SIAPA YANG MENDERHAKA?
Wah! Raya sakan pemimpin2 BN khususnya UMNO menghentam Ezam. Macam2 tuduhan yang
dilaporkan secara meluas dalam media media massa milik BN/UMNO. Kononnya, Ezam penderhaka
nak sabotaj negara.
Piirah! Dengan berbuat demikian, mereka tak sedar bahawa mereka
telah mendedahkan tembelang. Selama ni asyik berkata negara menikmati banyak pelaburan
dari luar dan pelabur2 asing suka melabur di sini. Cerita2 ni dihebohkan tapi sekarang,
rakyat sedar apa yang dikatakan selama ini bohong belaka.
Rupa2nya pelaburan dari luar
dah merosot. Pelabur2 asing samada dah cabut, pindah ke negara2 lain atau langsung tak
pandang negara ini. Bill Gates dengar khabar pun tak jadi membuka pejabatnya di sini
walaupun puaslah PM cuba menarik beliau. Apabila Bill Gates membuka pejabatnya di
Singapura, ini merupakan satu tamparan kepada projek MSC. Bill Gates pun tak yakin dengan
negara ini.
Manakan tidak, satu dunia dulu mengikuti perbicaraan DSAI dan setelah
melihat bagaimana undang2 diperleceh, sistem kehakiman diliwat habis oleh pihak2 tertentu
yang berkuasa dan kejadian pendakwaan terpilih berlaku secara berleluasa, pelabur mana
yang tak gerun?Yang terbaru, kes royalti minyak di mana perjanjian pun tidak dihormati.
Pelabur2
asing bila tengok ni semua, semua takut, semua bimbang. Boleh percayakah undang2 di
Malaysia? Selamatkah pelaburan2 mereka? Yang nyata iklim pelaburan di negara ini bukan
sahaja tidak menarik tapi kurang selamat sekarang. Macam2 boleh berlaku.
Jangan ingat
tindakan Ezamlah yang membuat pelabur2 takut nak melabur di sini. Tak perlu Ezam membuat
penerangan diseluruh dunia kerana semenjak pemecatan DSAI dan episod2 yang berlaku, satu
dunia memerhati perkembangan politik di negara ini sehingga stesen TV di Australia pun
boleh membuat satu dokumentari. Jika dokumentari ini disiar diseluruh dunia, jawabnya
habislah pelabur2 Islam dan bukan Islam dari negara2 luar tidak yakin nak melabur di sini.
Wahai
pemimpin2 UMNO dan BN, dengan keterangan2 seperti di atas, siapa punya angkara yang
membuat pelabur2 asing tidak mahu melabur di sini? Siapa sebenarnya yang membuat pelabur2
asing lari atau takut nak melabur disini? Sudah lama kita saksikan di mana tuduhan2 asyik
dilemparkan kepada pihak2 lain tapi orang yang betul2 bermasalah dan menimbulkan masalah
demi masalah langsung tak mahu mengaku kesilapan2nya. Bukankah orang berkenaan sekarang
menjadi liabiliti kepada negara? Selagi ia berkuasa, jangan haraplah pelabur2 asing nak
melabur di sini.
Fikirlah secara rasional dan bijak jika kita mahu ekonomi negara terus
pulih dan berkembang. Risikonya terlalu tinggi jika kita membenarkan orang berkenaan terus
berkuasa. Malap masa depan negara dan jika kita benar2 sayangkan negara, lakukanlah
sesuatu dengan segera. Jangan perjudikan masa depan negara!
Kita tak mahu nanti kerana
terdesak nak tarik pelaburan2 asing, habis syarat2 dilonggarkan dan kepentingan2 negara
tergadai. Sambil itu, mesin2 propaganda akan memutar belit fakta2 dan cuba mengaburi mata
rakyat. Hutang negara pun dah meningkat. Silap2 negara menuju ke arah BENGKRAP! Ahli2
parlimen BA patut menyuarakan kebimbangan ini di dalam parlimen.
RAKYAT PRIHATIN