Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Sifat Dakwah Dan Pendakwah -Siri 7

Adapun sifat dakwah dan pendakwah seterusnya yang perlu ada pada diri seseorang Islam itu ialah: Berpada-pada dengan Kesenangan Dunia dan Reda dengan Harta Yang HALAL Walaupun Sedikit.

Mubaligh yang menyintai dunia akan mendorong orang lain supaya menyintai dunia seperti dirinya. Apabila keadaan ini berlaku, maka dia akan menjadi PEROSAK dunia, bukannya orang yang membaikinya. Jelasnya, bukanlah orang yang menjadi penyeru kepada Allah.

Berkata Sufyan al-Thauri: "Orang alim itu doktor umat dan harta itu penyakitnya. Sekiranya dia mengambil penyakit untuk dirinya, maka bagaimanalah dia dapat mengubati orang lain ?".

Tinggi rendah kedudukan ulama di mata orang adalah terletak pada Sifat Berpada-pada yang ada pada dirinya dan sikap berpada-padanya dengan dunia ini, begitu pandangan orang ramai terhadap nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikannya kepada mereka, sama ada mereka menerima atau menolaknya; mempercayainya atau sebaliknya.

Dalam senario di Malaysia sekarang ini kita lihat sahajalah gambaran seperti gambar di atas. Lihatlah bagaimana Mahathir@Mahafiraun ini dengan rakusnya menggunakan wang rakyat demi kepentingan dirinya, keluarganya dan kroni-kroninya. Lihatlah bagaimana Mahligainya di Putra Jaya yang pada mulanya didakwanya bukan rumah yang dibina untuk dirinya tetapi mendakwa bahawa rumah tersebut yang bernilai lebih 200 juta adalah dirancang dan dibina untuk Sdr. Anwar Ibarahim. Ini kerana katanya bilangan bilik yang terdapat adalah bertepatan dengan bilangan anak Sdr. Anwar. (hujah macam budak sekolah tadika). Tetapi betapa jeliknya dan pengecutnya pemimpin ini bercakap apabila hanya Sdr. Anwar Ibrahim dipenjarakannya. Cakap mahligai itu untuk Sdr Anwar Ibrahim, tetapi persoalan kita mengapa beliau sendiri yang tak sempat-sempat dan terhegeh-hegeh menghuninya ? (cakap tak serupa bikin). Demikianlah orang yang mendakwa dirinya Islam, tetapi tiada penghayatan Islam dalam dirinya. Sifat dakwah dan pendakwah iaitu berpada-pada dengan kesenangan dunia dan reda dengan harta yang HALAL walaupun sedikit tidak ada dalam diri Mahathir@Mahafiraun ini.

Tak tahulah kita entah berapa biji rumah, entah berapa luas tanah, entah berapa banyak wang yang dipunyai oleh Mahathir@Mahafiraun ini di Malaysia dan di Luar Negara. Manusia keparat ini mendabik dada memperjuang dan membela rakyat dengan moto Barisan Najisnya "Tradisi Membela Rakyat", sebaliknya lihatlah anda semua rakyat biasa tetap hidup melarat seperti biasa sedangkan negara Malaysia ini sudah merdeka lebih daripada 43 tahun, yang kaya raya ialah segelintir Melayu BaruA yang menjadi kroni-kroninya dan anak-anaknya yang mempunyai empayar perniagaan dilangit, dilaut dan didaratan dengan berbekalkan kepakaran "daddykasi". Akibat tiada ketokohan dan kepakaran dalam menguruskan perniagaan maka satu demi satu anak-anaknya dan kroni-kroninya menanggung kerugian dan tanpa segan dan silu Mahathir@Mahafiraun ini secara HARAM memaksa PETRONAS milik rakyat ini membail-out anak-anak dan kroni-kroninya daripada bankerap. Maka moto "Tradisi Membela Rakyat" ini ada baiknya ditukar kepada "Tradisi Membohongi Rakyat".... dulu, kini dan selama-lamanya !.

Maka sedarlah wahai rakyat Malaysia baik Melayu atau Bukan Melayu hentikanlah sokongan anda kepada Mahathir@Mahafiraun dan KERAjaan BN (Barisan Najis) dan KERAjaan UM NO (Untuk Melayu Negara Orang) ini. Insyallah Undur Mahathir Negara Ok !. KeADILan PASti tertegak apabila ke ZALIMan kita tumbang dan hancurkan.

Lihat pula gambar di sebelahnya. Ia adalah gambar rumah YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Lihatlah betapa ulama ini bukan sahaja menyampaikan dakwah Islamiah malah menghayati tuntutan Islam. Beliau mempunyai sifat berpada-pada dengan kesenangan dunia dan reda dengan harta yang halal walaupun sedikit. Saya kira ada diantara kita yang mempunyai rumah yang lebih elok daripada rumah Menteri Besar Kelantan ini. Kalau kita selidiki harta yang dimiliki oleh seorang Ketua Cawangan UMNO malah Pengerusi JKKK (Jawatan Kuasa Kuching Kurap) belaan KERAjaan UM NO di kampung-kampung sekalipun kita akan dapati bahawa mereka ini ternyata mempunya rumah dan harta lebih mewah lagi dari seorang Ulama yang berjawatan Menteri Besar ini. Tetapi kalau kita selidiki lebih dalam lagi tentu kita akan dapati bahawa harta sesetengah Ketua Cawangan KERAjaan UM NO dan Jawatan Kuasa Kuching Kurap KERAjaan UM NO ini datang dari sumber yang HARAM !.

Jadi bagaimanakah hendak kita harapkan mereka-mereka ini memperjuangkan dan menegakkan syariat Islam jika pemimpin-pemimpin yang ada ini tidak dapat menghayati ilmu dan tuntutan Islam itu sendiri. Macamana Mahathir@Mahafiraun hendak mendakwahkan rakyat negara ini supaya menutup aurat seperti yang dituntut dan wajibkan oleh agama Islam sedangkan isteri dan anak-anaknya tidak menutup aurat !. Bagaimanakah Mahathir@Mahafiraun hendak mendakwahkan supaya rakyat negara ini supaya jangan rahsuah seperti yang dianjurkan oleh agama Islam sedangkan dirinya sendiri, anak-anaknya dan kroni-kroninya berleluasa menerima dan memberi rahsuah !. Tidakkah ini ibarat ketam mengajar anaknya supaya berjalan betul sedangkan dianya sendiri berjalan tidak betul.

Insyallah Undur Mahathir Negara Ok !. KeADILan PASti tertegak apabila ke ZALIMan kita hancurkan.

Seruan:   

"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong UMNO kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah kamu yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".

Membangun Bersama Islam : Allahuakbar !...Allahuakbar !...Allahuakbar !...

habibu@hangjebat.com

 

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter