya diberi kepada pengundi2 Islam sahaja manakala
tidak banyak usaha2 dilakukan bagi pengundi2 Cina. BA perlu bekerja lebih keras lagi
untuk menyalurkan maklumat2 kepada pengundi2 Cina. Yang penting ialah menyakinkan
pengundi2 Cina bahawa BA mampu bersatu tenaga dan jika diberi peluang, mampu mentadbir
dengan jaminan stabiliti dan keharmonian akan wujud dan peluang2 berniaga terbuka luas
dan tidak tergugat. Isu PAS sebagai parti ektremis Islam sudah pasti akan dieksploit
oleh UMNO/BN seperti apa yang berlaku sebelum pilihanraya yang lalu.
Yakinlah, BA
boleh! Telah terbukti walaupun UMNO/BN mengkontrol media2 massa khususnya stesen2 TV dan
dengan kemudahan2 yang ada pada BA terhad, banyak kerusi UMNO telah tumbang. Tingkatkan
usaha. Kalau semua memainkan peranan, BA pasti boleh dan UMNO/BN akan tumbang juga!
Ramai yang telah berhijrah dari UMNO dan tidak akan kembali semula ke UMNO. Yang
penting, pengundi2 Cina perlu diyakinkan bahawa BA boleh bergabung tenaga dan mampu
memerintah dengan adil dan saksama.
BEKAS UMNO