Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

STRATEGI PENERANGAN UMNO

Dalam satu mesyuarat jawatankuasa UMNO untuk memikirkan strategi2 penerangan yang dipengerusikan oleh Mustapha (Tok Pa), difahamkan Azalina Othman, seorang peguam dan ahli majlis tertinggi UMNO telah memberi pendapatnya berhubung dengan kes DSAI. Mengikut beliau, dari segi undang2, kes perbicaraan DSAI sepatutnya dibuang dalam bakul sampah. Beliau berpendapat kes ini tak boleh digunakan dalam sesi2 penerangan kepada ahli2. Sudah pasti ahli2 lagi meluat jika mendengar penerangan2 berhubung dengan kes ini.
Maka Tok Pa pun membawa keputusan mesyuarat jawatankuasa tersebut ke mesyuarat MKT dan setelah mendengar penerangan dari Tok Pa, presiden parti pun mengarahkan Khalil Yaakub supaya mengeluarkan kenyataan menyeru pemimpin2 UMNo spaya jangan menyentuh bab perbicaraan DSAI dalam sesi2 penerangan UMNO.

Pelik betul arahan ini. Bukankah presiden parti sendiri yang berkata beliau mempunyai bukti2 kukuh? Bukankah mahkamah dah menjatuhkan hukuman 15 tahun terhadap DSAI? Ahli2 sudah tentu nak tahu apa pasal hukuman seberat ini dikenakan. Apa bukti2nya, mana bukti2 kukuh dan mengapa presiden parti yang menjaja cerita ini ke sana ke sini enggan pergi ke mahkamah walaupun sapina telah dikeluarkan? Soalan2 pun telah dibocorkan tapi saksi penting, presiden parti yang bertindak mendahului perbicaraan dengan menghukum DSAI awal2 lagi, enggan ke mahkamah. Sebelum tu, beliau berlakon di New York apabila ditanya oleh wartawan2 asing kononnya jika dipanggil, beliau akan pergi ke mahkamah. Sampai masa dipanggil, macam2 helah diberinya. Mengapa takut sangat berdepan dengan ahli2 dengan isu ini?  Pemimpin2 UMNO sendiri tak yakin dengan kes ini. Pemimpin2 UMNO sendiri tak yakin dengan segala pertuduhan terhadap DSAI. Ahli2 pun tak yakin. Memang DSAI telah dianiayai dan dizalimi. Jika isu ni tidak ditangani dengan baik, jangan haraplah ahli2 UMNO nak terus menyokong UMNO.

Jangan fikir dengan mengelak dari memberi penerangan mengenai kes ini, ahli2 boleh lupa. Kes ni dan perbicaraannya yang penuh drama masih segar bugar di kepala ahli2. Maklumlah pada satu ketika dulu presiden parti sendiri berkata kes ni kes fitnah, maka kes ditutup tapi tak lama selepas tu, beliau sendiri yang membangkitkan isu tersebut, kononnya kali ni beliau mempunyai bukti2 kukuh. Sekejap tak ada sekejap ada! Lepas tu, dalam perhimpunan UMNO dengan penuh aksi dan drama, dihentamnya DSAI dan boleh berkata besar pula bahawa isu DSAI dah pun  tamat! Bukan tamat, isu DSAI lagi bertambah hot dan ahli2 pun bertambah hot menunggu nunggu mana dia bukti2 kukuh yang disebut oleh presiden parti. Ramai ahli yang mengaku tak mahu menyentuh perkara ini kerana tak mahu bersubahat, tak mahu menanggung dosa tapi rakyat tak henti2 dihidangkan dengan kenyataan2 presiden parti, baik di dalam atau di luar negeri, yang degil dan kepala batu.

Ahli2 UMNO pun sekarang menunjukkan kebimbangan dengan perkembangan2 yang berlaku, kemungkinan besar keselamatan DSAI dalam bahaya. Apa yang boleh menghentikan tindakan zalim pihak2 ini sehingga DSAI boleh terbunuh dalam tahanan secara misteri?? Jika ini berlaku, punahlah UMNO. Gerenti UMNO hancur.  Satu dunia sedang memerhati negara kita sekarang dan jika ini berlaku, berilah apa sebab sekali pun, jangan harap dunia akan berdiam diri! The entire world will come after us!

Disebabkan nila setitik yang dicurahkan oleh presiden parti dan para2 juaknya, hancur UMNO dibuatnya. UMNO sekarang dihimpit dengan bermacam macam isu....angkara presiden parti dan para2 juaknya. Kerana dah teruk sangat amat susah sekarang  nak mengembalikan keyakinan ahli2 dan rakyat terhadap UMNO.


BEKAS UMNO

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter