DEMONSTRASI 40 TAHUN ISA
(PAS
ketandusan ahli demonstrasi)
Seperti yang disiarkan Harakah, satu demonstrasi
sempena membantah ISA yang sudah berumur 40 tahun akan diadakan dihadapan pusat tahanan
ISA Kemunting pada hari Ahad 29/11/2000 bermula jam 9.00 pagi yang dianjurkan oleh
SUARAM. Selepas itu pula akan diadakan forum ISA yang menampilkan bekas tahanan ISA
sebagai ahli panel iaitu Lim Guan Eng, Mahfuz Omar, Roslan Kasim, Dr. Syed Husin Ali,
Dr. Nasir Hsahim, Dr. Kua Kia Siong, Irene Xavier dan Koh Swee Yong.
Ahli-ahli
PAS adalah diseru untuk sama-sama berdemonstrasi. Persoalannya ramaikah ahli PAS yang
akan hadir memberi sokongan. Jika siri demonstrasi anjuran PAS sebelum ini boleh
dijadikan ukuran, sokongan amatlah tidak memuaskan seperti semasa demonstrasi berkenaan
permit Harakah dan juga yang terbaru demonstrasi membantah keganasan Israil yang
kehadiran ahli PAS bagi saya agak memalukan walaupun dimaklumkan ada arahan lisan dari
Pusat ke negeri, negeri ke kawasan dan kawasan ke cawangan dan seterusnya kepada semua
ahli Pemuda supaya turun beramai-ramai.
Adakah benar tanggapan PAS ketandusan
ahli demonstrasi. Mungkin juga keadaan tersebut berlaku kerana tanggapan sesetengah ahli
PAS yang mendakwa demonstrasi tidak syarie. Jika demonstrasi diijtihad tidak syarie,
dengan kaedah yang sama pastinya demokrasi dan pilihanraya adalah lebih lagi tidak
syarie. Yang nyatanya YAB Tuan Guru Nik Aziz menyatakan ianya harus sambil mengkelaskan
ibadat Haji juga sebagai satu bentuk demonstrasi.
Ataupun mungkin benar pandangan
Man Kasut, sahabat dari Taiping yang mengatakan mungkin terdapat komunikasi 'breakdown'.
Mungkin arahan tersebut hanya sampai kepada "ahli mengaji bukan kepada ahli
demonstrasi."
Pada saya tidak mungkin PAS ketandusan ahli demonstrasi
memandangkan dulu PAS cukup aktif berdemonstrasi terutamanya semasa semangat Revolusi
Iran sedang hangat (mungkin Ust. Mukhlis lebih arif.) Juga ramai bekar pimpinan PMI
universiti yang dulu sangat aktif berdemo juga ahli PAS. Atau mungkin mereka-mereka ini
sedang lena??? Saya amat yakin jika disuntuk semangat baru mereka ini pasti akan bangkit
kembali dengan semangat lebih kuat.
Oleh itu amat perlu diujudkan rangkaian 'ahli
demo PAS' dengan kaedah komunikasi yang cekap dan berkesan. Cadangan saya elok ianya
dipengerusikan oleh Sdr. Muhaimin Sulam yang baru-baru ini menulis sebuah buku
berdasarkan pengalaman beliau ditahan dalam operasi Black-14. Setiausahanya mungkin
boleh diberikan kepada Sdr. A Yazid Alias yang baru-baru ini dutahan bersama 4 rakan
kerana menaikkan banner "UNDUR MAHATHIR" di UIA.
Apapun marilah kita
terutama ahli demo PAS bersama-sama berdemo di sana pada tarikh tersebut untuk membantah
ISA dan dalam masa yang sama membuktikan PAS tidak pernah ketandusan AHLI DEMO
Yem
Jln Terusan.