Sifat Dakwah Dan
Pendakwah - Siri 6
Akhirnya rakyat Selangor terpaksa melacurkan
maruah dan harta kepada Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dengan keputusan rasmi kabinet
untuk mengistiharkan PUTRAJAYA sebagai Wilayah Persekutuan Ke 3 …… rakyat Selangor
tentu merasa pedih dan sedih apabila Kuala Lumpur diambil oleh Kerajaan Persekutuan pada
tahun 1972 …. Kini tahun 2000 sejarah itu berulang sekali lagi.
Maka jelaslah manusia bernama Mahathir@Mahafiraun
ini bukan sahaja penipu, pembelit, penikus, penzalim bahkan adalah menjadi tabiatnya
suka mengambil harta orang. Kini harta rakyat Negeri Selangor iaitu Putra Jaya pula
diambilnya. Jelas sekali beliau ini langsung tidak mempunyai sifat dakwah dan pendakwah
seterusnya iaitu Mulia Diri : Tidak Mengambil Harta Orang. Dalam kes
ini Menteri Besar Selangor Dr. Khir Toyo juga boleh diklassifikasikan tergolong
dalam species yang serupa kerana membuat keputusan secara solo tanpa merujuk kepada DUN
Selangor, menyerahkan Putra Jaya kepada cengkaman Mahathir@Mahafiraun. Tak puas
mengambil mengambil hasil minyak PETRONAS untuk bail-out anak-anak dan kroni-kroninya,
beliau rampas pula royalti minyak milik rakyat Negeri Terengganu dan kini beliau rampas
pula Putra Jaya, esok-esok tak tahu apalah lagi yang diambilnya, mungkin Malaysia ini
sendiri kot diambilnya dan dimilik peribadikan oleh jembalang seorang ni !.
Mulia Diri : Tidak Mengambil Harta Orang adalah
merupakan salah satu sifat dakwah dan pendakwah. Seseorang yang tidak berhajat kepada
sesuatu yang dimiliki oleh orang lain akan dikasihi manusia dan dipandang mulia.
Hadith Rasullulah S.A.W : "Daripada
Sa'd Ibn Abu Waqqas r.a. Katanya: Bahawa ada seorang lelaki berkata: Ya Rasullulah
berpesanlah kepadaku dan ringkaskanlah pesanan itu; lalu sabda Rasulullah Biarlah
engakau tidak berjaya untuk mendapat sesuatu yang ada pada oarang lain, maka
sesungguhnya sifat demikian itu membawa erti kekayaan dan jangan sekali-kali tamak, maka
sesungguhnya sifat ini membawa erti kepapaan dan tunaikanlah sembahyang kamu dengan
demikian dengan (seolah-olah) kamu mengucap selamat tinggal dan jaga-jagalah daripada
apa-apa yang tidak akan boleh didapati".
Berkata Hasab al-Basir, Rahimahu'llah: "Seseorang
itu akan sentiasa dipandang oleh orang lain mulia sehingga dia tamak kepada dinarnya
(hartanya), maka apabila dia berbuat demikian nescaya mereka akan
memperkecil-kecilkannya dan benci akan kata-katanya serta memarahainya".
Ada seorang A'rabi (Badwi) bertanya kepada
penduduk Basrah: "Siapakah penghulu kamu ?. Jawab mereka: al-Hasan!.
Tertanya lagi: "Dengan apakah dia mengetahui kamu sekalian ?".
Jawab mereka: Manusia lebih memerlukan ilmunya sedangkan dia tidak memerlukan
dinar (harta) kami: Katanya: "Alangkah eloknya keadaan ini".
Seruan:
"Wahai pemimpin-pemimpin dan
pendokong-pendokong UMNO kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya
perjuangan assabiah kamu yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Kembalilah
kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".
Membangun Bersama Islam :
Allahuakbar !...Allahuakbar !...Allahuakbar !...
habibu@hangjebat.com