Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

RAKYAT TERENGGANU: TERIMALAH EHSAN, TAPI PANGKAHLAH BULAN!

Sebagai rakyat Malaysia yang berpendidikan dan boleh berfikir dengan waras dan rasional, amatlah dikesalkan akan satu lagi sandiwara KERAjaan Persekutuan. Ia itu menukarnama "Wang Royalti" kepada "Wang Ehsan" sejumlah wang yang dipersetujui diberikan oleh PETRONAS kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Yang dihairan kenapa nama "Wang Royalti" ini ditukar kepada "Wang Ehsan" sebaik sahaja Kerajaan Negeri Terengganu diterajui oleh PAS yang menjadi pilihan rakyat Terengganu semasa Pilihan Raya Umum yang lalu. Mengapa nama ini tidak ditukar sepanjang lebih 20 tahun KERAjaan UM NO memerintah negeri Terengganu?.

Orang bangang, orang bodoh, orang gila, orang tak siuman sekalipun boleh faham bahawa penukaran ini adalah merupakan helah yang bermotif politik oleh KERAjaan UM NO. Selama 20 tahun memerintah KERAjaan UM NO yang memerintah negeri Terengganu menerima "Wang Royalti" ini tanpa dipersoalkan oleh Kerajaan Persekutuan. Tetapi lihatlah apa yang telah dibuat oleh KERAjaan UM NO Negeri Terengganu dengan hasil "Wang Royalti" yang mereka terima sepanjang tempoh pemerintahan mereka. Rakyat negeri Terengganu tetap MISKIN dan terus MISKIN dan susah. Yang senang adalah kroni-knoni KERAjaan UM NO ini. Menurut Tuan Haji Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu, "Wang Royalti" yang diterima oleh KERAjaan UM NO digunakan untuk melangani perempuan, arak, judi dan rahsuah !. Inilah hakikatnya dasar pemerintahan KERAjaan UM NO yang diterajui oleh Ular-Mak. Cakap tentang Islam berdegar-degar, penghayatannya habukpun tarak !.

Syabas kepada Kerajaan Terengganu pimpinan YAB Tuan Haji Abdul Hadi Awang yang khabarnya tidak akan membawa perkara ini ke mahkamah. Apakah jaminan kes ini akan menyebelahi Kerajaan PAS Terengganu sekiranya mahkamah negara ini sendiri diterajui oleh perasuah-perasuah seperti Ketua Hakim Negara !. Apakah jaminan kes ini akan menyebelahi Kerajaan PAS Terengganu sekiranya bukti-bukti boleh direkacipta sepertimana kes Dato' Seri Anwar Ibrahim !. Sedangkan yang berjanji adalah Kerajaan Negeri dengan PETRONAS, sebaliknya yang sibuk dan menyibuk ialah orang-orang yang tiada kaitan dengan perjanjian itu. KERAjaan Persekutuan sekiranya mengikut dokumen perjajian yang telah diklasifikasikan sebagai tidak sulit itu, tidak mempunyai hak langsung untuk mempertikaikan hak Kerajaan Negeri yang termaktub dalam perjanjian. Inilah yang dikatakan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Tapi walaupun hidung Mahathir@Mahafiraun itu tak mancung tapi SAIZnya memang besar !. Inilah yang dikatakan oleh Zulnar "Kerana Hidung". Memanglah orang ini tak tahu malu langsung !.

Bagaimanapun demi rakyat Terengganu, saya sarankan terimalah sahaja segala peruntukan yang diberikan melalui Wang Ehsan oleh Kerajaan Persekutuan itu, walaupun sumbangan wang ehsan ini jelas bermotif politik untuk mempengaruhi rakyat negeri Terengganu supaya memilih UMNO dan BN pada pilihanraya akan datang. Kepada BPR jangan lupa tenggok-tengoklah cara pembayaran "Wang Ehsan" yang akan disalurkan kepada JPP (Jabatan Penceroboh Persekutuan) dan JKKK (Jawatankuasa Kuching Kurap). Inilah yang dikatakan parti lain (PAS) yang menang, parti yang kalah ( UMNO ) pula yang memerintah - tak malu !. Bila sampai 2004 nanti pastikan pilihan anda tetap PAS. Sekali ini tentukan tidak ada satu kerusipun terlepas untuk UM NO !. Selepas itu kita lihat pula "Wang Ehsan" ini akan ditukar kepada entah "Wang APA ?" pula.

habibu@hangjebat.com  

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter