Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Jalan Kebun Menanti Kita

Sebelum ini Dataran Merdeka adalah medan kita. Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah jalan kita. Masjid Negara adalah himpunan jumaah kita. Bukit Jalil dibina dengan wang kita. Namun kita dinafikan itu semua. Untuk ke sana kita dikenakan harga. Darah...nyawa dan air mata. Mengapa? Bertanyalah pada diri sendiri wahai sahabatku sekelian.

Adakah kita ini bukan anak kelahiran Malaysia?
Adakah itu semua bukan hak kita?
Mengapa kita di rotan, ditangkap, didera dan disiram dengan air asid   seperti anjing kurap, setiap kali kita ke sana?
Adakah kita ini hamba mereka?

Jika kalian anak kelahiran Bumi ini. Jika kalian bangsa Malaysia. Jika kalian bangsa merdeka, ayuh!! tuntut hak kalian. Buktikan bahawa Malaysia ada perwira yang bijak lagi gagah berani, ada perwarisnya yang mutlak.

Ayuh!! Buktikan kita bukan bangsa pengecut, tidak juga bangsa yang bebal dan bodoh. Kita bukan pengemis tidak juga bangsa bangsat.
AYUH, 5 November ini, walau hujan batu, walau merkah bumi dipijak, walau berjuta rintangan, kau, aku dan kalian semua, kita akan bersua di sana...nun JALAN KEBUN MENGGAMIK ANDA, SEDANG MENANTI KITA SEMUA, InsyALLAH.

Kali ini, biar Jalan Kebun, Shah Alam akan menjadi Alam untuk kita menjana MERDEKA kali kedua. Jalan Kebun akan merakamkan sejarah kita sebagai bangsa yang bersifat waja. Biar Jalan Kebun menyaksikan kita berpadu tenaga dan bersuara seirama. Tanda kita sekata, tanda kita bersaudara. Dan Jalan Kebun kali ini dengan senyum-puas akan lagukan pepatah warisan kita BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT.

Tips:

  1. Turun lebih awal ke K.L {jika ada kemampuan}..seminggu sebelumnya untuk mengelak dari sekatan jalanraya oleh pihak yang tidak diingini.{ambil iktibar dari Black 14 yg lalu}
  2. Orang K.L atau Selangor jadikan rumah kalian sebagai rumah 'kebajikan/tumpangan sementara' atau ikhtiarkan tempat, kepada rakan-rakan atau saudara kita yang jauh. Berilah bantuan kepada mereka setakat yang termampu.
  3. Jika tiada sekatan, datang dengan rombongan memang baik, tetapi jika disekat, carilah alternatif (Bukankah kita orang ALTERNATIF?) Namun datang tetap datang walaupun dengan apa cara sekalipun. Cubalah datang dalam kelompok yang kecil..kereta, motor,van dsbnya.(tentunya kalian lebih bijak menyusun strategi bukan?)

Kepada semua warga ALTERNATIF, berhati-hatilah di jalanraya dan di mana saja kalian berada. Doa kami semoga saudara-saudara semua sampai ke Jalan Kebun dan pulang dengan selamat. Nyawa kalian amat berharga.

GaramJantan

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter