Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

DAPAT SEHELAI KAIN, RUGI BERKODI..... BODOHNYA PENYOKONG AMENO

Telah berkali-kali pihak Barisan Alternatif mengingatkan rakyat terutamanya ahli Ameno totok supaya berhati-hati membuat pilihan dalam menentukan kerajaan dalam pemilu yang lalu. Bagi yang menghadiri ceramah dan mengambil tahu dari akhbar pembangkang, sikit sebanyak mereka mengambil panduan dan melakukan perubahan untuk kesejahteraan rakyat.

Ternyata rakyat Terengganu yang terkehadapan membungkus dan mengnyahkan kelompok pengkhianat kepada bangsa Melayu. Mereka menggunakan pengalaman Kelantan dalam mengajar golongan Assabiyah yang sungguh taksub dan menghamba diri kepada Mahathir, lalu menjadikan mereka golongan buta dalam celik dan pekak tuli walaupun telinganya sempurna.    

Kita telah belajar dari pengalaman lampau yang menyaksikan pembohongan dan janji munafik yang diumpan kepada ahli Ameno semasa kempen pemilu. Pihak Barisan Alternatif telahpun membayangkan akan langkah kenaikan harga barangan yang pasti berlaku, kerana memang dasar kerajaan BN yang bukan membela rakyat, tetapi MEMBELAKANGKAN RAKYAT. Mereka sanggup menggunakan amanah rakyat untuk menyalahguna kuasa dan wang rakyat untuk menyelamat sekerat dua makhluk hina keturunan kroni dari kebajikan rakyat marhaen teramai termasuklah ahli Ameno yang rata-ratanya miskin dan susah (memang pimpinan suka ianya berlarutan...supaya boleh diugut dan diumpan). 

Lalu atas alasan KERAjaan tak mampu menanggung beban subsidi minyak, ianya ditarik balik dengan ugutan kepada peniaga supaya tak menaikkan harga barangan. Lalu terjadilah seperti apa yang kita semua tanggung sekarang- dibebankan dengan harga barang yang meroket naiknya!!! 

Seluruh rakyat terkena dan dianiaya...termasuklah penyokong totok Ameno yang mengatakan dan percaya bahawa hanya Ameno saja yang boleh memakmurkan rakyat. Ahli Ameno yang bermati-matian membela pemimpin puaka dan pengkhianat itu juga akhirnya ditipu bontang hidup-hidup macam pariah saja layaknya nilai diri mereka kepada pemimpin Brahma yang diketuai mamak Kerala itu.    

Kita kini menyaksikan fenomena lompatan harga barangan sebagai tanda TERIMA KASIH kerajaan BN yang ditunjangi oleh Ameno kepada rakyat yang memilihnya demi 'kesenangan' dunia. Kini ahli totok Ameno bolehlah menjaja ke seluruh negara dengan berhujah bahawa kita kini dilimpahi berkat dan keperihatinan KERAjaan Pengkhianat Melayu (PM) dan mungkin dapat pula memulihkan pandangan orang Melayu terhadap Ameno. Sekaligus boleh mempercepatkan pencennya Pedukang Mamak kerana berhasil menarik ramai golongan muda!!!!!(alamat mati beraganlah Bedollah Badawi).    

Bagi golongan pembangkang (BA), terpaksa menerima keadaan ekonomi yang menekan ini. Kita merungut atas keterpaksaan berbelanja pada harga yang tinggi (daya beli kita menjunam)- kerana kita memang dizalimi oleh KERAjaan yang memang kita cuba tolak dalam pemilu lalu. Yang peliknya..ahli parti mereka yang menyokong bagai nak rak pun terkena kezaliman yang sama!!!!... KUNUN MENYOKONG AMENO demi untuk kesenangan dunia- SENANG KEPALA OTAK MEREKA!!!!Lihatlah begitu mudah mereka diperbodohkan oleh Brahmin parti dengan umpan yang tak seberapa.....SEHELAI KAIN PELIKAT DAN RM50 cuma!!!    

Penulis ingatkan Ahli Ameno dapat menikmati keuntungan duniawi yang MAHA HEBAT bila berjaya menobatkan Ameno dengan undi nonbumi seperti potongan harga minyak, barangan runcit atau bil utiliti apabila mengemukakan kad keahlian Ameno! Rupa-rupanya yilek pochit...habuk pun tak ada!!!! Senasib dengan rakyat lain, minyak pada RM1.20 seliter dan juga harga barang yang mencengkam!!! Tahniah ahli Ameno!!!(hakikatnya ahli Ameno lah golongan yang susah dan miskin, terkecuali anak Mahathir dan para kroni) Ini menjadikan kehidupan seharian lebih terhimpit dan papa.    

Atas nama menjaga 'kepentingan' rakyat, subsidi minyak bernilai 3 bilion untuk kebajikan 22 juta rakyat dikira amat berat dan membebankan! Sedang dalam masa yang sama ia membalun duit rakyat untuk selamatkan Halim Saad dalam skandal Phillipine Steel bernilai 6 bilion tak membebankan!!! Bagaimana boleh dibailout sedang dalam tempoh yang sama dia juga membeli 'TIME engineering'. Pelik rasanya, tak bankrap-bankrap cara perniagaan mereka yang sentiasa dirundung kerugian!! Walhalnya kalau rakyat marhaen termasuk ahli Ameno tentu saja diburu pihak bank atau ditarik kereta mereka kalau hutang tak berbayar......NASIBLAH!!!! Laungkanlah...HIDUP AMENO, HIDUP MAHATHIR ...YANG MAMPUSNYA KAMU.....WAHAI PENJILAT DAN PEMBARUA AMENO.    

Penulis baru pulang dari menziarahi keluarga di Utara, negeri Indera Kayangan. Ini merupakan kawasan nelayan yang majoritinya Melayu dan di bawah DUN yang dimenangi Ameno, wakil bernama Bakar Saad. Beberapa permasalahan ujud tetapi tak ditangani dengan baik dan sempurna. Terdapat satu titi kecil yang menghubungi dua kampong yang sangat uzur dan menunggu mangsa saja!! Itu adalah ungkapan nelayan tua yang hidupnya kais pagi makan pagi. Aduan telah dibuat beberapa kali dan kununnya sukatan juga telah dilakukan, namun tinggal begitu saja 'jerat' yang menanti habuannya. Mungkin kerajaan negeri tunggu ada kematian barulah tindakan diambil! Penulis juga mendengar keluhan bagaimana pihak jeti kawalan LKIM yang mengenakan caj sewaan tapak tong ikan yang amat keterlaluan!! Dari keadaan percuma, kini ia dikenakan RM10.00 dua kali sehari. Bila diajukan masalah tersebut ke pihak atasan, alasannya arahan Kementerian......oh! Begitu rupanya mereka membalas budi kepada kepercayaan rakyat memberi kuasa memerintah!! Sudahlah mereka dibebani cukai lain yang entah apa-apa, kini kena pula cukai baru!! Hasilnya beberapa orang golongan pemuda mula berjinak dengan parti Alternatif termasuklah adik saudara penulis sendiri (tentu saja penulis juga menerangkan kepada mereka akan perkembangan semasa)

Begitu jualah rakyat marhaen di tempat lain, tanpa kecuali semuanya terkena dan terhimpit oleh kebobrokan sistem dan agenda menganiaya rakyat termasuk ahli Ameno totok. Mereka in hanya tahu memperjuangkan perut dan bawah perut mereka saja. Yang lain-lain bagi mereka hanyalah GOYEM (meminjam istilah Yahudi) yang boleh dipergunakan mereka dalam melaksanakan hasrat dan niat jahat mereka. Kejahatan mereka ini melampaui batasan bahkan membalun ahli parti sendiri.    Marilah kita selamatkan Malaysia dari kelompok Pengkhianat ini!!!!  

DR NOLOGARENG  

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter